❃ུ۪ Chapter 19 ❃ུ۪

34 1 3
                                    

Thank you for reading!
ฅ/ᐠ. ‌ .ᐟ\ฅ

"𝑀𝑎𝑠𝑎 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛, 2.47 𝑝𝑒𝑡𝑎𝑛𝑔." - Taehyun

"𝐴𝑝𝑎?!" - Doyoung

"𝑇𝑎𝑘 𝑔𝑢𝑛𝑎!" - Taeil

"Lahh? Tak guna? Bukan salah dia. Dia cuma merawat selagi boleh. Hidup atau mati itu ketentuan Tuhan." kata Taehyun di dalam hati. "Kau tipu kan?" tanya Taeil. Riak wajahnya kelihatan sangat terkejut. Taehyun menggeleng perlahan. Riak wajah Taeil berubah. Dia mula menangis sambil menyesali perbuatannya.

Mark pula telah jatuh terduduk. Dia tak mampu lagi berdiri. "Haechann!" teriaknya sebelum menangis terisak-isak. Semua yang berada di ruangan itu turut berduka.

Taeyong memeluk erat Mark yang terduduk itu. Hatinya ikut sakit melihat Mark begini. "Mark, jangan nangis lagi. Haechan takkan tenang bila tengok kau macam ni. Hyung ada kat sini. Shhh berhenti menangis." Taeyong cuba memujuk. Namun Mark masih tetap menangis.

"Maafkan saya. Saya dah cuba segala yang terdaya. Encik semua boleh masuk dulu untuk lihat Haechan. Saya minta diri dulu." Taehyun pun berlalu dari situ bersama Hueningkai. Mereka perlu memeriksa pesakit-pesakit lain. "Mark, jom masuk." ucap Taeyong perlahan setelah melepas pelukannya. Mark menggeleng sambil mengusap air matanya yang terus mengalir.

"Hyung.. ni semua mimpi kan? Hyung cakap dengan Mark. Mark mimpi kan?? Semua ni tak benar kan? Hyung jawab Mark!" Mark menggoncang tubuh Taeyong. Dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa Haechan telah tiada. Taeyong memeluk Mark semula sambil menangis. "Kau kena terima Mark. Haechan dah tak ada. Ini realiti." kata Taeyong sambil mengusap perlahan belakang badan Mark.

"Taeyong." Taeyong menatap Johnny ketika namanya dipanggil lelaki itu. "Aku, Jungwoo, Winwin, Yuta dan Doyoung masuk dulu. Lepasni korang." kata Johnny. Taeyong sekadar mengangguk sebagai balasan. Dia masih cuba menenangkan Mark.

10 minit selepas itu, mereka pun keluar dari bilik itu. Kini giliran Taeyong, Mark, Jaehyun, Taeil, Soobin dan Yeonjun pula yang masuk.

"Haechannie.." panggil Mark lirih apabila melihat wajah pucat Haechan. "Haechan.. Bangun hiks.. Kenapa kau tinggalkan hyung?" Mark menggoyangkan lengan Haechan. "Haechan! Kau dengar hyung, bukan?! Jawab Haechan! Kau belum mati hiks... Haechan bangun.. Hyung mohon hiks.. bangun.." ucap Mark. Air matanya tak henti-henti keluar.

"Haechan, maafkan aku. Maafkan segala kesalahan aku. Aku betul-betul tak berniat nak kau mati. Segala yang aku cakap haritu, semuanya sebab aku terlampau marah pada kau. Maafkan aku." ucap Taeil sambil menatap sayu ke arah Haechan.

"Sebenarnya aku lah penyebab kematian omma dan appa hiks.. Bukan kau Haechan. Aku yang salah. Maafkan aku. Omma dan appa kemalangan semua sebab kecuaian aku sendiri. Hiks.. Haechan tolong bangun. Aku menyesal.." Taeil berterus terang.

Taeyong dan Jaehyun memandang Taeil tidak percaya. Mark pula tidak ambil peduli. Walaupun Taeil sudah memberitahu kebenarannya, tetapi boleh ke Haechan hidup kembali? Tentu tidak bukan? "Hyung penyebab kematian omma dan appa?" tanya Taeyong untuk memastikan. Taeil mengangguk dengan air mata berlinangan. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Semuanya telah terjadi. Hendak marah pun, hanya membuang tenaga saja. Jadi, pasrah jelah. Taeil berjalan mendekat ke arah Mark.

"Maafkan aku, Mark. Aku betul-betul menyesal." Taeil menggenggam tangan Mark yang sedikit sejuk akibat terkejut. Mark diam tidak berkutik. "Mark, maafkan aku. Kalau kau rasa aku perlu diberi balasan, kau lakukan saja. Ini semua untuk tebus semua kesalahan aku." ucap Taeil.

