Bab 2

2.8K 102 0
                                    

Suasana perpustakaan yang agak lengang membantu Aria lebih fokus untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi alasan lebih tepatnya, adalah mahu makan. Tempat lain sudah penuh sesak. Perpustakaanlah tempat paling sesuai kalau mahu makan secara tenang dan damai.

Tambahan, untuk hari ini giliran tingkatan 5 dan 6.  Aria memandang sekelilingnya.

'Cunn!' jerit hatinya. Tangannya mengeluarkan sebungkus roti dari beg. Dia mengoyakkan bungkusan roti dan dicubit sedikit masuk ke dalam mulutnya.

Mia pula lambat datang. Katanya mahu singgah ke tandas dahulu.

Sedang ralit makan dengan aman, seorang pelajar lelaki masuk ke dalam  perpustakaan. Aria cepat-cepat menyorokkan bungkusan roti ke dalam beg semula.

Lelaki itu pergi ke arah rak buku sejarah dan merenung satu persatu buku disitu.

Aria memerhatikan gerak-geri lelaki tersebut. Jarak jauh antara mereka cumalah 5 meter. Lelaki itu mencapai buku di bahagian paling atas dan segera ke kaunter peminjaman dan pemulangan buku.

"Eh, pengawas takde ke harini"

"Ah, takde. Dia keluar. Tapi boleh je tulis nama dekat buku keluar masuk situ. Tulis tajuk sekali". Aria bersuara. Sebenarnya dia mahu lelaki itu cepat-cepat keluar. Dia mahu makan.

Lelaki itu memandang Aria. Dia tersenyum. "Eh, sekolah sama rupanya". Dahi Aria berkerut.

Aku kenal dia ke?

Lelaki itu masih tersenyum. Dia memegang bajunya dan berkata "apron pink" .

Aria masih bingung. Apa yang apron pink. Seketika dia teringat akan pekerja di restoran kelmarin di tempat dia dan Mia makan.

Oh!

"Ohhh, apron pink hahaha. Taktahu pula satu sekolah" Aria membalas senyum lelaki itu kembali. Lelaki itu mengalihkan pandangan. Dia terus menulis nama di buku catatan keluar masuk dan berlalu pergi.

Eh? aku buat salah ke?

Aria mengangkat kening tanda tidak faham akan situasi yang berlaku. Dia terus mengeluarkan rotinya tadi dan sambung makan.

Bunyi pintu dibuka membuat Aria mendongak lagi. Ishh siapa lagi nak ganggu ketenteraman aku. Tangannya sudah bersedia menyembunyikan roti.

Muka Mia tersembul. Matanya mencari-cari kelibat Aria. Oh disitu!
Aria duduk di hujung sekali. Susah betul hendak perasan.

"Lah, kau ke Mia? Mati-mati aku ingat mamat apron pink tadi" Aria menjuih bibirnya. Dia mengeluarkan rotinya kembali.

"Hah? mamat apron pink mana pulak ni? " dahi Mia berkerut.

"Alah, restoran haritu. Yang aku cakap dia cute"

"Ohhhhh" panjang mulut Mia berbentuk O.

"Qaiyum lah" Mia membalas lagi. Aria semakin pelik. Eh, kenal pula si Mia dengan mamat apron pink tu.

"Kau kenal dia? form berapa? " Aria bertanya.

"Form 6. Lebih setahun je. Dia famous lah dekat sekolah ni. Aku ingat kau dah tahu masa dekat restoran tu, jadi aku diam sajalah" Mia menjungkitkan bahu.

Aria mengangguk. Salahnya lah juga tidak peduli dengan hal semasa dia sekolah.

Dia menyambung kembali fokusnya untuk belajar. Mia sudah melabuhkan punggung di hadapannya. Buku nota dibuka dan diulangkaji.

Untuk 15 minit, mereka ralit dengan ulangkaji sendiri. Bunyi loceng kedengaran tanda sudah tamat waktu rehat. Aria dan Mia bangkit dari kerusi dan menuju pintu keluar.

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now