Selepas sahaja Ukasyah selesai parking keretanya, Aira ternampak sosok Keisha yang cantik lagi menawan memakai baju kurung berwarna navy blue itu berdekatan dengan kereta mereka. Sesiapa sahaja yang melihat Keisha tentunya akan tertawan dengan kecantikkan beliau. Lantas, Aira membisikkan sesuatu ke telinga Puan Aisyah kerana takut abangnya mendengar.
"Tulah mummy. Tulah Kak Isha mummy." bisik Aira.
"Mana? Mana..?" kepala dan mata Puan Aisyah tercari-cari sosok Keisha.
"Tu ha mummy.. Yang dekat kereta Innova tu." Aira lantas menunjuk ke arah Keisha yang sedang membetulkan tudungnya itu.
"Nampak dah.. Eh, tu bukan Puan Fatin ke? Keisha tu anak dia ke, Aira?"
"Haah. Mummy takkan tak tahu? Mummy kan selalu keluar dengan Cik Fatin selalu."
"Yelah. Mummy cuma pernah nampak anak dia yang lagi satu tu je. Yang ni tak pernah pun."
"Haah, mummy. Kak Isha masa tu tengah belajar kat Jepun. Tu sebabnya jarang nampak."
"Ooo.. Patutlah Si Syah tu tergoda, dahlah cantik. Pandai pulak tu. Mummy rasakan, Syah dengan Keisha ni sesuailah."
"Kan.. Sama.. Aira pun rasa diorang ni sesuai tau. Bukan Aira sorang je mummy, Alya pun sama."
Sedang mereka asyik bersembang, mereka tidak sedar bahawa semua penumpang di dalam kereta itu telah keluar.
Ukasyah telahpun pergi ke dalam dewan di mana di situlah tempat jamuan makan - makan diadakan. Beliau pergi bersama Tengku Safwan kerana malas hendak menunggu kaum hawa yang dari tadi bersembang tak ingat dunia.
"Eh, mummy. Mana daddy ngan abang..?"
"Astaghfirullahallazim.. Dorang dah tinggalkan kitalah, Aira.. Dah - dah jom keluar dulu.."
Semasa mereka ke dalam perjalanan ke dewan, beliau agak terkejut apabila terdengar seseorang berteriak memanggil nama beliau.
"Aisyah! Aisyah! Sinilah.." kata Puan Fatin sambil melambai - lambaikan tangannya di udara.
"Eh, Fatin. La.. Alya pun ada ke?"
"Haah, mummy.." balas Alya sambil mengorakkan senyumannya yang manis itu.
"Eh, ni sapa?" soal Puan Aisyah sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Keisha. Beliau sengaja tanya soalan itu walaupun hakikatnya beliau telahpun mengetahui.
Keisha yang dari tadi asyik bersembang dengan Aira, tiba-tiba terasa awkward apabila Puan Aisyah menunding jari ke arahnya.
"Er.. Nama saya Keisha auntie.. Auntie boleh panggil saya Isha.."
"Wah.. Comelnya.. Patutlah si Syah tu tergoda. Hihihi "
Semua orang di situ berasa pelik dan hairan apabila Puan Aisyah berkata demikian.
"Syah..? Ukasyah ke Aisyah..?"
"Eh.. Takde apa - apalah.. Dah-dah jom masuk.. Panas ni kat luar." pelawanya kerana ingin coverline.
"Eh, ibu.. Isha nak pergi kereta jap.. Isha tertinggal baranglah.."
"Ha, ok"
Selepas sahaja Keisha selesai mengambil barangnya yang tertinggal, Keisha segera berjalan ke arah dewan jamuan makan itu. Kelihatan sosok figura yang dia kenali. Sosok figura tersebut sedang sibuk menyambut dan mempelawa para tetamu yang hadir. Bukan itu juga, sosok figura tersebut manis menayangkan senyuman kepada para tetamu.
"Ish, kau ni. Kat sini jugak kau nak ada. Macam takde tempat lain.. Pandai pulak kau senyum.. Ingatkan tak reti." omel Keisha sendiri.
Keisha berjalan ke arah dewan tersebut sambil menayangkan riak muka yang seakan-akan menyampah akan kehadiran seseorang. Setibanya Keisha di sana, beliau di sambut dengan sambutan yang amat meriah sekali.
Meriah sangat..
"Tch.. Ada jugak kau dekat sini eh?" sindir Ukasyah dengan riak muka yang menyampah.
"Awak ni nak apa? Tak habis-habis lagi ke, huh?"
"Takdelah. Cuma terkejut tengok kau datang sini. Yelah.. Entah-entah datang tanpa diundang.."
Air mata Keisha serasa hendak menurun apabila mendengar kata-kata Ukasyah sebentar tadi. Sakit hatinya apabila Ukasyah berkata demikian. Namun, Keisha menahan lalu memasuki ke dalam dewan tanpa mempedulikan Ukasyah.
"Woi..! Kenapa tadi tu?" soal Airel merangkup sebagai teman semati dan sehidup Ukasyah. Segala rahsia mahupun masalah Ukasyah diceritakan kepadanya. Mereka berkawan sejak dari perut mak mereka lagi. Kiranya mak ayah diorang ni berkawan pastu anak-anak diorang pun berkawan.
