Bab 20

480 25 1
                                    

.യ.

PERGH coklat mahal, bak sini sikit." Tidak usah berpaling, aku dah tahu siapa empunya suara. Dah kau dengan minah ni je ada dalam rumah ni Syaqila oii.

"Sibuk je kau. Tu ambik sendiri. Dua je aku bagi kau ambil." Aku juihkan bibir pada kotak di atas meja. Mata masih terhala pada kaca televisyen.

"Kedekut. By the way, mana dapat? Setahu aku kau takkan laburkan gaji ciput kau tu dekat benda-benda macam ni."

180 darjah kepala aku berpusing. Muka member dah cuak. Berani dia cakap gaji aku ciput. Memang cari nahas minah ni!

"Kau mem... Ngap."

Aku mengunyah perlahan manisan yang disumbat ke dalam mulutku. Sempat jeling maut pada Alea yang tengah sengih macam minta penampar. Nafas dihela kasar.

"Cakaplah mana dapat. Kau beli? Ada orang bagi? Tell me now!" Alea menggoncang kuat bahuku. Nasib tak bergegar otak aku.

"Ada orang bagi." Aq menggumpal pembalut coklat sebelum membalingnya ke dalam tong sampah. Yes masuk!

"Siapa? Abang kau? Bos kau?" Desak Alea lagi.

"Kau kalau aku tak cakap siapa bagi, tak boleh makan eh? Tidur tak lena? Mamat tu yang bagi. Dah, jangan kacau aku nak tengok Lee Dong Wook aku ni." Aku menolak tubuh Alea ke tepi. Time aku nak berdua-duaan dengan Abang Wook ada sahaja halangan.

"Mamat? Mamat.. mamat.. Kalimi? Wait what? Kau dengan dia ada apa-apa ke? Sanggup kau membelakangi aku Qila. This is too much Syaqila!" Dia dah mula dahh. Aku memicit batang hidung. Mood nak layan drama dah merundum ke dalam gaung.

"Ada aku cakap dekat kau yang aku ada something dengan mamat tu? Lain kali jangan nak buat spekulasi sendiri. Dia pergi Langkawi haritu. Aku cakaplah aku nak coklat. Rezeki aku dia bagi coklat mahal."

"Banyak duit mamat tu. Eh memang banyaklah, nama pun doktor pakar bedah. Untung siott siapa dapat dia."
Untung kaki dia! Ex keliling pinggang.

"Qila."

"Hm?" Aku tatap wajah Alea yang agak pelik itu. Satgi mesti dia tanya soalan pelik-pelik.

"Kau dah tak suka dia ke?" See? Sekarang ni aku nak bagi jawapan apa dekat soalan maut minah ni.

"Tak."

"Tipu."

"Taklah."

"Bukan kau yang beria hari tu? Bukan main hari-hari pergi mengorat dia." Alea menyiku pinggangku beberapa kali. Aku buat tak tahu padahal muka dah panas semacam.

"Past is past. Masa tu aku budak hingusan lagi. Borak pasal lainlah. Serabut la asyik borak pasal mamat tu." Aku mencapai alat kawalan sebelum menaikkan volume tv.

Haus la pula tekak ni. Nasib baik aku dah ready air awal-awal. Air sirap. Usai membaca bismillah, gelas dibawa ke mulut.

"Hm. Tak lama lagi bday Kalimi kan?"

PFFTT!

Terkedip-kedip mata Alea memandang aku. Yang tak boleh tahannya, mukanya yang sudah disimbahi air sirap. Tanya lagi masa aku tengah minum. Tak pasal-pasal bersirap kiss aku dengan dia malam-malam.

"Sorry, sorry. Adoii sakit perutlah aku dengan kau ni Alea oi." Aku tergelak kecil sebelum mencapai beberapa helai tisu kepadanya.

"Kau ni! Aku baru je mandi. Tak pasal berlengas muka aku ni ha." Alea merugut lagi. Aku apa lagi, sambung gelaklah.

Dr Sengal Where stories live. Discover now