𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 2 🦋

56 14 1
                                    

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Eh, ayah!" sambut Keisha lalu berlari ke arah figura ayahnya dan memeluk tubuh badan ayahnya itu kerana rindu yang teramat.

"Eh, bila Isha balik?" soal si ayah teruja sambil membalas pelukan dari anak daranya itu.

Sorry mengganggu. Yang baru balik ni pulak, ayah Keisha iaitu Encik Khairul Amali. Beliaulah seorang suami yang romatik tadi. Kadang-kadang terlebih romantik. Hehe.. Encik Khairul bekerja sebagai Pegawai Komander. Beliau berumur 45 tahun. Psst, nak tahu satu rahsia tak? Semasa Encik Khairul ni muda, beliau sangat hensem sampaikan satu universiti tergila-gilakan beliau. Tapi, dalam banyak-banyak perempuan, beliau tetap memilih isterinya. Kenapa? Kerana isterinya sahajalah perempuan yang tidak menilai dari rupa tetapi menilai dari hati. Siapa isterinya? Puan Fatinlah. Takkanlah Kaklong Komestik tu kot. Eh--

"Alhamdulillah, sihat yah. Ayah pulak macam mana? Sihat jugak?"

"Hmm. Alhamdulillah, sihat jugak. Isha macam mana study? Okay?" soal Encik Khairul.

"Alhamdulillah, okay juga."

Eh, Isha. Mana ibu? Dari tadi tak nampak. Selalunya dialah suka sambut ayah balik." kata Encik Khairul hairan.

"Ibu kat dapur. Tengah masak ayam masak merah. Isha demand sebab teringin. Hehe."

"Ooo, baguslah ayah pun belum lunch lagi ni. Kuat makan rupanya anak ayah ni. Hahah. Ni Isha dah ada pengisi hati ke belum?" usik Encik Khairul.

"Apa dia yah?" tanya Keisha yang berpura-pura tidak dengar.

"Eleh. Buat-buat tak dengar. Ingat ayah tak tau? Ok, ayah tanya lagi sekali. Dah ada boyfriend ke belum? Ha jawab."

"Ya? Apa dia? Ibu panggillah yah. Hehe. Bye."

'Haih. Bertuah sungguhlah anak dara ni.' getusnya perlahan di dalam hati sambil bibirnya mengukir senyum.

Dining Table

"Esok tempat kerja ayah ada buat jamuan makan-makan. So, ayah nak kome gosok baju hari ni. Ayah tak nak esok baru terhegeh-hegeh nak gosok." kata Encik Khairul sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

"Okay" jawab mereka serentak.

"Abang, kita pakai baju matching-matching nak tak? " tanya Puan Fatin sambil mengusap tangan suaminya tersebut. Itulah salah satu method Puan Fatin untuk memujuk suaminya itu apabila meminta sesuatu. Bijakkan..

"Hmm.. Boleh jugak, yang. Sayang nak pakai baju colour apa?" Kini, seluruh tumpuannya diberikan kepada isteri tercintanya itu dan membalas usapan dari isterinya itu.

"Hm, kita pakai baju colour blue navy nak tak?"

"Uhm, boleh. Kome pun kena pakai baju sama colour jugak tau." balas Encik Khairul semasa membalas usapan dari isterinya itu.

"Okay, yah. Boleh je." jawab mereka berdua serentak.

***

"Ibu, Isha nak pergi mall ngan Teah kejap boleh tak?" soal Keisha sambil memeluk tubuh badan ibunya dari belakang yang sedang membasuh pinggan mangkuk yang digunakan mereka sebentar tadi.

"Nak buat apa pergi mall tu?"

"Baru Isha ingat. Isha tak ada baju colour blue navy. Lagipun, Isha nak spend time dengan Teah terus."

"Tapi..-"

Belum sempat ibunya membalas ayahnya menyampuk, "Bagi jelah yang. Nanti dah balik Jepun takleh nak spend time dah."

"Haish. Yelah - yelah." jawab ibunya yang terpaksa bersetuju membenarkan.

