Secret Recipe
"Eh, Teah. Sorry tau lambat. Ni ha budak mengada ni sibuk nak ikut. Dahlah siap lambat. Sorry tau." sambil mencubit pinggang ramping kepunyaan Alya.
"Auch. Kak Isha..! Sakitlah pinggang Lya ni." sambil mengusap bahagian yang sakit itu.
"Eleh. Sakit sikit je. Hati akak ni sakit lagi tau tak."
"Hahaha. Takpelah. Lagipun, aku boleh makan kek banyak - banyak sementara tunggu kau ni." lalu menyuapkan kek chocolate indulgence ke dalam mulutnya.
Aip, aip. Kita berkenalan dulu okay? Yang tengah makan ni, Fateha atau dikenali sebagai Teah. Bukan Teah team Ammar Nazhan tu. Walaupun sebenarnya author mengambil nama dia..- Ehem-ehem kita sambung balik. Fateha sekarang berumur 22 tahun. Sama macam Keisha. Beliau belajar di Kolej Perubatan Diraja Perak atau UniKL RMCP di GreenTown, Ipoh. Cita-cita Fateha ingin menjadi doktor dan membuka hospital beliau sendiri untuk mereka yang tidak mampu membayar bil hospital yang mahal. Baikkan dia. I know right.."Eh, kita alas perut dululah. Tetibe sedap pulak kek chocolate kau. Hahaha."
"Ha, pergilah order. Aku belanja. Yelah, sekali sekala kan belanja budak Jepun ni."
"Eh, yeke? Apani-apani.. Malu ite, malu ite. Haha.""Lya nak apa? Pergi order. Kak Teah belanja." ujar Fateha sambil menyuapkan kek chocolate nya ke dalam mulutnya lagi.
"Weh, tak payahlah. Kau belanja aku sorang jelah. Dah macam menyusahkan kau pulak."
"Takpe. Lagipun, aku bawak duit lebih."
"Yeke, takpe? Tak menyusahkan?"
"Tidak wahai cik adik Keisha. Pergilah jelah order."
"Uhm, yelah. Thank wey."
"Hm, you're welcome."
"Jom, Alya.""Jom"
Selepas selesai makan, mereka pun mula ber 'shopping '.
Beberapa jam kemudian..
"Dahlah. Jom balik. Satgi tak sempat pulak. Dahlah dah petang ni. Dah nak maghrib dah pun." kata Keisha apabila adiknya dan kawannya itu, telah selesai shopping.
"Jom." jawab mereka serentak.
Sebaik sahaja mereka di tempat parking, mereka agak terkejut apabila terdengar seseorang memanggil nama Alya.
Mereka menoleh ke arah suara tersebut lalu ternampak satu figura sedang melambai-lambai ke arah mereka. Satu figura yang pendek, satu lagi figura yang tinggi sedang bermain telefon.
Setelah mereka menoleh ke arahnya, figura yang pendek itu terus berlari ke arah mereka manakala figura yang tinggi itu tidak perasan akan persekitaran sekeliling kerana asyik bermain telefon.
"Eh, Alya tak bagitau Aira pun yang Alya nak shopping. Kalau tak boleh kita shopping sama-sama." soal Umaira aka Aira.
So, guys. Macam biasa, ini Umaira ataupun orang panggil Aira. Macam biasa juga, author mengambil sempena nama team Ammar Nazhan tu. Bukan curi ya anak-anak. Tetapi, dijadikan ilham.. Eh- Tibee.. Takdelah author gurau je. Aira sebaya dengan Alya iaitu berumur 20 tahun. Mereka juga belajar di universiti sama-sama. Pada awalnya, mereka hanyalah sekadar kawan biasa tetapi apabila mengetahui bahawa mak ayah mereka berkawan baik, mereka juga turut menjadi kawan baik."Eh, Aira. Takdelah Alya cuma ikut kakak Alya dengan kawan dia je." balas Alya sambil menunjukkan kakaknya dan kawan kakaknya.
Aira memperkenalkan dirinya kepada mereka. "Hai. Saya Umaira. Boleh panggil saya Aira." lalu menyalam tangan Keisha dan Teah.
"Saya Keisha. Kakak Alya. Panggil je Kak Isha. Ni pulak kawan akak. Nama dia Fateha. Panggil je dia Kak Teah." sambil menunding jari ke arah kawannya.
Aira agak sedikit terpesona akan kecantikkan Keisha.
"Kalau Aira nak tau, Kak Isha ni belajar kat Jepun." celah si Teah.
