❃ུ۪ Chapter 15 ❃ུ۪

24 1 1
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\

᯽𝐇𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍᯽

Mark sedang gelisah menunggu Haechan selesai dirawat. Dia kini berada di ruang kecemasan. Luka Haechan boleh dikatakan parah dan dia kehilangan banyak darah akibat kemalangan tersebut. Sudah hampir 4 jam dia menunggu di situ tetapi Haechan tidak kunjung keluar. Doktor juga ada mengatakan kemungkinan Haechan tidak dapat diselamatkan dan itu sudah tentu membuatkan Mark semakin cemas. Dia mendudukkan diri di kerusi yang disediakan.

"Tolonglah selamat Haechan. Hyung tak nak kehilangan kau." bisik Mark perlahan. Mark cuba sedaya-upaya menenangkan dirinya. Dia juga masih belum memaklumkan kejadian tersebut kepada abang-abangnya akibat terlalu panik. Akhirnya dia tertidur di hadapan ruang kecemasan itu.

⊹❃ུ۪⊹

Mark memandang ke sekeliling. Tempat ini asing baginya. Seingatnya, dia berada di hadapan ruangan kecemasan tetapi ini bukan ruangan kecemasan. Seluruh tempat itu berwarna putih bersih. Oh, apakah dia telah mati? Mark sedikit mencubit pipinya, tetapi tidak terasa apa-apa. Benarkah dia sudah mati?

Tiba-tiba ruangan itu berubah menjadi imbasan masa lalunya, dimana dia dan abang-abangnya mula membenci Haechan. Imbasan demi imbasan menerjah ruangan itu. Mark juga dapat melihat dirinya memarahi Haechan sehingga adiknya menangis terisak-isak. Ada juga imbasan dimana Mark serta abang-abangnya menyiksa Haechan hingga lelaki itu demam panas. Jujur, Mark masih rasa menyesal atas perbuatannya. Tetapi dia sudah berbaik dengan Haechan. Jadi, apa maksud di sebalik semua ini? Mark sudah tentunya bingung.

Seketika kemudian, imbasan itu terhenti dan ruangan tersebut menjadi gelap dan sunyi. Mark setia menunggu jika ada sesuatu bakal terjadi. Beberapa detik telah berlalu tetapi tiada apa-apa yang terjadi.

"Ada sesiapa ke?!" teriak Mark yang sudah bosan menunggu. Setelah dia berteriak begitu, muncul seseorang dari kejauhan. Mulanya Mark tidak pasti siapa makhluk itu. Mark menajamkan penglihatannya. Masih juga tidak jelas.

"Aku ni dah makin rabun ke? Kena check mata lah nampaknya." Mark mengarut sendiri. Kemudian, bayangan makhluk itu semakin lama semakin mendekat lalu menerkamnya---eh bukan, memeluknya.

Mark sudah tentunya terkejut. Dia bahkan tidak sempat melihat wajah makhluk itu tadi. "Siapa pulak dia ni? Main peluk-peluk pulak dah." kata Mark di dalam hati. "S-siapa ni??" Mark memberanikan diri untuk bertanya. "Mark tak ingat?" "Eh eh. Orang tanya dia, dia tanya kita balik." kata Mark, di dalam hati lagi.

Makhluk itu meleraikan pelukannya lalu menatap Mark. Mark terkejut sekali lagi. "Omma?? Ni betul-betul omma kan? Kan??" tanya Mark tidak percaya. Ommanya tersenyum melihat gelagat Mark. "Ye, ni omma. Mark rindu omma?" Mark langsung memeluk ibunya itu. "Mestilah rindu. Dah lama omma dan appa tinggalkan kitaorang semua." Ommanya tersenyum lagi lalu membalas pelukan anaknya itu.

"Mark..." ommanya memanggil. Mark meleraikan pelukan lalu menatap ibunya. "Omma nak ambil Haechan." ucap ibunya. Mark langsung melebarkan matanya. Ambil Haechan? Maksudnya macam mana tu? Mark mengerutkan dahinya. "Omma tak nak tengok Haechan sakit lagi. Jadi omma nak ambil dia. Dia akan tinggal dengan omma dan appa selepas ni." kata ommanya. "Maksud omma, Haechan takkan ada lagi kat dunia?" tanya Mark. Ommanya mengangguk.

