𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 10 🦋

35 14 0
                                    

Kring.. Kring..

Bunyi telefon bimbit Syah berbunyi sekaligus menyentakkan beliau dari tidurnya yang amat nyenyak. Dia segera mengambil telefonnya itu lalu menekan punat hijau.

"Hello.." Kedengaran suaranya yang serak-serak basah ditelefon.

"Ha, hello. Kau kat mana ha!? Asal lambat sangat? Aku tunggu kau dah nak dekat sejam tau tak. Kau tidur ke?" Suara Airel kedengaran begitu marah. Yelah, sape je tak marah. Member dah janji nak lepak sama-sama tapi mungkir janji. Dahlah lambat pulak tu. Haih, janji melayu.

"Kat mana apa lagi? Kat rumah lah. Tidurr." Syah menggosok-gosok matanya yang sedang kuyu itu.

"Apa!? Tidur..? Kau biar betul Syah? Kau dah lupa ke kau dah janji nak lepak sama-sama, hah?" Suaranya kedengaran marah tetapi diperlahankan sedikit kerana dia sedang berada di sebuah cafe.

Terbuntang mata Syah apabila mendengar kawannya bercakap demikian. Sudahlah dia yang ajak, lepastu dia yang lambat. Dahlah lambat dah nak dekat sejam. Rasanya, memang dah sejam dah pun.

Entah kenapa, dia tiba-tiba terlupa akan 'date' dia dengan Airel. Selalunya dialah yang akan menunggu Airel. Tapi, tiba-tiba, Airel pula yang akan menunggunya. Terbalik.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Sorry do Rel. Aku terlupa. Ya Allah."

"Kau tunggu tau. Aku siap sekarang." sambungnya lagi.

Syah segera mematikan telefonnya lalu mengorakkan langkah ke almari bajunya. Di belek-belek baju yang sesuai. Akhirnya, dia memakai T-shirt berwarna putih dengan seluar jeans berwarna hitam. Nak pakai hensem-hensem buat apa? Last-last kahwin dengan Keisha jugak.

Dia segera menuruni tangga dan mencapai kunci kereta di tempat gantung kunci.

"Mummy.. Oh, mummy." Syah memanggil mummy nya kerana ingin meminta izin untuk keluar. Apa? Dia ni budak baik tau. Dia dingin dengan perempuan je.. Bukan dengan family dia. Especially his mum..

"Ya, ya. Mummy ada kat luar ni." sahut mummy nya yang sedang menyiram pokok-pokok bunga ini. Sedap sahaja mata memandang. Lagi sedap haruman pokok-pokok bunga itu. Terdapat Bunga Mawar, Bunga Melati, Bunga Orkid, Bunga Melur dan banyak lagi.

"Mummy.. Syah nak keluar jap tau. Nak jumpa Airel." Kedengaran suara Syah di menyapa di pintu belakang sambil menyandarkan badannya di dinding pintu tersebut.

"Ha, nak pergi jumpa Airel ke Keisha?" Mummy nya sengaja mengusik.

"My.. Takde maknalah Syah nak jumpa dia. Buat apa? Dahlah perangai macam budak-budak. Such a childish." balasnya sambil mata digulingkan ke atas.

"Eleh.. Jual mahal. Tengoklah kau. Nanti esok lusa, tengok-tengok dah atas pelamin dengan dia. Kita tak tau. Jodoh Allah ni luas tau."

"Yelah-yelah. Dahlah mummy. Syah pergi dululah. Dah lambat sebenarnya ni." katanya sambil melihat ke arah jam di tangannya itu.

"Ha, pergilah. Elok-elok bawa kereta tu." Sempat lagi Puan Aisyah menasihati anaknya itu.

Syah sekadar menunjukkan tangannya yang berbentuk 'Ok'.

Starbucks

"Weh.. Rel.. Sorry ngok lambat datang." sapa Syah lalu memeluk dan menepuk sedikit belakang Airel. Err.. Senang cerita, gaya biasa orang lelaki memberi salam..

"Asal kau lambat sangat harini do?" soal Airel sambil menghirup minumannya menggunakan straw. Ini merupakan air yang ke 3 dia order. Boring sangat tak tau nak buat apa. Jadi, kerja menghabiskan air jelah jawabnya.

Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]Where stories live. Discover now