Syah mencari-cari kelibat Keisha berdekatan tandas perempuan. Seperti yang saya cakap tadi, dia datang situ sebab nak cari Keisha. Bukan buat benda yang tak senonoh. Agak-agaklah. Pak imam kot..
Syah mencari dan mencari dan akhirnya dia mendengar tangisan Keisha. Seperti yang dijangkakan, Keisha berada di dalam tandas perempuan.
Pengumuman pimpinan bacaan doa telahpun didengar oleh Syah. Dia berbelah bagi sama ada mahu memujuk Keisha ataupun memimpin bacaan doa. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memimpin bacaan doa kerana itu ialah perkara yang paling penting.
Setelah figura Ukasyah beredar, Puan Aisyah lantas memasuki tandas perempuan lalu memeluk tubuh badan Keisha. Dalam diam, Puan Aisyah mengekori Ukasyah kerana naluri seorang ibunya yang berbuak-buak menyuruhnya untuk berbuat demikian.
"Dah-dah. Janganlah menangis. Tak elok. Dah tak cantik nanti. Cuba cerita dekat mummy, Ukasyah cakap apa dekat Isha sampaikan Isha menangis teruk macamni." pujuk Puan Aisyah sambil mengusap badan belakang Keisha.
"Ukasyah cakap saya datang tanpa diundang. Hiks.. Hiks.." beritahunya sambil mengelap air matanya yang jatuh melimpah ruah.
"Hmm.. Dah-dah.. Isha, jangan ambil hati sangat ya. Ukasyah tu memang macam tu. Anti perempuan.. Padahal keluar dari rahim perempuan jugak.." Puan Aisyah memegang dua pipi Keisha dengan tangannya sambil ibu jari mengelap sisa-sisa air mata Keisha.
"Listen, nanti mummy nak ajak Keisha datang rumah mummy. Keisha ok tak?"
"Err.. Tak menyusahkan ke mummy. Eh, sorry. Auntie.."
"Alah.. Tak payah nak auntie-auntie sangatlah.. Alya pun panggil mummy. Keisha pun kena panggil mummy jugak tau.. Lagipun, mummy saja nak berkenalan dengan Keisha. Kita borak-borak kat situ ya."
"Err.. Okay, mummy. InsyaAllah boleh."
"Dah jom keluar. Takmo duduk dalam sini lama-lama. Tak elok." Keisha mengangguk. Mereka berjalan keluar dari tandas dan segera pergi ke arah Puan Fatin.
Kelihatan Ukasyah segak berdiri di atas pentas sambil membaca doa pembukaan majlis dan doa untuk mempermudahkan urusan. Semasa Ukasyah membaca, beliau ternampak kelibat Keisha yang berjalan di belakang mummynya. Dan, pada masa itulah Ukasyah sedar bahawa mummynya mengetahui. Well, like I said before.. Naluri seorang ibu.
Usai membaca doa, Ukasyah terus melarikan diri ke arah meja makan mummynya itu. Dia ternampak Keisha yang anggun lagi menawan berbual-bual dengan keluarganya. Terdapat Aira yang duduk bersebelahan dengan Alya. Puan Aisyah pula duduk bersebelahan dengan suaminya. Of course lah duduk bersebelahan dengan suaminya kan.. Takkan nak duduk dengan duda sebelah rumah kot.. Nanti tak pasal kena cop orang tua menggatal. Haih.. Di hadapan beliau pula terdapat Puan Fatin dan Encik Khairul. Keisha pula duduk di sebelah kiri Encik Khairul. Airel pula duduk bersama keluarganya. Yelah, dia pun ada family jugak.. Takkanlah 24/7 nak berkepit dengan Ukasyah je.. Ukasyah segera mengambil tempat duduk yang kosong di sebelah kiri Keisha.
