❃ུ۪ Chapter 14 ❃ུ۪

29 1 1
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

Mark kini sedang bercakap melalui telefon dengan Taeyong. "Apa yang hyung nak lagi?" tanya Mark dingin. "Mark, izinkan hyung semua jumpa Haechan." jawab Taeyong di hujung talian. "Untuk apa? Untuk sakitkan Haechan lagi? Hyung memang tak puas lagi ke tengok Haechan merana?" kata Mark.

"Tak, Mark. Tolong percaya aku. Kitaorang semua dah berpakat nak berbaik dengan Haechan. Kitaorang semua betul-betul menyesal." jawab Taeyong. "Macam mana hyung nak buktikan yang hyung betul-betul nak berbaik dengan Haechan? Sejujurnya, Mark dah tak percaya kata-kata hyung. " kata Mark lagi.

Taeyong menghela nafas. "Aku tak tipu Mark. Tolonglah percaya. Untuk sekali ni saja, benarkan kitaorang jumpa Haechan untuk minta maaf dan baiki semuanya. Tolonglah, Mark." rayu Taeyong. Mark diam seketika.

"Hello? Mark?" "Mark izinkan." jawab Mark. "Betul ni?? Kau tak main-main kan?" tanya Taeyong untuk kepastian. "Ya, Mark cakap betul ni. Tapi kalau hyung sakitkan Haechan, Mark takkan benarkan hyung jumpa Haechan lagi." kata Mark. "Aku tahu. Tepat pukul 9 malam kitaorang datang sana." ucap Taeyong dan talian pun terputus.

Kemudian, Mark pergi dari meja kerjanya menuju ke meja Soobin dimana Haechan berada.

"Jom keluar makan. Hyung lapar." ajak Mark. "Jom!" teriak Haechan dengan bersemangat. "Jangan jeritlah. Orang tengah fokus kerja." "Hehe. Mianhae." "Soobin nak ikut?" tanya Haechan. Soobin menggeleng sebagai jawapan. "Aku keluar makan dengan Yeonjun hyung." kata Soobin. Haechan mengangguk faham dan dia pun beredar dari situ bersama Mark.

⊹❃ུ۪⊹

᯽𝐑𝒆𝒔𝒕𝒐𝒓𝒂𝒏᯽

Haechan dan Mark sudah selesai makan tengah hari. Mark sedang membayar harga makanan mereka manakala Haechan sedang termenung sendiri di meja restoran itu. Sedang dia memandang keluar kedai, tiba-tiba dia ternampak Taeil sedang duduk di sebuah hentian bas di seberang jalan, tak jauh dari situ.

Haechan bercadang untuk cuba memujuk hyungnya itu. Entah apa yang meracuni fikiran Haechan hingga dia ingin berbuat begitu. Dia lantas keluar dari restoran itu tanpa menunggu Mark. Dia memandang sekeliling sebelum melintas jalan yang sibuk itu.

Sesampai sahaja di seberang, dia berjalan menuju ke hentian bas yang di duduki Taeil. "Hyung..." Haechan memanggil Taeil. Taeil memandang ke arah Haechan. Dia terkejut tapi pada masa yang sama dia berasa senang hati. Nampaknya ada peluang. "Kau nak apa?" tanya Taeil tanpa memandang Haechan.

"Maafkan Haechan. Tolonglah maafkan Haechan hyung. Haechan betul-betul rasa bersalah. Tentang semalam, maafkan Mark hyung dan Haechan sebab berkata kasar dengan hyung." kata Haechan. "Untuk apa aku maafkan korang? Bukannya aku dapat apa-apa kelebihan pun." ucap Taeil.

Haechan mengeluh perlahan. "Hyung, Haechan ada sebab sendiri kenapa Haechan beria minta maaf dengan hyung." "Apa sebabnya? Sebab omma? Huh jangan guna nama omma la untuk minta maaf. Aku tahu tu taktik kau je." kata Taeil sinis. Haechan menggeleng. "Bukan sebab omma je. Ada sebab lain jugak. Lagipun Haechan tak tipu pasal pesan omma tu. Omma nak kita bersama, selalu. Hyung tolonglah percaya." kata Haechan lagi.

"Sudah-sudahlah menipu tu. Aku tak percayakan kau lagi. Mungkin orang lain kau boleh tipu, tapi tak dengan aku." kata Taeil. Dia berpura-pura seperti ingin beredar dari situ dan seperti yang diharapkan, Haechan menahan tangannya.

"Jangan sentuh aku! Kau nak apa lagi?!" Taeil sedikit meninggikan suaranya. "Hyung, maafkanlah Haechan. Hiks.. Haechan minta maaf. Haechan sayang hyung. Haechan taknak kita berenggang lagi. Hiks... Maafkan Haechan." kata Haechan dengan lirih. Dia sudah tidak mampu menahan tangisannya.

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now