❃ུ۪ Chapter 3 ❃ུ۪

41 3 0
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

"Bangun lah lembap! Kau dah mati ke? Senang aku tanam nanti." Haechan rasa pipinya ditepuk agak kasar berkali - kali. Dia membuka matanya perlahan dan imej pertama yang dia lihat adalah wajah Winwin.

"Hidup lagi rupanya. Ingat dah mati tadi." kata Winwin. Nampaknya langit masih gelap, mungkin baru pukul 6 pagi. Haechan termenung seketika, cuba mencerna apa yang telah terjadi. "Termenung apa lagi kau ni? Tak reti nak masak untuk kitaorang ke?" kata Mark.

Haechan menatap abang-abangnya. Dia cuba untuk berdiri tetapi baru beberapa minit dia terduduk semula kerana sakit perutnya kembali lagi. Haechan menekan perutnya. "Hah tu dah kenapa tu? Pura-pura lah tu." kata Doyoung. "Cepatlah bangun! Pergi masak!" kata Jaehyun sambil menarik kasar tangan Haechan hingga si bongsu berdiri dengan paksa.

Haechan melangkah dengan perlahan disebabkan perutnya terlalu sakit. "Cepatlah sikit jalan tu. Siput pun lagi laju dari kau." badan Haechan ditolak ke hadapan oleh Johnny.

Siput be like : Ada jugak rupanya makhluk yang lagi lambat dari aku.

Haechan yang tidak dapat menampung badannya akhirnya jatuh. "Lemah betul kau ni." kata Jungwoo pula.

"H-hyung. Tolong Haechan. Perut Haechan sakit." kata Haechan lirih. Tetapi tidak dipedulikan abang-abangnya. "Sakit perut? Ada kitaorang kisah? Hyung tak kira, pergi masak atau tidur luar lagi malam ni." kata Taeyong lalu berjalan masuk ke rumah diikuti para hyungnya yang lain.

Air mata Haechan menitis. Hatinya sakit apabila abang-abangnya tidak mempedulikan nya. Padahal dia tidak menipu tentang sakitnya. Seketika kemudian, sakit perutnya berkurang sedikit. Dia pun bangun semula lalu berjalan masuk ke rumah untuk menyiapkan sarapan.

⊹❃ུ۪⊹

Kini Haechan sedang terbaring meringkuk di biliknya. Dia baru selesai mandi. Hyungnya tidak mahu makan bersamanya lalu menghalaunya ke bilik. Dan di sinilah Haechan, sedang cuba untuk melelapkan mata walaupun perutnya amat perih. Dia ingin memakan ubat tetapi dia masih belum makan apa-apa semenjak pulang bersama Soobin. Hidungnya tersumbat, mungkin disebabkan oleh cuaca sejuk semalam.

Dia memejam kan mata tetapi tetap saja dia tidak tertidur. Rasanya lemas, seluruh badannya sengal, sukar bernafas, perutnya sakit, lalu apa lagi? Dia akan mati? Tidak. Belum masanya untuk mati. Ada yang perlu dia tunaikan.

Sedang Haechan mengelamun, pintu biliknya terkuak menampakkan wajah Jaehyun. "Hyung semua nak keluar. Jaga rumah. Jangan nak buat benda bukan-bukan." pesan Jaehyun. Haechan mengangguk perlahan.

Setelah dirasakan semua abangnya sudah meninggalkan rumah, dia pun berjalan keluar bilik menuju ke dapur. Dia ingin memasak sedikit makanan supaya dia boleh makan ubat sebentar lagi.

Nampaknya semua barangan dapur sudah dibeli oleh abangnya. Jadi dia hanya tinggal memasak dan untuk makan tengah hari dia akan memasak Bulgogi serta nasi goreng Kimchi.

𖦹▸ Selepas 1 jam

Makanan kini terhidang di atas meja. Haechan memulakan acara makannya seorang diri. Dia makan dengan penuh berselera. Tepat dia selesai makan, abang-abangnya pulang.

"Makan lah hyung. Haechan dah masak." pelawa Haechan. Tidak lupa juga untuk mengukirkan senyuman. "Jangan harap hyung nak makan semua masakan kau tu. Sudahlah semuanya dari bahan-bahan yang murah. Tak tepati selera hyung semua. Jijik lah." kata Doyoung dengan angkuh.

'Lahh habistu selama harini dia makan masakan siapa? Siapa yang beli bahan murah tu? Tak ke diorang.'

Setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Doyoung membuatkan senyuman Haechan pudar. Dia mengangguk faham lalu menundukkan kepalanya. Dia berusaha untuk tidak menangis di hadapan abangnya.

Kemudian dia berjalan naik ke biliknya manakala abang-abangnya sedang berbual bersama di ruang tamu. "Dia dah naik ke?" tanya Taeyong separa berbisik. Mark pun berjalan ke bilik Haechan untuk memastikan lelaki itu sudah memasuki biliknya.

Setelah dia pasti Haechan tidak akan keluar lagi, dia berjalan ke bawah dengan senyap lalu memberi isyarat supaya hyungnya meneruskan perbincangan mereka. "Jadi berapa tawaran yang hyung dapat?" tanya Jungwoo kepada Yuta.