"Yeah.. Thank you yah, bu. By the way, can I have some money please? *wink wink* "

"Dah agak dah. Mesti nak mintak duit ayah kalau shopping."

"Alaa. Ibu boleh pulak guna duit ayah. Jadi, Isha pun nak guna jugak. Hoho."

"Ewah. Tu sebab ayah suami ibu. Jadi, semua duit ayah, ibu punya. Duit ibu pulak, ibu punya. Hahahah."

"Mengadalah, sayang ni." sambil mengucup bibir isteri tercintanya itu.

"Eiieeii. Ibu, ayah. Janganlah buat scene romantic depan Isha. Gelilah. Kalau ye pun, tunggulah Isha takde. Tak pun, cium dahi je."

Puan Fatin menjadi kaku dan mukanya menjadi merah menyala akibat perbuatan suaminya itu.

"Hahaha. Tengok tu. Muka dah jadi merah. Comelkan. Tu sebabnya ayah buat macam tu. Eii, geram je rasa. Rasa nak cubit - cubit pipi tu."

Habislah. Kang malam nanti kang ada je orang yang kena terkam satgi. Tachod betullah. Umur je yang dah berusia, tapi nafsu? No, no, no.

"Ni duit nak berapa?"

"RM 200 je. Takyah banyak sangat."

"Ha. Pergi ambik dalam wallet ayah kat dalam bilik tu."

"Okay, yah. Arigatou guzaimasu." Keisha membongkok gaya ala-ala Jepun sebelum memasuki bilik ibu dan ayahnya untuk mengambil not RM 200 di dalam wallet.

"Yang, malam ni satu round please." ujar Encik Khairul sambil memeluk isterinya.

"Jangan mengadalah. Dah. Ayang nak sambung basuh pinggan. Bye." balas Puan Fatin sambil mengatur langkah ke arah singki. Encik Khairul yang terbiar sendirian di situ sekadar tersenyum sinis.

Parents Room

"Ha, Kak Isha. Kak Isha buat apa tu dengan wallet ayah? Kak Isha mencuri eh?"

"Oii, mana adalah. Kak Isha dah mintak izin ayah dah pun. Ayah bagi."

"Ye ke? Kalau ye, Kak Isha nak buat apa ngan duit tu?"

"Akak nak pergi keluar kejap. Tu sebabnya. Hish, apalah main tuduh - tuduh orang. Tak baik tau."

"Hehe. Sorry. Akak nak pergi mana?" soal Alya ingin tahu.

"Nak keluar dengan Akak Teah engko kejap. Nak beli baju blue navy. Akak tak ada baju colour tu. Kalau ada pun, dah kecil lepastu dah bagi orang."

"Oh, begitu. Kalau Lya nak ikut jugak boleh tak? Pwiss.." dengan membuat muka puppy eyes dan intonasi manjanya itu.

"Sibuk je. Nak buat apa ikut akak?"

"Nak beli something special."

"Apa special -special ? Menggatal tak tentu pasal."

"Eiieii.. Mana adalah kak. Lya nak beli barang untuk Lya je. Pwishh kak." sambil mencebikkan mulutnya.

"Aduhai. Yelah - yelah. Pergi siap cepat."

"Oh yeah. Thank you hakak kesayanganku. HOHO."

To be continued...

Hai, para readers sekalian. Terima kasih sudah baca karya saya ni. Saya tau masih ada banyak lagi kekurangan but Insyaallah I will improve it. Dan saya harap you guys boleh tunjuk ajarkan saya segala kekurangan plus kesalahan. Insyaallah I akan betulkan. (Itupun kalau saya rajin. HEHE) I appreaciate all of your comments and votes plus tunjuk ajar korang semua. Thank you guys. Maaflah kalau chapter yang ni a little bit short because I kan masih pelajar, so I have so much works to do. HUHU. Okaylah. Tanpa basi ii, LET'S GO READ ANOTHER CHAPTER.






Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]Where stories live. Discover now