❃ུ۪ Chapter 13 ❃ུ۪

22 1 0
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

𖦹▸ Chapter ni fully Yeonjun dan Haechan scene
𖦹▸ Mungkin akan bosan
𖦹▸ Boleh skip kalau tak nak baca

"Aku memang bukan abang kandung Soobin dan Beomgyu sejak dulu lagi. Nama keluarga kitaorang sama pun sebab kebetulan je. Aku dulu diambil dari sebuah rumah anak yatim." cerita Yeonjun.

"Macam mana hyung boleh ada kat situ?" tanya Haechan. Yeonjun menghela nafas. "Aku asal dari keluarga kaya. Omma dan appa aku selalu sibuk. Diorang abaikan aku sebab diorang tak ada masa nak uruskan aku. Diorang lagi utamakan kerja diorang. Diorang hantar aku ke rumah makcik aku atas alasan tak ada sesiapa nak jaga aku. Mulanya diorang ada juga datang melawat dua minggu sekali, sebulan sekali, enam bulan sekali, setahun sekali dan akhirnya diorang tak datang lagi lepas tu. Kali terakhir aku jumpa diorang waktu umur 8 tahun. Diorang tinggalkan aku tanpa ucap apa-apa. Setiap hari aku tunggu, kalau-kalau diorang datang. Tapi mungkin aku ni selalu membebankan diorang, selalu bagi diorang masalah, nakal, degil, keras kepala. Sebab tu lah kot diorang tak nak aku lagi." luah Yeonjun sambil tersenyum pahit.

"Lepas setahun parents aku tak datang melawat, makcik aku ambil keputusan untuk hantar aku ke rumah anak yatim. Dia pun tak sanggup nak jaga aku. Nampak sangat aku ni jahat dan suka menyusahkan orang." kata Yeonjun sambil menunduk. Haechan menggeleng. "Hyung, tak jahat. Hyung baik. Fikir yang positif je hyung. Mungkin makcik hyung tu tak mampu nak tanggung hyung." Haechan memujuk Yeonjun. Kemudian dia menyuruh Yeonjun menyambung ceritanya.

"Selama aku dekat rumah anak yatim tu, aku ada dua orang kawan yang paling aku rapat. Aku dah anggap diorang macam adik-adik aku. Taehyun dan Hueningkai atau orang selalu panggil dia Kai. Taehyun senasib dengan aku. Ditinggalkan. Kai pulak anak orang berada tapi dia selalu datang dekat rumah anak yatim tu sebab mak ayah dia selalu bagi bantuan dekat rumah anak yatim tu." Haechan mengangguk. Dia fokus pada cerita Yeonjun.

"Satu haritu, ada seorang lelaki. Dia datang rumah anak yatim tu untuk ambil anak angkat. Dia rancang nak ambil Taehyun saja sebagai anak angkat tapi penjaga rumah anak yatim tu syorkan supaya aku diambil sekali memandang kitaorang berdua rapat dan Taehyun tak boleh kalau aku tak ada dengan dia. Jadi, nak tak nak lelaki tu kena jugak ambil aku secara terpaksa dan aku tak sempat nak ucap selamat tinggal pada Kai." Yeonjun mengeluh perlahan.

"Lelaki tu nak ambil anak angkat supaya isteri dia tak sunyi kat rumah. Isteri dia menghidap sakit jantung. Setiap hari, aku dan Taehyun akan jaga dan hiburkan dia. Aku gembira tengok dia tersenyum. Tapi, lelaki tu tak sukakan aku. Pada dia aku ni budak yang dungu."

"Aku selalu ditegur cikgu sebab tidur dalam kelas. Padahal aku mengantuk sebab selalu belajar lewat malam. Aku berusaha untuk naikkan markah peperiksaan aku. Aku tahu aku ni lembap, kurang pandai tapi aku tengah cuba baiki diri aku. Apa yang aku perlukan hanyalah sokongan. Aku nak dia bagi semangat pada aku dan bukannya sindir aku. Aku malu setiap kali dia perli aku depan orang ramai. Bahkan depan kawan-kawan aku pun dia sindir. Sampai aku rasa tak nak langsung jejakkan kaki dekat sekolah. Setiap hari diejek dan disindir. Kau sendiri pernah rasa kan?" Haechan mengangguk perlahan.

"Senang kata, lelaki tu memang benci aku sangat-sangat. Setiap hari aku dipukul dan dimarahi. Pernah sekali tu aku hampir dibunuh sebab aku tak jaga Taehyun dengan baik. Taehyun hampir diculik disebabkan aku. Aku terlepas pandang. Nasib baik Taehyun sempat diselamatkan dan hanya luka kecil. Sejak dari tu, lelaki tu semakin benci aku. Tapi aku tak ambil peduli. Aku abaikan saja." cerita Yeonjun lagi.

"Jadi, Taehyun tu dekat mana sekarang?" Yeonjun mengeluh lagi. "Dia diculik orang yang sama. Kalini orang tu memang tak akan lepaskan Taehyun. Polis pun tak dapat jejak penculik tu. Isteri lelaki tu betul-betul terkejut dengan berita tu sampai dia sakit teruk. Akhirnya lepas 6 bulan, dia mati sebab terlalu sedih dengan kehilangan Taehyun. Aku dibuang sekali lagi. Ditinggalkan tepi jalan dalam keadaan sehelai sepinggang. Duit pun tak ada. Tapi nasib menyebelahi aku. Aku jumpa keluarga Soobin dan Beomgyu. Diorang yang jaga aku selepas tu."

"Selepas umur aku mencecah 20 tahun, diorang biarkan aku ambil alih perusahaan diorang dengan Soobin sebagai pembantu aku. Dan di sinilah aku sekarang. Aku betul-betul bersyukur." Yeonjun tersenyum. Haechan mengangguk dan membalas senyuman Yeonjun.

"Aku masih lagi mencari Taehyun. Tapi tak jumpa-jumpa. Polis kata dia dah mati tapi aku tak percaya selagi aku tak jumpa mayat dia. Aku ada jugak cuba cari Kai dekat rumah anak yatim tu tapi kata penjaga rumah tu, Kai dah ikut mak ayah dia ke Amerika sejak beberapa tahun yang lepas. Jadi tinggallah aku kat sini." kata Yeonjun lagi.

"Maaflah aku punya cerita panjang sangat. Mesti kau penat dengar cerita aku." kata Yeonjun. "Tak lah hyung. Haechan okey je. Lagipun tak salah pun hyung nak cerita. Haechan sedia mendengar." kata Haechan sambil mengangkat ibu jarinya. Yeonjun terkekeh perlahan. "Dah la. Aku nak sambung kerja ni. Kau pergilah balik ke meja Soobin." "Baik hyung." dan Haechan pun keluar dari situ.

⊹❃ུ۪⊹

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now