❃ུ۪ Chapter 16 ❃ུ۪

27 1 4
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

Mark kini sedang menemani Haechan. Dia menatap sedih wajah adiknya itu. Dengan kepala berbalut, hidung dan mulutnya tertutup dengan alat bantuan pernafasan, sungguh menyedihkan. Mark tidak menyangka mimpinya bakal menjadi nyata. Oh, apakah mimpinya di ruang kecemasan tadi bakal menjadi nyata? Tidak, Mark tidak boleh membiarkan perkara itu berlaku. Dia ingin bersama Haechan. Dia ingin menjaga Haechan. Dia ingin menyayangi Haechan. Dia tak boleh bayangkan kehidupannya sekiranya Haechan benar-benar pergi dari hidupnya.

Sedang mengelamun, pintu wad itu terkuak perlahan, menampakkan tubuh seorang Choi Yeonjun dan Choi Soobin. Mereka berdua keluar sebentar tadi untuk membeli sedikit makanan memandangkan jam sudah pun mencecah angka 7 malam. Sudah waktunya makan malam! Tetapi Mark tiada selera. Dia masih merisaukan keadaan Haechan. Dia sekadar menguis nasi goreng yang dibeli Yeonjun dan Soobin.

"Kenapa tak makan? Kau nak terbaring sakit jugak ke macam Haechan? Kalau nak aku boleh belasah kau sekarang." ucap Yeojun sambil menatap tajam Mark yang masih tidak mahu makan. Mark juga tidak mahu kalah, dia juga menatap tajam sang CEO. "Apa bende dia mengarut time macam ni. Tak tahu ke aku ni sedih. Dasar tak betul." umpat Mark di dalam hati. Soobin sekadar menggeleng perlahan melihat perangai keduanya.

Akhirnya Mark memakan nasi goreng itu walaupun dia langsung tidak berselera. Dia hanya boleh menghabiskan separuh sahaja manakala bakinya disimpan. Mana tahu nanti dia akan lapar.

Seketika kemudian, telefon Mark berdering. Itu panggilan dari Taeyong. Mereka sudah berjanji ingin berjumpa malam ini. Tetapi nampaknya temu janji itu terpaksa dibatalkan. "Mark, kitaorang dah nak gerak ni. Hyung-" "Mark dekat hospital." belum sempat Taeyong menghabiskan ayatnya, Mark terlebih dahulu memberitahu keberadaannya.

"Kau buat apa kat situ?" tanya Taeyong hairan. "Tengah buat jamuan makan. Hyung nak join??" jawab Mark sambil memutarkan bola matanya. "Jangan buat lawaklah. Cakap la betul-betul." kata Taeyong di seberang talian. "Betul-betul." Mark menjawab. Ingatkan Taeyong apabila sampai di hopital nanti untuk menampar Mark. Adiknya sungguh menyebalkan. "Tak guna punya Mark Lee! Tak payah main-mainlah! Kau buat apa kat situ?!" marah Taeyong. Boleh pula Mark bergurau dengannya.

Mark menajuhkan sedikit telefon pintarnya. Pekikan Taeyong terlalu kuat bahkan sampai didengari Yeonjun dan Soobin. Sedari tadi mereka berdua hanya mendengar perbualan Mark dan Taeyong tanpa ada niat ingin mengganggu.

"Sebab Haechan." jawab Mark setelah dirasa Taeyong tak akan menjerit lagi. "Kenapa dengan Haechan? Apa jadi dengan dia? Bagitahu cerita sebenar Mark! Aku malas nak layan karenah kau ni!" Taeyong kembali meninggikan suaranya. Mark mendengus kasar. "Haechan kemalangan. Dia sekarang dekat Lā Hospital. Nanti Mark beritahu bilik mana Haechan duduk." jawab Mark lalu menamatkan panggilan tanpa menunggu respon Taeyong.

Dia malas mahu mendengar pekikan Taeyong yang membingitkan itu. "Yeonjun hyung, macam mana hyung boleh kenal dengan doktor Taehyun?" tanya Soobin. Persoalan itu sudah bermain di fikirannya sedari tadi. "Adalah cerita di sebaliknya. Tak penting pun." jawab Yeonjun. Dia sedang bukan dalam mood ingin bercerita. Soobin pun tidak mahu bertanya lebih. Dia sekadar mengangguk.

"Mark, tentang kos rawatan Haechan, kau tak perlu risau. Ada orang akan tanggung semuanya." beritahu Yeonjun. Mark menjawab dengan anggukan. "Siapa?" tanya Mark ingin tahu. "Kawan aku." Mark mengerutkan dahinya. "Apa pulak kena mengena kawan dia dengan Haechan? Baik betul nak tolong bayarkan." bisik Mark di dalam hati.

"Dia pemilik hospital ni. Dia dah sukarela nak bayar. Bersyukur je lah." ucap Yeonjun lagi. Mark pun diam saja. Dia malas ingin berdebat dengan Yeonjun. Tiba-tiba pintu bilik tersebut terkuak. Itu abang-abang Mark. Mereka bertujuh bergegas masuk dalam keadaan cemas membuatkan bilik itu sedikit sempit dan riuh.