Yuta meletakkan beberapa keping kertas di atas meja di ruang tamu itu. "Kertas apa ni?" tanya Taeil. "Tengok la dulu. Baca pakai mata dengan otak." kata Yuta sambil menjeling yang sulung. Yang dijeling tersengih.

Mereka semua tekun membaca isi kertas tersebut. Setelah semua memahami isi kertas itu, mereka mula berbincang. "Lumayan jugak tawaran nya. Apa pendapat hyung?" tanya Winwin kepada adik-beradik nya yang lain. "Aku setuju dengan tawaran ni." kata Jaehyun. "Not bad. Aku pun setuju." kata Johnny pula. "Senang cerita, siapa tak setuju boleh pergi dari ruangan ni." kata Taeil. Namun tiada sesiapa berganjak dari situ. Nampaknya mereka semua setuju dengan tawaran tersebut.

"Tapi Haechan setuju ke dengan benda ni? Yelah kan, bende ni pun ada kena mengena dengan dia." tanya Doyoung. "Kalau kita tanya dia, mesti la dia tak setuju. Tapi kita ikut majoriti dan kebanyakannya setuju. Jadi kita terima je tawaran ni. Lagipun pendapat dia tak penting untuk kita." terang Taeyong.

Lelaki-lelaki yang berada di situ mengangguk faham. "Okey, aku akan uruskan semuanya. Bila sampai masa, kita bawa Haechan sekali." kata Yuta sambil mengemas kertas-kertas itu.

⊹❃ུ۪⊹

Haechan sedang berbaring di biliknya. Dia sungguh bosan ketika ini. Haechan pernah mempunyai telefon bimbit hasil titik peluhnya sendiri. Dia berkerja keras mengumpul duit untuk membeli gajet canggih itu. Setelah berjaya membelinya, benda petak itu malah dirampas oleh hyungnya. Dia bahkan belum sempat menggunakannya. Haechan tidak mempunyai kawan kerana keadaannya yang jarang keluar rumah serta hyung-hyungnya yang sentiasa melarang dirinya untuk berkawan dengan sesiapa.

"Hurm bosannya." Haechan menggumam. Tiba-tiba dia teringat akan Soobin. Lelaki yang membantunya di farmasi. Dia mencapai jaket yang digunakannya ketika keluar bersama Soobin lalu mencari sesuatu di dalam poket. "Ha jumpa pun!" senyuman muncul di bibir merah Haechan apabila dia menjumpai secebis kertas yang terisi nombor telefon Soobin.

"Patut ke aku call dia? Tak menganggu ke nanti?" Haechan bertanya sendiri. Dia tidak mahu menganggu lelaki itu, tapi dia amat bosan ketika ini. Selepas beberapa detik dia berfikir, dia membuat keputusan untuk menelefon lelaki itu.

Haechan meninjau dahulu keadaan rumahnya. Abang-abangnya masing-masing berkurung di bilik, memudahkan Haechan untuk menelefon Soobin. Dia menuju ke ruang tamu lalu mencapai telefon rumah yang terletak di atas meja.

Setelah mendail nombor lelaki itu, Haechan menunggu panggilan dijawab. 5 saat pertama, panggilan masih belum dijawab. Haechan berniat untuk memutuskan panggilan tetapi belum sempat dia meletakkan ganggang telefon kedengaran suara seseorang di seberang sana.

"Hello?" sapa lelaki itu. Haechan tersenyum senang. "Hello Soobin-ssi. Ni Haechan. Aku mengganggu ke?" tanya Haechan khuatir. Soobin di seberang sana tersenyum lebar setelah mengetahui siapa yang menelefonnya. "Eh tak la, tak ganggu. Ada apa kau call aku ni?" tanya Soobin.

"Saje je. Aku bosan dekat rumah." jawab Haechan sambil mempoutkan bibirnya. "Kau nak keluar dengan aku tak petang ni?" tawar Soobin. Mata Haechan bersinar serta senyuman lebar terukir. Namun tak lama, senyum lebar itu bertukar menjadi senyum pudar. "Tapi abang-abang aku mesti tak izinkan. Maaf Soobin. Aku tak boleh ikut kau." kata Haechan dengan lesu. "Hmm kalau aku datang rumah kau boleh? Lagipun aku ingat lagi jalan ke rumah kau." tanya Soobin.

"Aku tak pasti." jawab Haechan ragu-ragu. "Cubalah tanya. Mana tahu diorang izinkan. Belum cuba belum tahu." ucap Soobin di seberang talian. Haechan menggumam. "Aku cuba." jawab Haechan. "Ok nanti bila dah tanya bagitahu aku. Sepantas kilat aku datang rumah kau hehe." kata Soobin dengan semangat. Haechan tertawa. "Okey. Aku ada something nak buat ni. Aku pergi dulu. Annyeong Haechan-ssi." "Nae, annyeong." dan talian diputuskan.

Haechan menghela nafas. Dia takut ingin bertanya kepada abang-abangnya. Maklumla mereka semua tidak suka apabila Haechan berkawan dengan orang lain. Oleh sebab Haechan ingin sangat keluar bersama Soobin, dia bertekad untuk bertanya.

⊹❃ུ۪⊹

Double update! Saje nak inform, maybe chapter lepasni agak bosan sebab panjang. Jadi,, maafkan saya. Bye yeorobun!

ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now