❃ུ۪ Chapter 7 ❃ུ۪

53 4 2
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

Kesemua abang Haechan kini sudah pulang ke rumah. Mereka tidak rasa bersalah sama sekali setelah menjual Haechan. Bahkan mereka berasa senang apabila si bongsu tidak akan menjejakkan kaki lagi di rumah itu. Oh lupa, mereka bukan adik-beradik kandung. Wajarlah ia tak memberi apa-apa kesan kepada hyungnya.

"Hyung, mana Haechan?" tanya Mark yang baru keluar dari biliknya selepas berehat. "Haechan? Kau lupa ke apa yang kita plan haritu?" tanya Yuta kehairanan. Apakah adiknya yang seorang ini sudah hilang ingatan? "Huh??" Mark tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh hyungnya.

"Kejapnya kau ni dah lupa. Kan kita dah rancang untuk jual Haechan. Hyung dah dapat bayarannya dan Haechan akan tinggal kat situ buat selama-lamanya. Ingat??" kata Yuta sekaligus membuatkan Mark tergamam. Bagaimana dia boleh terlupa yang Haechan akan dijual? Ah patutnya dia tak perlu peduli akan adiknya itu. Tetapi di suatu sudut hatinya, dia tidak ingin adiknya diperlakukan sebegitu.

"Mark?? Kenapa dengan kau ni? Sejak Haechan kena pukul haritu, kau terus jauhkan diri. Ada apa-apa yang menganggu kau ke?" tanya Jungwoo yang nampak perubahan Mark. "Umm tak ada apa-apa lah hyung. Mark lupa je pasal perkara ni." kata Mark cuba untuk tidak membuat hyungnya rasa curiga. "Apa reaction Haechan waktu dapat tahu dia kena jual?" tanya Mark lagi. Sengaja mengubah topik.

"Dah tentu lah budak tu menangis. Macam lah kau tak kenal dia. Dia kan lemah, bukan macam kita semua." kata Yuta.

Mark sekadar mengangguk. Fikirannya bercelaru. Dia masih tidak percaya Haechan telah dijual. Patutkah dia kasihan dengan adiknya itu? Buat masa ini dia tidak mahu memikirkannya. Dia ingin menenangkan fikiran. Jadi, dia ambil keputusan untuk keluar ke taman. "Mark nak keluar sekejap. Nak ambil angin. Mark pergi dulu." kata Mark lalu beredar dari situ. "Makin peliklah dia tu. Agaknya dia dah mula kesian dengan Haechan." tebak Jungwoo. "Hyung pun rasa macam tu. Dia macam nak pertahankan Haechan." setuju Winwin. "Atau dia sebenarnya penat sangat. Ye la sejak minggu lepas dia dah mula sibuk dengan kerja. Lagipun aku tak rasa dia akan maafkan Haechan atas apa yang budak tu dah buat." kata Jaehyun. "Hmm mungkin." gumam Johnny. Yang lain sekadar berdiam diri memikirkan perubahan Mark.

⊹❃ུ۪⊹

᯽𝐓𝒂𝒎𝒂𝒏᯽

Mark sedang menghirup air teh yang dibeli semasa perjalanan tadi. Dia sedang menenangkan hatinya yang risau akan Haechan. "Apa aku dah buat ni?" Mark rasa bersalah kerana tidak menghalang abang-abangnya daripada menjual Haechan. Sudahlah dia tidak tahu dengan siapa Haechan dibeli dan dimana orang itu tinggal kerana dia tidak ikut semasa perkara itu berlaku. Mark risau akan keadaan adiknya.

Angin yang bertiup lembut membuatkan Mark sedikit tenang. Kemudian, Mark terlihat dua orang budak lelaki, adik-beradik mungkin, sedang bermain bersama. Si abang yang lebih tinggi mengejar adiknya di sekeliling taman. Mereka kelihatan begitu gembira. Mark tersenyum melihat mereka.

Alangkah baik jika hubungannya dengan Haechan rapat seperti dulu. Kemana saja, mereka pasti akan bersama. Hinggakan orang sekeliling menganggap mereka merupakan kembar tidak seiras, padahal mereka cuma adik-beradik tiri. Dia rindu dengan suasana dulu, dimana keluarganya bahagia, mereka tidak bergaduh atau bermusuhan, semuanya gembira. Tetapi selepas kejadian pahit itu, semuanya berubah. Tiada lagi gelak tawa ceria, tiada lagi senyuman bahagia, tiada lagi kasih sayang. Hanya kesedihan dan kesuraman yang menyelubungi rumah agam itu.

Mark menghela nafas. Sampai bila mereka akan hidup begini? Dia tidak mahu lagi hidup dalam kesedihan. Bila agaknya keluarga mereka akan rapat seperti dahulu? Bagaimana caranya? Entahlah. Dia sendiri tidak tahu macam mana caranya.

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now