•᷄ࡇ•᷅“MORNING semua!” Sapaan daripada Kak Aida mencuri perhatian aku dan Syah yang sedang tekun menghias kek cawan. Bukan main lebar seyuman dia hari ni ya.
"Waalaikumussalam. Semalam bukan main masam kau, harini ceria benor ya. Menang loteri ke semalam?" Kata Syah dengan nada sedikit jengkel.
"Eleh, kau rindu aku version happy macam ni kan Syah? Tak payah nak ego sangat. Korang tengah buat apa ni?" Kak Aida menyangkutkan begnya sebelum menghampiri kami.
"Tengah lompat bintang ni. Nak join sekali?" Giliran aku pula menyindirnya. Bukan main happy dia semalam bila aku ceritakan semua padanya. Hampir pekak telinga aku bila dia jerit. Nasib volume fon aku ketika itu tak tinggi sangat.
"Melawak pula kau. Meh aku tolong biar cepat sikit kerja korang." Kata Kak Aida sambil mengikat tali
"Tak payah. Dah nak siap dah kerja kitorang ni. Apa, kau ingat ni kedai bapak kau punya? Suka hati kau nak datang pukul berapa. Nasib bos tak ada. Kalau tak aku dah suruh bos heret kau depan customer nanti." Dengus Syah. Geram sangat gayanya. Tergelak aku dibuatnya.
"Hah, bos tak ada? Dia pergi mana? Meeting?"
"Tak silap aku dia pergi lawat branch dia yang lain. Daripada kau melalut entah apa-apa, baik kau pergi cuci pinggan dekat belakang. Kejap lagi dah nak buka kedai." Syah mula memberi arahan. Kak Aida mencebik sebelum berlalu pergi.
"Qila, thanks sebab tolong tanyakan Encik Haziq pasal semalam. Kalau tak aku rasa sekarang aku tengah murung dalam bilik. Thank you sangat-sangat. Nanti aku belanja kau makan."
"Takde hal lah. So sekarang ni, Kak Aida kena ambil peluang yang ada untuk try bos kita. Nanti kalau dia dah dirembat orang akak juga yang merana nanti." Aku menepuk belakangnya, menyalurkan semangat katanya.
"Apa kau ingat aku ni macam kau? Perigi cari timba."
"Kalau aku tak pergi cari timba, memang sampai ke harini aku duduk khayalkan dia. Kau kata nak tolong tadi kan? Ni tolong aku habiskan ising ni. Aku nak pergi kemas dekat depan sikit." Aku menghulurkan bekas yang masih bersisa sedikit ising kepadanya.
•᷄ࡇ•᷅
“QILA ohh Qila! Mari sini cepat!" Laungan dari Kak Aida membawa aku ke dunia nyata. Cepat-cepat aku berlari mendapatkannya.
"Ada apa?" Soalku dengan sedikit megah dek tak cukup nafas.
"Ada pelanggan nak jumpa kau. Aku tengok muka dia tadi macam tak puas hati benar. Dia duduk dekat meja belakang tu." Kak Aida menjuihkan bibirnya ke arah tersebut.
Aku menelan air liur yang terasa kelat. Ada pelanggan nak jumpa aku? Jangan-jangan dia nak complain pasal makanan? Bala betul lah!
Malas-malas aku melangkah ke arah meja dimana pelanggan tersebut berada. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berpeluk tubuh, membelakangi aku. Entah kenapa aku rasa familiar dengan susuk tubuh itu.
YOU ARE READING
Dr Sengal
Romance𝐍𝐮𝐫𝐮𝐥 𝐒𝐲𝐚𝐪𝐢𝐥𝐚, seorang gadis biasa sahaja. Pertemuan yang tidak disangka dengan seorang doktor bermata hazel telah membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Selama dua minggu dia berusaha untuk menambat hati jejaka itu, namun semuanya sia...