"Tak ada apa." Ringkas sahaja Ukasyah membalas.
"Tak ada apa-apa bendanya. Budak tu nak menangislah."
"Menangis? Mana adalah." nafi Syah.
"Otak kau.. Budak tu menangis bodoh.. Aku nampak tadi.."
Ukasyah segera mencari kelibat Keisha apabila mengetahui tentang gadis itu.Ukasyah sejenis yang pantang apabila mendengar budak perempuan menangis. Tapi dia buat orang boleh pulak. Adehh..
"Wei.. Kau tolong jaga jap. Aku nak cari jap budak tu."
"What..?! Wei-" Belum sempat Airel menghabiskan ayatnya, Syah segera pergi meninggalkan kawannya semata-mata hendak mencari gadis itu. Airel yang dari tadi tidak mempunyai aktiviti terus mempunyai aktiviti yang perlu dilakukan. Bertuah sungguh budak ni. Senang hidup dia je mengarahkan orang.
'Hish. Menyesal pulak aku tegur dia tadi..' omelnya sendiri.
Syah berlari masuk ke dalam dewan. Syah ingin menuju ke tandas perempuan mana tahu Keisha ada dekat situ. Eh, dia pergi situ sebab nak cari Keisha je eh. Kome jangan fikir bukan-bukan. Otak tu jangan blue sangat..
Puan Aisyah dan Puan Fatin yang dari tadi sibuk bersembang tiba-tiba sedikit terkejut apabila melihat Ukasyah yang gelisah seperti kehilangan sesuatu.
"Syah.. Oh Syah.. Sini jap." Syah yang dari tadi ingin mencari Keisha terus terbantut hajatnya apabila ibunda kesayangannya memanggil..
"Ya, my.." Syah segera menyahut panggilan mummynya sambil tergesa-gesa.
"Ada apa my?" sambungnya lagi tetapi kali ini bereaksi tenang kerana takut mummynya mengesyaki sesuatu.
"Syah, cari apa sayang?" soal Puan Aisyah sambil mengusap lengan sasa milik Ukasyah. Pakwe kau hensem, ada lengan sado tak? Takde? Hmm, lemahh... Tetetetetetet.. Eh, menyempat..
"Erm.. Takde apa-apa mummy. Hehe. Syah cuma cari kawan Syah je." Syah mengusap-usap tengkuknya yang tidak berasa gatal. Itulah kebiasaannya ketika dia bercakap bohong.
"Yeke, Syah? Jangan tipu, mummy.. Berdosa tau.." Mana rancak-rancak.. Berdosahh.. Tibee. Puan Aisyah dalam diam sebenarnya mengetahui bahawa anak terunanya itu menipu. Tetapi, beliau mendiamkan diri sahaja kerana mahu melihat sejauh mana anak terunanya bisa berbohong. Well, ibukan.. Mestilah ada naluri seorang ibu. Haih. Ada sekali tu, Bunga nak mintak duit sebab nak beli baju kat shoppe an, belum sempat Bunga bagitau, terus mak Bunga cakap "Ha, nak mintak duit le tu. Tak boleh.. Jangan mengada." Ha, centu.. Padahal Bunga tak cakap pun lagi.. Why, momma.. Whyy..? 😭 Tapi takpe, lagipun baju tu takde faedah pun. Satgi, dah tak muat, mak Bunga jadikan sebagai kain buruk.. HAHAHAH Mak kome mesti cenni jugak an.. Sape sama, kita geng.. Dah-dah jom sambung. Kesian deme tu.. Tak jadik cerita diorang.
"Betul, mummy." Sekali lagi, Syah mengusap tengkuknya yang tidak berasa gatal.
"Yelah, yelah. Ni kenapa Syah tak duduk dekat pintu? Bukan Syah ke yang kena sambut tetamu..?"
"Haah, tapi Syah nak berehat jap. Lagipun, Syah dah mintak tolong Airel dah untuk jagakan sekejap. Hehe."
"Bertuah sungguh budak ni.. Hish, yelah-yelah. Jangan lama sangat. Sian, Airel tu."
"Ok, bos." kata Syah sambil mentabik hormat kepada ibunya. Syah tergelak kecil lalu pergi meninggalkan mummynya untuk melakukan hal yang tergendala tadi.
"Eh, Syah gelak ke Aisyah? Wow, jarang-jarang nampak dia gelak." soal Puan Fatin yang sedikit terkejut melihat budak lelaki itu tergelak.
"Haah, Tin. Syah tu memang macamtu. Dari kecil lagi, dia memang macamtu. Katanya, senyuman ni mahallah, tak boleh nak tunjuk kepada sebarangan oranglah. Haish, macam-macam. Padahal, Rasulluah bersabda: Bahawa sesungguhnya senyuman itu satu sedekah."
"Ooo.. Eh, lambat pulak Keisha ambik barang.. Entah cari apa le budak tu."
To be continued..
Hai.. Just nak bagitau bahawa watak Airel dah bermula.. K, tu je. Chow..
YOU ARE READING
Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]
RomanceSebuah kisah cinta yang tak sengaja diantara seorang askar TLDM dan seorang pelajar universiti. Setiap kali berjumpa pasti ada sengketa yang timbul di antara mereka. Sehinggalah satu hari timbullah perasaan cinta. Btw cerita ni akan ada adegan sweet...