𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 9 🦋

37 14 2
                                    

"Bang.. Siapa perempuan ni bang?" Remaja perempuan tersebut menundingkan jari ke arah Keisha dan memandang Keisha dengan riak wajah yang menyampah.

Keisha melihat perempuan tersebut seperti tidak cukup kain. Dia memakai baju kurung yang amat ketat sampaikan boleh menampakkan aset dadanya itu yang boleh menggoyahkan iman seseorang lelaki.

'Mak bapak tak beli baju baru ke apa ni?' soal Keisha sendiri di dalam hati.

"Kawan abang." ringkas sahaja jawapan Ukasyah dengan nada suaranya yang mendatar.

"Eh, setahu Yara, abang takde pun kawan perempuan..?"

"Ni kawan baru. Dah tepi.." Ukasyah langsung menolak tepi perempuan tersebut yang menghalangi jalannya.

Keisha hanya mendiamkan diri dan mengikuti sahaja langkah kaki Ukasyah. Keisha ingin menanyakan siapa perempuan itu, tetapi apabila melihat wajah dingin Ukasyah, terus terbatal hajatnya.

"Budak tu adik kawan aku." selamba sahaja Ukasyah membalas. Keisha hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Ketika sudah sampai di tempat keretanya diparkir, kebetulan kereta Keisha hanya beberapa buah jauh sahaja dari kereta Ukasyah. Semua orang menunggu mereka di kereta Keisha.

"Haih, lamanya diorang ni." rungut Encik Safwan.

"Ha, tu diorang." jerit Alya sedikit.

"Lamanya kome nak sampai. Rasanya jalan beberapa minit je." kata Encik Khairul pula.

"Takdelah, yah. Tadi kitaorang terserempak dengan kawan lama, Ukasyah tadi. Tu sebabnya lambat sikit." bohongnya sambil menggarukan belakang lehernya.

"Oh.. Kalau macamtu takpelah. Dah jom."

"Ok" jawab mereka serentak.

Sedang Keisha ingin menaiki keretanya, tiba-tiba, suara Puan Fatin mencelah.

"Keisha naik dengan Ukasyah lah. Takut tak muat sini."

"Err.. Tapi..-" Sebelum sempat Keisha menghabiskan ayatnya, Ukasyah mencelah,

"Ok, Boleh je bu."

Sebenarnya di dalam hatinya, telah berbunga-bunga apabila mengetahui bahawa bidadari pujaannya akan menaiki bersama-sama dengannya. Naik kereta ngan crush kot.. Sape je tak suka.

Mereka berjalan bersama-sama ke arah kereta Ukasyah yang hanya jauh beberapa buah kereta sahaja.

Ukasyah POV

Setibanya kami di kereta, Aku segera membukakan pintu kereta untuk Keisha. Entah mengapa, hatiku terdetik untuk membuat demikian. Setelah dia masuk, Aku terus menutup pintu.

Sedang Aku ingin bergerak ke seat pemandu, Aku ternampak seorang perempuan melihat ke arahku. Riak wajahnya seakan-akan benci akan seseorang. Aku sudah mengetahui siapakah gerangan perempuan itu. Tak lain tak bukan adik Airel. Ya, adik Airel yang sudah lama jatuh hati padaku. Tetapi Aku menolak cintanya kerana dia terlalu muda untuk menjalinkan hubungan denganku.

Aku tidak mempedulikannya lalu terus memasuki ke dalam kereta. Lantas, Aku menghidupkan enjin lalu kereta Honda ku ini megah meninggalkan tempat parkir.

Suasana di dalam kereta sungguhlah sunyi. Masing-masing mendiamkan diri.

Aku pada masa itu sungguh berasa gementar dan entah kenapa mulutku terasa berat untuk dibuka. Jantungku berdegup kencang.

Dug, dag, dug, dag.

Entah kenapa jiwaku berasa gembira kerana dapat membawa Keisha pulang. Hatiku berasa seakan-akan berbunga ditambahi dengan rama-rama yang indah.

Tersuka Tanpa Sengaja [ON HOLD]Where stories live. Discover now