Tiba-tiba terlintas di kepala Mark kata-kata yang Haechan pernah ucap padanya. "Haechan tak suka berdendam hyung. Lagipun kita semua adik-beradik. Untuk apa berdendam kalau kita boleh memaafkan." Mark menghela nafas. "Mark dah maafkan hyung. Sudah, jangan cakap pasal benda ni lagi." kata Mark. Dia memandang wajah Haechan. "Hyung tak sangka.. secepat ni kau pergi. Padahal hyung masih tak puas nak bersama dengan kau. Kau dah tunaikan janji kau, Haechan. Kau dah berjaya satukan kita semua. Tapi sayangnya kau dah tak ada. Hiks.. terima kasih Haechan. Terima kasih banyak. Kau dah ajar aku banyak perkara. Terima kasih jugak sebab bersabar dengan aku, dengan hyung-hyung lain. Aku sayang kau.. hiks." ucap Mark. Jaehyun mengusap perlahan belakang badan Mark.

Dia menatap sedih ke arah Haechan. Selepas ini tiada lah lagi suara Haechan memecahkan kesunyian rumah itu. Taeyong juga ikut menangis. "Maafkan hyung juga Haechan. Hyung sayangkan kau juga." lirih Taeyong.

"Haechan tau."

Mark, Taeyong, Jaehyun dan Taeil mengangkat muka. Mereka memandang satu sama lain. Benarkah suara Haechan tadi? Atau mereka berhalusinasi sahaja?

"Haechan?" Mark memanggil Haechan sambil menggoyangkan lengan lelaki itu. "Haechan kau hidup lagi ke?? Haechan jangan main-main!" Mark menggoncang tubuh Haechan. "Jangan goncang kuat sangat hyung, patah nanti tangan Haechan." kata Haechan dengan matanya masih tertutup.

"Haechan! Kau hidup!" teriak Mark. Dia lantas memeluk tubuh adiknya itu hingga Haechan terasa sesak nafas kerana Mark memeluknya erat. Setelah melerai pelukan, tangan Mark pantas saja memukul lengan Haechan. "Akh! Sakit! Hyung―" Haechan tidak jadi marah setelah melihat wajah hyung-hyungnya yang sedang menatap tajam dirinya. "Hehe mianhae. Haechan janji tak buat lagi. Jangan lah marah hyung." kata Haechan sambil tersengih. Taeyong menggeleng-geleng melihat tingkah adiknya.

"Haechan, maafkan hyung." ucap Taeil. Haechan mengukirkan senyumannya. "Benda dah lepas. Biarkanlah. Hyung tak perlu minta maaf lagi. Haechan dah maafkan." kata Haechan. Taeil memandang Haechan lalu memeluk tubuh itu. Haechan turut membalas pelukan Taeil.

"Aku nak bagitahu budak-budak yang kat luar tu kejap." kata Jaehyun lalu keluar sebentar. Seketika kemudian, terdengar teriakan terkejut Jungwoo disertai keriuhan di luar. Terkejut benar abang-abangnya. "Haechan!" pintu bilik itu dibuka kasar hingga menimbulkan bunyi yang kuat. "Tenang tenang. Haechan belum mati lagi. Jangan risau." kata Haechan dengan selambanya. Mereka semua kecuali Soobin dan Yeonjun kini berada dalam bilik itu. Biarlah sempit, apa mereka peduli?

"Macam mana kau hidup balik ni? Mark, kau guna jampi apa ni?" tanya Jungwoo. Dia kehairanan. Haechan tertawa melihat hyungnya yang satu ini. "Hyung, maaflah. Tapi Haechan bukan dalam mood bercerita. Kalau hyung nak tau kebenaran di sebalik semua ni, pergi tanya dua orang kat luar tu." "Maksud kau, Yeonjun dengan Soobin?" Haechan mengangguk mengiyakan pertanyaan Doyoung.

Jungwoo dengan tidak sabar menarik tangan Yeonjun dan Soobin masuk ke bilik itu. Jadilah bilik itu makin sempit. Ingatkan Yeonjun supaya menyuruh Hueningkai memperbesarkan lagi semua bilik rawatan yang ada di sini. "Yeonjun, cerita sekarang apa yang terjadi sebenarnya." perintah Taeyong.

"Haechan kan ada, suruh la dia cerita." kata Yeonjun. "Hyung ceritakan lah. Haechan tengah tak ada mood ni." mohon Haechan. Yeonjun mengeluh perlahan. "Iye lah. Macam ni ceritanya.. Di suatu malam, hujan lebat turun membasahi bumi... Waktu tu, Taehyun tengah periksa Haechan macam biasa... Tiba-tiba..." Yeonjun menjeda ceritanya.

"Tiba-tiba apa???" tanya Doyoung.






























































"Tiba-tiba ceritanya habis."









































"Lepaskan aku! Aku nak tampar dia! Tak guna betul budak ni!" - Doyoung

⊹❃ུ۪⊹

Yeaaa hellooo! Saya kembaliii~ Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi membaca dan vote story ni. Thank youuu~ Lepasni ada 1 lagi chapter, yang last la tu. Harapnya korang suka ᵔᴗᵔ Saya akan update secepat yang boleh. Terima kasih dan jumpa lagi di chapter seterusnya. Oh ye, selamat berpuasa!
Bye bye!
ᕕ(ᐛ)ᕗ

✎ Bright Day εïзWhere stories live. Discover now