Saat yang dinanti-nantikan telahpun tiba.
"Pemenang cabutan bertuah pada tahun ini ialah.. Agak-agak siapa ya?" Eh-eh.. Dia boleh pulak main tarik tali.
"Nak bagitau tak? Nak bagitau tak?" Bagi jelah tau.. Kitorang semua dah tunggu ni.
"Hmm.. Siapa ya agak-agak pemenang? Nama dia dah ada dekat tangan saya dah ni." sambungnya lagi.
Tiba-tiba salah seorang tetamu di situ menjerit. "Woii.. Bagi jelah tau sape.. Boleh pulak main tarik tali macam ni..!"
Ok-ok.. Sabar bang.. Sabar..
"Pemenangnya ialah..-"
Jeng.. Jeng.. Jeng..
Bunyi dram dimainkan.
"Muhammad Akim Aiman.."
"Yeayy.. Papa menang.." teriak salah seorang remaja perempuan di situ.
Seluruh tetamu di situ menepuk tangan. Ada yang gembira, ada juga yang masam mukanya. Kemudian, seorang lelaki tua dalam lingkungan 45-an berdiri dan menuju ke atas pentas untuk menerima hadiah.
Siapa sangka lelaki tua tersebut ialah..
Eh, siapa ek dia ni..? Tiba-tiba je masuk.
Hehe.. Takdelah lelaki tua tersebut ialah ayah kepada Muhammad Akim Airel.. Yang juga merupakan kawan kepada Encik Khairul dan Encik Safwan. Mereka bertiga merupakan kawan dari zaman sekolah menengah sehinggakan anak-anak mereka juga turut berkawan baik. Tetapi, apakan daya, anak pertama Encik Khairul ialah perempuan. Begitu juga dengan anak keduanya.
Alhamdulillah, Encik Khairul dapat menerima anak-anaknya dengan sepenuh hati. Bukan nak cakap yang dulu dia tak suka dengan anak-anak dia, tapi tulah dia cuma kecewa je sebab tak dapat anak lelaki. Ha.. cenggitu lah.. Harap-harap faham eh..
Well, back to the story.. :3
Sebaik sahaja selesai bergambar, Encik Aiman a.k.a lelaki tua tadi turun daripada pentas.
Jamuan tersebut berlalu dengan pantas. Ada yang gembira, ada juga yang sedih kerana tidak dapat membawa pulang hadiah. Kesemua memori sewaktu mereka bermain tersimpan di dalam kamera kecil Aira. Fakta tambahan.. Cita-cita Aira nak jadi photographer.. Tu sebabnya.
Mereka berjalan bersama-sama. Puan Fatin bersama Puan Aisyah, Encik Khairul bersama Encik Safwan dan Aira bersama kawan baiknya Alya. Yang tinggal hanyalah Keisha dan Ukasyah. Mereka terpaksa berjalan bersama memandangkan kesemua orang sudah mempunyai pasangan berborak masing-masing.
"So, kau datang ke esok?" soal Ukasyah kerana ingin memecahkan sunyi di antara mereka berdua.
"Uhm.. Insyaallah kot.. Sebab tak tau lagi esok free ke tidak. Kalau free, datang kot." jawab Keisha dengan tenang.
"Aku tanya pendek-pendek. Kau jawab panjang-panjang." sindir Syah.
"Biarlah.. Saya ada mulut.. Yang awak nak sibuk dah kenapa?" balasnya sambil menjeling lalu langkah kakinya dipercepatkan.. Sungguh comel akan ciptaan tuhan ini. Walaupun begitu, Ukasyah sempat berjalan di sisinya tanpa langkah kakinya dipercepatkan.
Keisha sedari dan mengangkat keningnya sedikit.
"Aku ni tinggi. Langkah kaki aku ni besar. Tu pun tak tau." balasnya seakan-akan faham reaksi muka Keisha itu.
Weyh.. Comel doh dorang.. Dah macam sepasang suami isteri dah.. Kalau ada dekat real life ni, konfem kena diabetes.
Keisha hanya tidak peduli lalu langkah kakinya diperlahankan kerana hampir sampai ke tempat keretanya diparkir. Semua orang di situ.. Saya ulang SEMUA bukan family diorang..
Semua orang di situ tertanya-tanya siapakah perempuan di sisi Ukasyah itu? Nak dikatakan isteri? Dia pun belum kahwin lagi.. Nak dikatakan girlfriend? Dia ni seorang anti perempuan.
Tiba-tiba, datang seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun. Remaja perempuan itu adalah adik kepada Airel dan anak kepada Encik Aiman dan Puan Zahraa.
"Bang.. Siapa perempuan ni bang..?"
To be continued
Siapakah perempuan itu? Apa kaitannya dengan Ukasyah? Yang paling penting kenapa dia tanya Ukasyah soalan sebegitu..
Btw, chap kali ini sedikit pendek kerana Bunga ingin membuat kome rasa suspend sikit.. Lagipun, Bunga sudah tidak ada idea.. <33

YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]
RomanceSebuah kisah cinta yang tak sengaja diantara seorang askar TLDM dan seorang pelajar universiti. Setiap kali berjumpa pasti ada sengketa yang timbul di antara mereka. Sehinggalah satu hari timbullah perasaan cinta. Btw cerita ni akan ada adegan sweet...