Kimi gementar saat kakinya melangkah masuk ke sekolah barunya. Jam tangan dilirik, menunjukkan pukul 7 pagi. Masih sempat lagi sebelum perhimpunan bermula.
Beberapa hari sebelum tu, Kimi dah sedia maklum yang dia akan masuk ke kelas 4 Ibnu Sina. Kimi cari tempat untuk meletakkan begnya berhampiran pelajar lelaki yang lain. Saat dia mahu duduk, dia ditegur oleh seorang budak lelaki.
Budak itu menghulurkan tangannya kepada Kimi, "Hai, budak baru eh? Sebab first time nampak hehe" katanya.
"Ha? ouh haah.. ye" Kimi menyambut huluran salam itu dgn senyuman di bibirnya.
"Tingkatan bape?" soal budak itu lagi. Kimi memerhati nametag milik budak itu. 'Daniel'.
"Saya form 4, kelas Ibnu Sina" kata Kimi dgn manisnya.
Daniel kelihatan teruja. "Wah, yeke? kita satu kelas!".
Kimi pun menunjukkan riak muka yang happy, wah tak sangka dia sekelas. Senang la nk rujuk apa-apa. "Seriously? wah, untung saya. Nama saya Kimi".
"Aku Daniel" kata Daniel tersengih memandang Kimi.
Perbualan mereka terhalang apabila bunyi loceng berbunyi. Maka semua pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam dewan untuk perhimpunan mingguan.
Kimi hanya mengikuti Daniel memandangkan mereka sekelas. 'Ramai jugak budak laki kelas ni', getus hati Kimi. Terdapat 12 orang pelajar lelaki termasuk dirinya. Pelajar perempuan dia tak tahu sbb diorang beratur dkt belakang.
Kimi hanya menumpukan perhatian saat menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Tiba masa ucapan ketua pengawas.
Seorang pelajar lelaki kemas dan segak berpakaian biru pekat, ditambah dengan blazer dan rambutnya hitam pekat disikat rapi sedang naik ke atas pentas. Bunyi kasut kulitnya jelas kedengaran.
Kimi sempat mendengar suara-suara budak perempuan yang macam 'terpukau' dgn kekacakan ketua pengawas tu. Kimi? Saat dia memandang muka pengawas tu, Kimi juga terpukau. Matanya tak berkelip langsung. Dia seperti dirasuk sesuatu. Nampaknya, macam kena rasuk dgn aura pengawas tu.
"Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengetua, barisan guru penolong kanan, kaunselor, guru-guru akademik dan semua pelajar yang saya kasihi sekalian. Nama saya Muhammad Izhan bin Abdul Majid, selaku ketua pengawas SMK Wira Betawi pada tahun ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kita.. " Panjang ucapan Izhan pagi tu. Yela, ketua pengawas kan.. mestila ucapan pun kena panjang and padat.
Kimi bukannya dengar apa yg disampaikan oleh Izhan, dia tidak langsung alihkan pandangannya kat tempat lain. Matanya terus memandang Izhan. 'Izhan..' hatinya terdetik. Akhirnya, ucapan dari Izhan telah habis. Izhan lalu turun dari pentas dan berdiri di tepi barisan pelajar tingkatan 5.
Kimi masih tidak mengalihkan pandangannya dari Izhan. Dan, Izhan pun sedar yang Kimi memandangnya. Lalu Izhan senyum, dan sempat mengenyitkan matanya kearah Kimi.
Kimi membulatkan matanya lalu cepat-cepat tersedar. Pipinya kemerahan. Ah sudah, apa dah jadi ni..
1 jam habis mcm tu je. Perhimpunan kot, siapa je yg fokus? HAHAHA. Dgn ucapan pun panjang lebar, buat org mengantuk je. Semua pelajar berdiri untuk ke kelas masing-masing. Satu persatu barisan bergerak. Kini giliran barisan kelas Kimi. Saat Kimi lalu disebelah Izhan, Izhan sempat lagi mengenyitkan matanya lagi kearah Kimi. Kalini memang dkt. Pergh, cair beb Kimi. Dia terus blushing. Habesla Kimi HAHAHA. Kimi cpt² jalan.
**********
Sampai je di kelas, semua mata budak perempuan tertumpu dkt Kimi. Al maklumlah, Kimi mempunyai rupa paras yg boleh tahan kacak, kulitnya putih mulus, rambut disikat rapi, badannya juga tidak terlalu kurus, sesuai dgn berat badan ideal.
YOU ARE READING
Ruin My Life
RomansaHi, this is the story about Kimi, just budk sklh biasa. Tapi.. tersangkut plk dkt sorg senior dia. Anyway, I'm so sorry kalau cerita x menarik. and.. maybe.. akan ada part 18+ (x semua part), kalau x suka, skip aje, atau.. xyh bce? haha. Love u g...