❃ུ۪Chapter 8 ❃ུ۪

43 3 4
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

Mark tersedar dari tidurnya. Nafasnya terengah-engah seperti baru lepas berlari. Badannya turut berpeluh. Mark meraup mukanya. "Apa yang aku mimpikan ni?" Mark cuba menenangkan dirinya. Itulah mimpi ngeri yang pertama dia dapat berkaitan dengan adiknya. "Haechan, tolong jangan pergi. Hyung perlukan kau. Hyung minta maaf atas segalanya. Hyung tak mampu nak lindungi kau. Mianhae Haechannie." ucap Mark seorang diri. Dia mengambil nafas lalu bangun menuju ke bilik air.

Setelah selesai membersihkan diri, dia tidak dapat lena lagi padahal jam baru menunjukkan pukul 2 pagi. Oleh sebab dia tidak tahu mahu buat apa, dia pergi ke bilik Haechan. Dia membuka pintu bilik yang dahulunya dihuni seseorang yang amat dibenci di dalam rumah ini tetapi sekarang sudah kosong. Hanya terdapat barangan Haechan yang masih tersusun rapi.

Mark rindu. Ya, dia rindu dengan adiknya itu. Dia rindu hendak melihat senyuman ceria adiknya di pagi hari walau dia tak pernah membalasnya. Dia rindu ingin memakan masakan Haechan walau dia tak pernah menghargainya. Sungguh dia rindu. Tanpa sedar, air matanya menitis.

Kenangan demi kenangan menerjah fikirannya. "Hyung rindu Haechan." lirih Mark. Dia berjalan ke arah almari Haechan. Terdapat banyak gambar disusun dengan kemas. Dia terhenti di sebuah gambar lama. Gambar keluarga mereka sebelum omma dan appa mereka kemalangan. Mark membalikkan bingkai gambar itu dan ada sedikit tulisan di atasnya.

"Our big family. ᵔᴗᵔ Haechan harap kita boleh jadi macam dulu. Tiada yang membenci. Tiada yang berdendam. Maafkan Haechan. Haechan sayang semua orang." itulah tulisan yang ditulis Haechan. Mark menyeka air matanya. "Haechannie..." gumam Mark perlahan. Dia kecewa. Dia kecewa dirinya tidak dapat lindungi Haechan.

Mark beralih pula pada buku-buku Haechan. Semuanya tersusun rapi. Tatapannya terhenti pada sebuah diari yang agak lusuh. Kelihatan seperti sudah lama Haechan menyimpannya. Apabila dia meneliti kulit diari tersebut, dia terkejut. Dia sungguh tidak menyangka Haechan menyimpan diari yang diberinya ketika sambutan hari lahir Haechan yang terakhir 16 tahun yang lalu. Sesayang itukah adiknya pada dirinya?

Dia menyelak halaman pertama. Ia ditulis pada 6 Jun 2006. Ayatnya berbunyi begini..

"Harini hari jadi Echan, tapi hyung tak bagi hadiah pada Echan. Echan nak mainan baru. Tapi Echan takut nak minta. Sebab hyung tak suka bila Echan membazir. Omma pesan, Echan kena ikut cakap hyung. Jadi Echan tak nak membazir."

Mark menyelak muka seterusnya.

2 Ogos 2006

"Hari ni hari jadi Mark hyung. Echan nak belikan hadiah tapi Echan tak ada duit. Apa Echan patut buat??? Apa kata... kalau Echan belajar buat biskut kesukaan hyung. Mesti Mark hyung suka. Bolehlah Echan bagi biskut untuk hyung setiap tahun. Ya, Echan nak buat biskut. Kajja!"

Baru Mark tahu, selama ini biskut yang selalu dimakannya ketika hari lahir nya adalah biskut buatan Haechan. Setiap tahun pada waktu malam, ada sahaja sebalang biskut terletak di atas meja belajarnya. Pada mulanya dia fikir abang-abangnya yang memberinya. Ternyata Haechan yang membuatnya.

Tak hairanlah Haechan sering menghilang dari pagi hingga petang pada setiap hari lahirnya. Teringat lagi waktu Haechan dimarahi serta dihukum kerana seharian menghilang, padahal lelaki itu sibuk membuat biskut untuk hyung tersayang nya. Rasa bersalah menyerang kembali. Sepatutnya dia berterima kasih kepada Haechan kerana telah membuatkan nya biskut-biskut tersebut. Setiap kali dia tertekan atau sedih, dia pasti akan memakan biskut tersebut. Dia tidak tahu mengapa, tetapi apabila dia memakan biskut itu, hatinya terasa lebih tenang dan buat seketika dia dapat melupakan masalahnya. "Gomawo Haechannie." bisik Mark perlahan. Dia meneruskan pembacaannya.

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now