"Uii.. Borak-borak apa tu?" tegurnya sambil mengambil makanan yang tersedia ada di atas meja itu. Beliau mengambil ayam masak merah bersama nasi minyak. Ukasyah mahu rasa jika makanan yang dimasak katering itu sedap atau tidak. Kerana jikalau sedap, beliau mahu menggunakan servis katering itu untuk majlis perkahwinannya nanti. Hehe.. Takdelah gurau je.. Dia ambik makanan tu sebab nak makanlah.. Dari tadi tak makan-makan.. Mestilah lapar an..
Keisha yang tadi berbual dengan dengan Aira, terpaku sebentar apabila terdengar suara seseorang yang dia benci. Alah.. Main benci-benci pulak satgi dia yang jatuh cinta karang.
Hmm.. Hidup singlet..
Keisha hanya sekadar membuat tidak peduli langsung menyambung perbualannya sebentar tadi bersama Aira dan Alya. Ukasyah tau bahawa Keisha mendengar tetapi dia membuat tidak peduli sahaja. Well, masa kita benci orangkan memang macam ni.. Satgi bila dah sayang, barulah nak sweet-sweet bagai.. Tambah-tambah bila dia kata 'Rugilah saya benci awak dulu. Menyesal tau tak..' Ha.. Gituu.. HAHAHAHAH..
"Tin. Ooo, Tin.."
"Ya, Syah.. Kenapa?" Puan Fatin menyahut panggilan Puan Aisyah.
"Kalau esok, Aisyah rasa nak jemput Keisha datang rumah boleh?" Puan Aisyah meminta izin dengan harapan agar Puan Fatin mengizinkan.
"Lah.. Boleh je.. Kenapa ya, Syah? Keisha ada buat apa-apa ke?" soal si ibu yang ingin tahu.
"Hehe.. Takde apa-apa lah. Saja je nak berkenalan dengan bakal menantu ni.." balasnya sambil mengerling ke arah Keisha.
Ukasyah tersembur apabila mummynya berkata demikian.
Puffttt..
"Astaghfirullahalazim." Keisha pantas mengambil tisu lalu mengelap mulut Ukasyah yang sudah comot itu.. Saat Keisha mengelap, tiba-tiba mata mereka tertangkap antara satu sama lain. Ukasyah melihat iris Keisha yang berwarna coklat gelap sambil tangannya mengusap tangan Keisha yang berada di bibirnya. Sungguh cantik akan bidadari yang berada di depan matanya. Keisha pula hanya membiarkan lalu ibu jarinya mengusap perlahan bibir Ukasyah. Jantung Ukasyah berdegup kencang. Dug, dag, dug, dag. Sungguh dia merasakan 'sesuatu' tetapi dia menidakkan 'sesuatu' itu.
Cuyy.. Eye contact dengan crush woii.. Sape je yang tak macam ni.. Betul tak..?
Satu saat..
Dua saat..
Tiga saat..
Dan.. Oiii.. Buat apa tu.. Berangan malam-malam buta macam ni.. Tahulah single diam jelah.. Kenapa sakit hati tengok diorang sweet? Hmm.. Sakit hati lagi si Bungaa yang kena menulis ni..
Encik Safwan ingin menyedarkan mereka daripada hanyut di telan alam fantasi. Beliau memetik jari sebanyak 3 kali tetapi tiada antara mereka yang sedar. Dalam beberapa saat, mereka kembali ke alam realiti.
"Ya Allah, Ya Tuhanku.." Keisha lantas menarik tangannya daripada di bibir Ukasyah. Tisu yang dia pegang tadi hilang entah ke mana disebabkan peristiwa tadi. Niatnya hanyalah sekadar ingin menolong tak pasal-pasal menyerong mereka berbuat dosa. What.. Dosa apa kalau kita pegang orang yang bukan mahram kita.. Dosa kan..