"MASUK SORANG-SORANG LAH! TAK PAYAH LAH GELABAH SANGAT! BELUM MATI LAGI BUDAK TU!" pekik Yeonjun membelah kebisingan di bilik itu. Mereka semua terdiam menatap Yeonjun. "Soobin kita keluar dulu. Bagi ruang kat diorang." arah Yeonjun seraya menarik tangan Soobin keluar dari bilik itu. Setelah mereka berdua keluar dari bilik itu, Jaehyun bertanya "Siapa dua orang tu?" "Yeonjun dengan Soobin. Kawan sepejabat Mark." jawab Mark. Jaehyun pun meng'ouh'kan saja.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Winwin. Mark mengeluh. Selepas beberapa minit berdiam diri, dia pun menceritakan kejadian bagaimana Haechan boleh kemalangan teruk begini.

Manakala di luar bilik tersebut kelihatan Yeonjun sedang menunggu seseorang bersama Soobin. "Hyung tunggu apa? Tak nak balik ke? Nak tinggal sini?" tanya Soobin yang sudah mula bosan. "Sabar kejap. Hyung nak jumpa kawan hyung. Ha tu dia." ucap Yeonjun sambil menunjuk orang itu.

"Ni Hueningkai. Pemilik hospital ni. Kai, ni Soobin." Yeonjun memperkenalkan. Soobin tersenyum ramah yang juga dibalas oleh Hueningkai. "Dialah kawan yang hyung kata tadi. Hyung dah kenal dia dari kecil lagi. Begitu juga dengan Taehyun. Kitaorang bertiga berkawan rapat sejak kecil, tapi kitaorang terpisah. Hyung dah lama cari diorang berdua dan hyung jumpa mereka sekarang." terang Yeonjun. Soobin pun mengangguk faham.

Tidak menunggu lama, Yeonjun dan Soobin pun meminta diri untuk pulang dan berehat. Hueningkai pula terus melangkahkan kaki menuju ke ruang pejabat Taehyun. Dia ingin memberikan makanan yang dibelinya tadi kepada Taehyun. Tahu benar rakannya itu sangat kuat bekerja hingga lupa tentang makan malamnya.

"Doktor apa suruh pesakit dia makan tepat masa, tapi dia sendiri lupa nak makan." sindir Hueningkai ketika tiba di hadapan pintu yang tidak tertutup itu. Taehyun sekadar tersengih sambil menggaru tengkuknya yang tidak gatal. "Masuklah." ajak Taehyun. "Kau tak suruh masuk pun aku akan masuk." kata Hueningkai sambil meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja kerja Taehyun.

"Macam mana kerja harini? Banyak? Penat? Stres? Depress?" tanya Hueningkai bertalu-talu. "Banyak tu memang dah selalu. Penat tu ada la jugak. Stres dengan depress tu tak de la. Aku okey lagi." jawab Taehyun sambil menyuapkan sesudu tteokbokki.

"Apa citer dengan pesakit kau yang sorang tu?" tanya Hueningkai yang memaksudkan Haechan. "Pesakit mana? Ramai pesakit harini. Antaranya kau, yang sakit jiwa." gurau Taehyun. "Kau pun sakit jiwa. Tak sedar diri. Alahh, lelaki yang Yeonjun hyung lawat tadi tu. Donghyuck kan nama dia?" kata Hueningkai.

"Haah, Donghyuck. Tapi orang panggil dia Haechan. Pasal dia tu, aku dah cuba rawat dia sehabis yang boleh. Tapi keadaan dia teruk sangat. Aku pun tak tahu sama ada dia boleh bertahan atau tak. Aku harap dia terus hidup. Abang dia betul-betul sayangkan dia. Mesti abang dia sedih kalau dia mati." kata Taehyun. "Orang gila mana yang tak sedih bila family dia mati? Ada ke?" kata Hueningkai sambil memutar bola matanya. Taehyun sekadar tersengih.

"Untung dia ada abang. Aku pun nak ada abang jugak." ucap Hueningkai dengan wajah sedih. Taehyun tersenyum memandang rakannya itu. "Kau kan ada aku. Aku boleh jadi abang kau." kata Taehyun cuba menceriakan Hueningkai. "Kau? Jadi abang aku? Macam tak kena je. Kau kan lagi rendah dari aku. Hehehe." kata Hueningkai sambil terkekeh. "Malaslah aku nak cakap dengan kau ni." rajuk Taehyun. "Abang mana boleh merajuk." dan mereka berdua terus makan bersama sambil bergurau senda.

⊹❃ུ۪⊹

Hi korang! Jadi, story ni dah nak habis.. tapi dia belum habis lagi hehe. Maybe lagi beberapa chapter. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca dan vote. Thank you! Jaga diri yea! Stay safe!

Oh btw, saya masih tak tahu bila masa saya free nak update story ni, jadi saya takkan letak tarikhnya. Maaf. Tapi Insya-Allah dalam masa terdekat. Maaf sekali lagi. Oke tu je hihi. Thank you! Bye ii!

💖💖💖

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now