"Tapi Mark masih nak bersama dengan dia. Omma janganlah ambil dia. Tolonglah." ucap Mark. Ommanya mengeluh perlahan. "Mark, kesian dengan Haechan. Dia dah banyak tanggung sakit. Omma sedih tengok dia. Kamu kena faham keadaan dia. Omma dan appa akan jaga dan lindungi dia dengan baik. Omma harap kamu dapat terima semua ni. Omma tetap akan ambil Haechan." kata ommanya sambil menatap dalam mata Mark.

Mark menggeleng laju. Dia tidak mahu. "Jangan, omma. Mark merayu, jangan ambil Haechan. Mark gagal kalini tapi beri Mark lagi satu peluang. Mark akan jaga Haechan dengan baik. Mark janji, omma. Tolonglah. Hiks.." Mark menangis. Dia benar-benar takut kehilangan Haechan.

"Maafkan omma, Mark." dan setelah itu Mark terjaga dari tidurnya. Mark meraup mukanya. "Mimpi rupanya." Mark menghela nafas. "Haechan, jangan pergi. Hyung masih sayangkan kau. Teruskan bertahan." bisik Mark.

Mark memeriksa telefon pintarnya. Ada beberapa panggilan dari Yeonjun. Tentunya CEO itu tertanya mengapa mereka berdua tidak masuk ke pejabat. Mark pun menelefon semula. "Ada apa tuan?" tanya Mark selepas talian telefon tersambung. Walaupun dia tahu sebab apa bosnya menelefon.

"Apa alasan kau kalini wahai Mark Lee?" tanya Yeonjun sama seperti yang Mark jangka. Mark menghela nafas. "Maafkan saya tuan. Tapi saya ada hal penting." beritahu Mark. "Apa yang penting sangat? Kau sedar tak kerja kau banyak lagi dekat pejabat ni." kata Yeonjun dingin. "Saya dekat hospital. Haechan kemalangan. Kalau tuan masih-" "Hospital mana? Tingkat berapa? Bilik mana?" tanya Yeonjun cepat. Suaranya terdengar biasa saja tetapi dia tetap risau. "Lā Hospital. Ruang kecemasan. Haechan belum keluar dari tadi." beritahu Mark.

*Lā bermaksud matahari dalam hawaiian

"Aku sampai dalam 20 minit lagi. Tunggu aku." kata Yeonjun lalu menamatkan panggilan. Selepas menunggu hampir 15 minit, akhirnya Yeonjun tiba di situ bersama Soobin. "Haechan belum keluar lagi?" tanya Soobin yang dibalas dengan gelengan lemah dari Mark. Mark sangat risau.

Seketika kemudian, pintu ruang rawatan tersebut terkuak. "Macam mana keadaan adik saya, doktor?" tanya Mark dengan riak yang cemas. Soobin turut memasang telinga manakala Yeonjun terus menatap doktor tersebut. Sepertinya dia mengenali doktor ini tetapi dia tidak dapat melihat wajah doktor itu dengan jelas kerana doktor itu membelakanginya.

Doktor tersebut menghela nafas. "Keadaan dia sangat parah dan pesakit mengalami koma. Kepala dia mengalami kecederaan yang teruk dan dia kehilangan banyak darah. Kami dah cuba sehabis baik. Sekarang semuanya tergantung pada pesakit. Jika dia selamat, itu satu kejaiban. Kami akan pindahkan pesakit dan dia akan dipantau dengan jagaan rapi. Sebentar lagi saya akan maklumkan dimana pesakit akan dipindahkan. Saya harap encik bawa bersabar. Terus berikan dia semangat." kata doktor itu. Mark mengangguk faham. "Baiklah, saya minta diri dulu." "Tunggu. Kau ni... Kang Taehyun bukan?" tanya Yeonjun. Dia menatap doktor itu dari atas hingga bawah.

Doktor itu pun menoleh ke arah Yeonjun. Seketika kemudian matanya melebar. "Y-Yeonjun hyung?" ucap doktor bernama Taehyun itu. Lantas mereka berdua berpelukan. Sudah sekian lama mereka tidak bertemu. "Soobin, kau pergi dengan Mark dulu. Aku nak berbual sekejap dengan Taehyun." Soobin masih tidak faham bagaimana Yeonjun boleh mengenal Taehyun tetapi dia akur saja dengan arahan hyungnya itu.

⊹❃ུ۪⊹

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now