Part 2 - Sasaeng

5.1K 88 8
                                        

Kimi berjalan menuju ke arah perpustakaan. Mujur dia dah bertanya pada Daniel di mana library berada. 'Besar betul sekolah ni. Lama² kang boleh tersesat aku', dia hanya bermonolog sendirian.

Hampir 5 minit berjalan, dia dah tiba di library. Dia pun melangkah masuk ke dalam. Matanya tercari-cari kelibat Izhan. Ha, tu pun. Izhan duduk di meja paling hujung sambil membuat homework nya. Rajin benor dia tu. Maklumlah, pelajar contoh.

Kimi pun jalan menuju ke meja yang diduduki Izhan. "Hai bang, Kimi ni" sapa Kimi dahulu. Izhan pun mengangkat mukanya dan tersenyum.

"Eh dah sampai? Ha duduklah". Lalu Kimi pun duduk di hadapan Izhan. Kepala masih tertunduk akibat Izhan yang terlampau kacak HAHA.

"Angkatlah muka tu. Tak lenguh ke asyik tunduk je?" Izhan hampir tertawa melihat Kimi yang perlahan-lahan mahu memandangnya. Kimi pun memberanikan diri untuk melihat Izhan. Chill Kimi, tenang. Jangan gopoh. Nanti dia takut.

"Ada apa abang nak jumpa saya?" soal Kimi. Entah tiba-tiba ajak dia pergi library.

"Oh, saja ajak. Nak kenal² Kimi. Boleh kan?" Izhan pun menutup bukunya dan mula fokus kepada Kimi.

"Boleh" jawab Kimi.

"Kimi tinggal kat mana?" tanya Izhan lebih lanjut. Semakin mendalam rasa ingin tahu nya terhadap budak comel di depannya itu.

"Kimi tinggal dekat Taman Saujana tu".

"Oh, Kimi anak keberapa?" sambil tu Izhan melonggarkan tali lehernya yang sedikit ketat.

"Kimi anak tunggal bang. Mak ayah Kimi dah meninggal" ujar Kimi sambil tertunduk. Jelas di matanya terdapat setitis air mata.

Izhan seperti tak percaya dgn apa dia dengar. "Takziah ye Kimi, abang tak tahu yang Kimi anak yatim. Habis, Kimi tinggal dengan siapa sekarang?".

"Sorang" ringkas dan cukup untuk membuatkan Izhan terdiam.

"S..sorang? Habis, makan minum Kimi? Urusan persekolahan, harian Kimi? Siapa yang tanggung?" Kalini muka Izhan serius.

"Kimi la. Kimi buat kerja sambilan cuci pinggan dekat kedai² makan. Rumah Kimi pun ada orang sedekahkan. Urusan Kimi, semua Kimi buat sendiri. Nak harapkan makcik pakcik Kimi, diorang semua tak suka dengan keluarga Kimi. Bagi diorang, family Kimi ni bawa malang. Sebab Arwah atuk meninggal masa family Kimi bawa dia bercuti dkt Langkawi. And semua orang salahkan keluarga Kimi. So we had no choice melainkan redha je" panjang Kimi menerangkan kepada Izhan.

Izhan tak sedar yang dia dah mengalirkan air mata sikit. "Kimi, abang minta maaf dgn apa yang jdi kat Kimi. Sungguh, abang tak tahu. Kimi sabar ye. Kalau Kimi ada masalah, Kimi bagitahu abang. I'm willing to help you".

"Thanks bang. But setakat ni, Kimi still boleh jaga diri Kimi. Its okay" Kimi mengelap air matanya yang mengalir perlahan di pipi gebunya itu.

Tiba-tiba Izhan mencapai tangan Kimi. Dipegangnya erat. "Kimi, kalau ada masalah, jangan pendam. Abang sentiasa untuk bantu Kimi. Okay cutie?" Izhan cuba untuk senyum. Kesian Kimi. Tidak cukup kasih sayang dari ibu bapa nya.

"Okay bang" Kimi hanya tunduk.

"Kalau tak ada apa², Abang balik dulu ya. Kimi balik naik apa?" soal Izhan. Dia pergi sekolah hanya berjalan kaki. Rumah dekat, apa ada hal.

"Jalan kaki bang" jawab Kimi.

"Oh, samalah dengan abang. Tapi laluan kita bertentangan. Tak dapatlah abang nk teman Kimi hari²" Izhan cuba mengambil hati Kimi. Hehehe, macam suka je.

"Eh takpelah bang. Kimi dah biasa jalan kaki sorang²" Kimi cepat² menolak.

**********

"Abang balik dulu ye. Bye cutie" Izhan melambai tangannya pada Kimi. Nasib hanya tinggal mereka berdua je. Kalau tak, memang tak lah Izhan nak panggil Kimi 'cutie'.

Ruin My LifeWhere stories live. Discover now