Bab 18

486 20 2
                                    


"SELAMAT PAGI." Ucap nurse yang sedang menatang dulang yang berisi makanan buatku. Aku membalas sapaannya dengan senyuman.

Jururawat? Ya, aku masuk hospital. Sekali lagi. Gastrik punya hal. Lepas kejadian aku terserempak dengan Arfan haritu, seleraku mati. Tiga hari aku tak telan nasi. Akhirnya kecundang juga. Dengan keadaan separuh nazak jugalah aku call ambulan.

Aku tidak maklumkan sesiapa pun pasal hal ni. Malas nak susahkan mereka. Telefon aku pun sudah dua hari aku tidak charge. Nantilah aku charge.

Aku sanggup ke hospital yang sedikit jauh dari tempat tinggal aku sebabnya, aku malas nak jumpa dengan Kalimi. Tak pasal-pasal kena dengar ceramah free dari dia. Bila dia balik pun aku dah lupa. Malas nak ambil tahu.

Aku pandang makanan yang terhidang. Sekali tengok aku dah tahu rasanya macam mana. Sup ayam tapi rasa macam air kosong. Tawar! Dari kena jeling dengan nurse, ada baiknya aku makan.

Selepas mengisi perut, aku menapak ke tandas. Usai membuang apa yang patut, tiba-tiba rasa nak jalan-jalan sekejap. Nak ambil angin. Hampir 15 jam aku terperap di dalam wad.

Ada beberapa orang pesakit yang turut melakukan hal yang sama. Ada yang tengah membawang, tengah breakfast sambil menikmati pemandangan pun ada. Setelah merasa sedikit penat, aku menapak kembali ke wad aku.

𝂅 ׂ ꥈ 𐚱  ᰮ

LENAKU sedikit terganggu bila aku dapat rasa seperti ada orang yang sedang membetulkan selimutku. Aku merengus kecil sebelum memusingkan tubuhku membelakanginya. Dahlah aku tak dapat tidur semalam, ada pula yang rajin kacau aku beradu.

Kenapa aku rasa macam ada benda tak kena je ni? Aku menghadapkan tubuhku ke arah tadi sebelum membuka sedikit mataku yang berat semacam.

"Lena tidur Munchkin?"

Aku yang separa mengantuk tadi auto segar. Tubuh ditegakkan. Aku menggosok mata beberapa kali. Heol... Mata aku ni orait tak orait?

"Kalimi? Tapi bukan awak dekat Langkawi sekarang ni? Macam mana pula awak boleh ada dekat sini?" Aku menyoalnya. Tak silap aku dia cakap dia stay sana seminggu. Macam mana pula boleh muncul depan aku ni?

"For your information cik kak, aku balik dua hari lepas lagi. Satu lagi, aku datang sini sebab aku ada hal nak bincang dengan kawan aku yang kerja dekat sini. Tak sangka pula boleh terserempak dengan kau tengah syok jalan-jalan pakai baju hospital." Dush! Rasa seperti ada penumbuk landing tepat di wajahku.

Huhu... Aku punyalah sanggup pergi hospital lain sebab taknak terserempak dengan mamat ni, tup-tup dia muncul depan aku. Nak buat macam mana? Nak kata jodoh.. memang taklah!

"Oh dua hari lepas eh? Kenapa tak call saya? Boleh saya tunggu awak dekat airport."

"Orang nazak boleh angkat call?" Double kill!

Akhirnya aku memilih untuk diam. Kalau aku cakap lagi, aku juga yang kena nanti. Sekali dia buka mulut dia, macam-macam racun yang keluar. Buat sakit hati adalah!

"Sakit lagi?" Soalnya tiba-tiba dengan nada suara yang sudah kendur sedikit. Huh baru sekarang kau nak ambil kesah? Tadi bukan main kau sindir aku. Hampehh!

"Dah kurang. Bukan sakit mana pun, gastrik je."

"Gastrik? Kau tak makan?" Dia pandang aku dengan mata yang dijegilkan.

"Err... Saya busy sangat, lupa nak makan." Bohongku. Aku larikan anak mata ke arah lain. Tidak mahu dia tahu yang aku sedang berbohong.

"Lupa nak makan? Berapa umur kau? 60 tahun? Benda basic pun kau boleh lupa. Macam-macam hal lah kau ni." Aku dengar dia mendegus kecil selepas dia membebel.

Dr Sengal Where stories live. Discover now