❃ུ۪ Chapter 17 ❃ུ۪

29 1 0
                                    

𖦹▸ Chapter ni panjaaaanngg
𖦹▸Harapnya tidak bosan

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

Keesokan harinya, Mark masih berada di hospital bersama Haechan. Sejak semalam dia enggan meninggalkan Haechan seorang diri. Bahkan hyung-hyungnya sudah lelah memujuk, Mark tetap berkeras mahu bermalam di hospital itu. Jadi, hyungnya terpaksa menghantar pakaian untuk Mark tukar.

"Haechan, bangunlah. Hyung rindu kau." ucap Mark sambil mengelus rambut Haechan. Dia memandang alat pengukur detak jantung yang terletak di sebelah katil Haechan. Kata doktor Taehyun, detak jantung Haechan sedikit lemah dari semalam dan itu membuatkan Mark risau.

"Teruskan bertahan Haechan. Hyung nak kau terus hidup." ucap Mark lagi. Langit di kota Seoul terus mencurahkan hujan, seperti mengetahui suasana hati Mark ketika ini. Suram dan gelap. Dia menyandarkan diri pada kerusi yang di dudukinya sambil matanya tidak lepas dari menatap Haechan.

Tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dan muncullah abang-abangnya. "Macam mana keadaan Haechan harini? Apa yang doktor kata?" tanya Doyoung sambil menatap wajah Haechan yang sedikit pucat. Mark menghela nafas perlahan. "Doktor kata detak jantung dia sedikit lemah dari semalam dan setakat ni tak ada apa-apa perkembangan. Cuma, kita kena terus beri semangat pada dia. Dia boleh dengar apa yang kita cakap." beritahu Mark.

Mereka pun mengangguk-anggukkan kepala. "Hyung, Haechan akan selamat ke?" tanya Mark dengan wajah sedihnya. Dia sangat-sangat risau. "Mark, kau tahu kan Haechan macam mana? Dia bukan seorang yang lemah. Dia akan selamat. Percaya pada hyung. Semuanya akan baik-baik je." kata Yuta lalu memeluk Mark. Menenangkan lelaki Canada itu.

⊹❃ུ۪⊹

Dua minggu selepas itu~

᯽𝐑𝒖𝒎𝒂𝒉 𝒂𝒈𝒂𝒎᯽

Taeil ketika ini sedang bersantai sambil menonton televisyen. Dia baru pulang ke rumah itu semalam setelah hampir dua minggu menginap di rumah rakannya. Ini disebabkan dia tidak mahu bertemu dengan Haechan pada waktu itu. Ketika dia tiba di rumah itu, dia sedikit hairan kerana semua adik-adiknya tiada. "Pergi mana agaknya ye diorang tu?" Taeil bertanya di dalam hati. Namun pada hakikatnya, adik-adiknya semua bersama-sama menemani Mark dan Haechan di hospital semalam.

Tetapi dia terlalu malas untuk memikirkannya. Dia ingin menikmati masa lapangnya tanpa gangguan. Dia berasa senang hati kerana Haechan tidak memunculkan diri lagi. Tenang rasanya.

Kemudian pintu utama rumah itu terkuak. Itu adalah Doyoung, Jaehyun dan Winwin. Mereka pulang untuk mengambil baju ganti buat mereka semua oleh sebab mereka terlupa untuk mengambilnya semalam.

"Hyung? Hyung, buat apa kat sini?" tanya Jaehyun sambil menatap tidak suka pada Taeil. "Ni rumah aku jugak. Sukahati aku lah nak buat apa pun. Yang korang ni dari mana? Tak balik dari semalam." tanya Taeil sambil matanya masih fokus pada televisyen.

"Halah, dah tua pun tak sedar diri. Dia tu tak balik rumah dua minggu boleh pulak. Kitaorang ni baru tak balik satu malam dah kecoh." omel Jaehyun di dalam hati. "Hyung tak tahu?" tanya Doyoung sambil menatap Taeil dengan tatapan datar. "Apa??" Taeil mengangkat sebelah keningnya sambil memandang ke arah mereka bertiga. "Tak payah tanya. Dia memang tak tahu apa-apa. Dia kan dah tak nak ada kena-mengena dengan kita semua." kata Winwin sambil memutar bola matanya.

Taeil geram dengan ucapan Winwin. "Apa yang jadi?! Kalau korang tak bagitahu, manalah aku nak tahu!" marah Taeil. "Haechan kemalangan! Sekarang hyung puas hati, kan?! Hyung memang suka tengok keluarga kita hancur, betul tak?!!" bentak Doyoung. Dia sudah tidak boleh menahan amarahnya.

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now