.യ."TERIMA KASIH. Datanglah lagi ya." Ucapku dengan senyuman yang semanis mungkin terukir di bibir. Pelanggan perempuan itu hanya mengangguk perlahan dengan senyuman nipis di bibirnya sebelum berlalu pergi. Terus aku rebahkan tubuhku. Penat!
Entah kenapa bilangan pelanggan hari ini lain macam punya ramai. Tidak cukup tangan dibuatnya sehingga Encik Haziq sendiri terpaksa turun padang. Tanda-tanda akhir bulan kah? Apa-apalah. Dah namanya rezeki nak buat macam mana. Kot-kot dapat bonus, berjoli lah aku haha.
"Haii penat lain macam saya tengok kamu semua. Good job semua saya ucapkan. Bangun cepat, saya nak belanja makan ni. Cakap je korang nak apa." Mata yang separuh tertutup terus meluas sebaik sahaja suara Encik Haziq menyapa telingaku. Hilang segala penat tadi.
"Wah, seriuslah bos! Kalau macam tu saya nak tomyam, telur dadar, sotong celup tepung, air sirap dengan ABC." Hah ambik kau. Suruh aku cakap apa yang aku nak sangat kan.
"Amboi bukan main ya awak Qila. Ini baru awak, belum lagi si Aida dengan Syah. Menangis dompet saya kalau macam ni. Huhu..." Encik Haziq pura-pura kesat air mata. Aku tergelak kecil. Lawaklah pula bos aku harini.
"Saya dengar bunyi ada orang nak belanja tadi. Bos nak belanja ke?" Satu suara tiba-tiba mencelah. Siapa lagi kalau bukan Kak Aida. Pantang betul dengan perkataan belanja. Dompet aku adalah salah satu mangsa kekejamannya.
"Ya Aida. Saya tengok semua buat kerja dengan baik harini. Tak salahkan sekali sekala saya belanja pekerja sendiri." Senyum manis. Aduh, aku lemah betul dengan lelaki berlesung pipit ni. Kau jangan sampai aku rembat bos dulu sebelum kau Kak Aida oi.
"Syah mana? Tak nampak batang hidung pun." Soal Encik Haziq sebelum meliarkan matanya ke sekeliling.
"Alah dia tu bos tak payah belanja pun takpe. Auch!" Belum sempat aku menghabiskan ayatnya, kepalaku dipukul dari belakang. Terus aku pusingkan kepala ke belakang. Kelibat Syah bersama dulang ditangannya menyapa kornea mata. Dia pukul aku dengan dulang kayu tu!?
"Lain kali jangan nak memandai. Bukan setakat dulang, aku baling oven tu atas muka kau terus kalau boleh." Dia menjelirkan lidahnya sedikit sejurus selepas itu. Aku jelingnya tajam sambil menggosok kepala yang sudah mula muncul rasa sakitnya.
"Sudah, sudah. Awak dengan Syah asyik bergaduh je saya tengok. Ada juga yang saya nikahkan nanti." Encik Haziq menggeleng perlahan.
"Bos, nasib baik saya belum makan apa-apa lagi hari ini. Tak pasal-pasal keluar isi perut saya nanti." Syah buat gaya nak muntah. Aku pukulnya perlahan.
"Sudah, sudah. Jom kita pergi makan. Naik kereta saya je." Encik Haziq melangkah keluar dari kedai. Aku dengan Kak Aida saling berpandangan.
"Aku nak duduk depan!" Jeritku sebelum berlari ke arah pintu keluar.
"Jangan mimpi, aku dulu!" Kak Aida menarik tanganku dari belakang.
"Tuk! Tuk!"
"Jangan nak menggedik dekat sini. Biar aku je duduk depan." Syah menolak kami berdua sebelum menolak pintu. Selamba dia berjalan ke arah kereta Encik Haziq. Yang tak boleh blahnya, dia pergi bawa dulang tu sekali buat apa?
"Woi Syah, kot ye pun excited bos nak belanja, dulang tu kasi simpan dulu la!"
.യ.
"ALHAMDULILLAH kenyang." Tangan menggosok perut yang sudah mula membukit. Licin semua pinggan aku. Mana taknya, makanan free. Sedap pun sedap.
Mata meliar ke segenap ruang restoran. Aku suka cara mereka hias restoran ni. Simple dan elegant. Rasa tenang sahaja bila berada di sini.
Aku mengalihkan pandangan ke arah Syah dan Kak Aida yang masih sedang menjamu selera. Lembab macam siput. Encik Haziq pun sudah selesai. Ralit dengan telefonnya.
YOU ARE READING
Dr Sengal
Romance𝐍𝐮𝐫𝐮𝐥 𝐒𝐲𝐚𝐪𝐢𝐥𝐚, seorang gadis biasa sahaja. Pertemuan yang tidak disangka dengan seorang doktor bermata hazel telah membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Selama dua minggu dia berusaha untuk menambat hati jejaka itu, namun semuanya sia...