Semua orang dimeja itu memandang mereka berdua. Kumpulan mak-mak hanyalah berbisik sesama mereka dan bergosip manakala kumpulan bapak-bapak pula hanyalah sekadar senyum. Bezakan.. Antara mak ngan ayah.. Tidak lupa juga Alya dan Aira sekadar menganjing dan merakam peristiwa tadi. Tukang cameragirl tu ialah Aira sendiri memandangkan itu ideanya. Tujuan Aira merakam ialah rahsia. Biarlah sekadar dia dan Alya je tahu.. Hehe.. Ada tujuan tau dia rakam..Ukasyah yang sedari perbuatannya tadi segera mengusap belakang lehernya sambil menyelak sedikit rambutnya yang sedikit terjuntai. Aishh.. Hensem babe.. Cair sis.. Hoho.. Gurau je. Nanti Keisha marah.
Keisha pula menunduk malu dan mukanya sedikit merah. Usai sahaja, acara makan, tibalah masa untuk acara sesi bergambar. Kaum hawa pasti sudah tunggu lama akan acara ini. Perempuan.. Mesti suka tangkap gambar en.. Lagi-lagi kalau bf dia photographer.. Uishh, cantik bhai gambar.. Kaum adam pulak ada yang teruja, ada yang tak suka, ada juga yang 50/50.
Ukasyah disuruh berdiri di sebelah Keisha manakala di sebelah kirinya pula terdapat Aira dan Alya. Mereka berdiri di barisan nombor tiga. Nasib baik ada kerusi lebih kalau tak memang takkan nampak Si Keisha tu.. Yelah, pendek.. 150 cm sama ngan Bunga. Ukasyah pula 183 cm.. Tak ke jauh beza tu. Hmm.. Hashtag, shortgirl for life.. By the way kan.. Kome nak dengo satu rahsia tak? Sebenornya, mak deme yang suruh teman letak Keisha dengan Ukasyah sebelah-sebelah.. Sebab apa? Yang tu tanya deme sendiri.. Teman hanya mengikut arahan.. Teman langsung takde kena mengena dengan hal ni tau.. Hoho..
Puan Fatin dan Encik Khairul pula berdiri di barisan hadapan bersama Puan Aisyah dan Encik Safwan. Diorang ada pangkat.. Memang duduk dekat barisan depanlah jawabnya. Airel pula duduk dengan ayahnya yang berada di barisan paling depan. Barisan pangkat tinggi orang kata. Bersama adik perempuannya dan ibunya.
1..
2..
3..
Kecekakk.. Lalu terciptalah satu kenangan 2021.
Btw kan.. Cameraman dia pun hensem gakk.. Tapi tulah dah kawen.. Takut bini dia marah pulak.
Usai bergambar, mereka kembali ke dalam dewan,
menuju ke meja makan,
lalu mengambil pinggan,
untuk makan.
HAHAHAHHAHA.. Takdelah.. Nak makan berapa kali woii.. Nak pecah perut tu?
Mereka menuju ke tempat duduk mereka sendiri untuk acara selepas ini. Saat yang dinanti-nantikan telahpun tiba. Saatnya untuk acara cabutan bertuah. Kesemua pekerja TLDM memasuki contest ini. Saya ulang SEMUA. Jadi, kalau tak menang tu, janganlah marah sebab ramai orang kot plus memang peluang nak menang tipis-tipis je. Macam saiz microorganism.
Roda diputarkan.
Kertas yang mengandungi nama dikeluarkan.
Terdapat satu sahaja nama yang akan memenangi.
Siapakah nama tersebut?
Jurucakap majlis akan menyebut nama yang tertulis.
Eh.. Jap betul ke jurucakap? Kalau salah tolong bagitau.. Masehh <33
To be continued..
Hehe.. Ukasyah dengan Keisha dah mula sweet ya anak ii .. Meronta ii jiwa single Bunga semasa tulis tau dakk.. Tapi tulah nak ada BF tapi haram.. #stayhalal jelah ann.. Terhindar sikit dari dosa.. :D

YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]
RomanceSebuah kisah cinta yang tak sengaja diantara seorang askar TLDM dan seorang pelajar universiti. Setiap kali berjumpa pasti ada sengketa yang timbul di antara mereka. Sehinggalah satu hari timbullah perasaan cinta. Btw cerita ni akan ada adegan sweet...