"Wow, yeke? Pandainya Kak Isha." soal Aira dengan perasaan kagum.
"Eh, takdelah. Biasa - biasa je." balas Keisha dengan merendah diri.
Aira mendekatkan wajahnya ke telinga Alya lalu membisikkan sesuatu.
"Cantiknya, Kak Isha. Pandai pulak tu. Agak-agak dia boleh jadi isteri Abang Syah tak?"
"Boleh rasanya. Lagipun, Abang Syah kan tengah single. Akak Isha pun sama. Hahaha."
Sedang mereka asyik berbisik, Keisha dan Fateha ralit memerhati figura 'Ukasyah' yang dari tadi ralit bermain telefon sehinggakan adiknya berlari ke arah mereka pun, dia tidak perasan. Kalini giliran mereka pula berbisik.
"Kau tengok tu, Sha. Hensemkan abang dia kan?"
"Ish kau ni. Takyah nak menggatallah. Kau tengok tu. Adik dah takda pun dia still tak perasan. Ni kalau anak dia ni, mahunya isteri dia mengamuk. Lagipun, aku tengok biasa - biasa je. Takdalah menarik sangat. Hensem lagi mamat - mamat kat Jepun tu."
"Yelah kau. Memanglah mulut kau cakap dia tak hensem, tapi sebenarnya dalam hati kau cakap dia hensem kan? Kan? Kan?"
"Tch. Mana adalah. Aku ni bukan spesies perempuan menggatal macam kau ni." lantas senyuman mula tercantas di bibir Keisha.
Tiba - tiba figura 'Ukasyah' terus berjalan laju ke arah mereka. Tanpa angin atau ribut, dia terus memarahi mereka bertiga.
"Woi, kau nak buat apa ha dengan adik aku ni?!" sambil menarik kasar tangan Aira.
"Auu. Sakitlah bang..!" sambil meronta - ronta untuk dilepaskan. Tapi sayangnya, tangan Ukasyah lebih kuat mencengkam tangannya dan apakan daya, tidak terjadi apa - apa pun.
Keisha dengan perasaan marahnya mula memarahi Ukasyah kerana dia tidak suka orang menuduhnya.
"Ewah. Tetibe pulak nak marah kita. Mana kitorang buat apa - apa." tegas Keisha.
"Tak buat apa - apa? Ni kau nak culik ni bukan? Alamak. Dah salah tu mengaku jelah."
"What?! Mana ada kitorang sembang jelah. Agak - agaklah kalau nak tuduh pun. Takkan kitorang bertiga macam ni nak culik adik awak kot." sambungnya dengan tegas.
"Heh. Sembang apa kalau kat tempat parking macam ni? Dengan suasana parking yang gelap - gelap macam ni. Perempuan zaman sekarang ni mana boleh dipercayai." dengan intonasi yang menyindir.
"Ewah kau. Mengata orang pulah dah..! Abistu kau nak suruh aku buat apa? Letak lampu kat sini? Macam tu?!" terus tukar nama panggilannya.
"At least kalau nak bersembang tu, ajaklah kat tempat yang ada cahaya sikit. Tak pun kat dalam restaurant or something."
"Bukannya..-" belum sempat Keisha menghabiskan ayatnya, Aira mencelah.
"Aira yang salahlah. Aira yang tegur dorang. Aira yang tak ajak diorang pergi masuk restoran. Yelah dah abang ralit sangat main phone, takut nanti tercari - cari pulak. Lagipun, ni kakak Alya. Kak Isha, yang belajar kat Jepun tu." sambil menunjukkan ke arah Keisha.
"Ahh! Apa - apa jelah. Jom balik!" lantas Ukasyah menarik kasar tangan Aira untuk memaksanya berjalan ke arah kereta yang diparking Ukasyah.
Aira sempat menoleh ke belakang lalu membuat isyarat mulut 'I am sorry '.
To be continued..
Aiyoyo. Kata pak imam. Apasal marah teruk sangat.. Adeh. Tapi takpe jangan risau. Sbb pak imam ni akan berubah jua nanti. Hehehe tunggu tau.. Kay Thank you guys.

YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]
RomansaSebuah kisah cinta yang tak sengaja diantara seorang askar TLDM dan seorang pelajar universiti. Setiap kali berjumpa pasti ada sengketa yang timbul di antara mereka. Sehinggalah satu hari timbullah perasaan cinta. Btw cerita ni akan ada adegan sweet...