Bab 9

1.7K 59 0
                                    

Bang!!

Jay dan Zakir terkejut dan memandang kearah bunyi itu dilepaskan. Suara tadi bukanlah suara pistol si Zakir menembak Jay melainkan Aria yang berada di luar memegang pistol dan menghalakannya ke langit.

Hati Zakir panas. “Hoi perempuan! macam mana kau boleh keluar?! ”. Aria diam. Tangannya masih menggigil selepas menembak ke udaranya. Dia tidak ada keberanian ingin menghalakannya pada Zakir.

Jay mengambil kesempatan emas itu dengan menendang lutut Zakir sehingga lelaki itu terduduk dan pistol terlepas dari pegangannya.

“Arghh! tak guna!! ” Zakir mencuba mencapai pistol yang berada di tanah namun ditendang kembali Jay. Jay memandang kearah Aria.

“Aria! shoot him! tembak pada kaki! ” Aria menggeleng sambil menggeletar. “Buat! atau you nak i mati??” bahasa Jay mulai berubah dari saya awak kepada i dan you.

Aria memandang Jay yang masih berlumuran darah. Dia takut. Sangat takut. Jay menjerit beberapa kali untuk memujuk Aria supaya melakukannya.

Zakir mulai geram. Dia bangun dan menyepak muka Jay. Aria terkejut dan menghalakan pistolnya kearah Zakir. “Jan.. Jangan buat apa- apa dekat Jay! ”

Zakir memandangnya dengan senyuman sinis. “Kau? ada hati nak tembak aku? tembak kaki pun tak berani” Dia bergerak ke arah Jay yang memegang kepalanya. Dia yakin Aria tidak akan mampu menarik pelatuk pistol. Perempuan itu takkan ada peluang langsung memandangkan dia tidak ada keberanian hendak melakukannya, desis hati Zakir.

Zakir memegang kepala Jay. Dia memandang Aria. “Ni boyfriend kau ke? ”. Pandangan matanya berubah. Aria terkejut. I-ini.. alter baru ke..?

“Hai babe, do you miss me? ” nampak gayanya seperti Hariz. “Lagi sekali aku tanya, boyfriend kau ke? ” Hariz menguatkan suaranya.

Aria tidak tahu mahu menggeleng atau mengangguk. Dia menggerakkan sedikit kepalanya keatas kebawah. “So, ni boyfriend kau? malangnya, dia tak layak untuk jadi boyfriend kau.. ” Hariz bergerak mengambil semulanya pistolnya yang agak kejauhan akibat disepak Jay. Jay masih dalam kesakitan.

Hariz berdiri di sebelah Jay sambil menujukan pistolnya ke kepala Jay. “Look dear, you can't kill someone with that trembling hands. Let me show you how..” Hariz memandang Aria sambil tersenyum riang. Dia membetulkan pegangan pistol.

“Pertama, halakan betul-betul dekat orang yang kita nak tembak”

“Jangannn!! ” Aria menjerit namun tak dihiraukan Hariz.

“Kedua, pastikan jari dah bersedia untuk tarik pelatuk ni”

“Noo.. noo.. Noooo!! ” Aria menghalakan pistolnya tepat ke arah Hariz. “Babe, i've shown you how to do it. Do it properly. Letak betul-betul dekat tempat yang kita nak tembak”

“And then, bye by--”

Bang!

Belum sempat Hariz menghabiskan kata-katanya. Sebutir peluru telahpun menembusi pehanya. Dia memandang Aria tidak percaya. Aria semakin menggeletar. Dia melihat darah keluar daripada peha Hariz.

Hariz melepaskan pistolnya seraya terduduk sambil memegang pehanya yang kesakitan. Jeritannya kuat. Aria segera bergerak ke arah Jay dan meminjamkan bahunya.

Dia dan Jay bergerak menjauhi kawasan itu. Aria panik. Pertama, kena cari hospital dulu. Dia memandang kanan dan kiri. Masih kawasan yang dipenuhi pokok dan rumput.

Setelah beberapa minit mereka berjalan, Jay bersuara.

“Its okay Aria, tak teruk mana. Boleh sembuh ni. Please, kita duduk kejap. ” rayu Jay dalam kesakitan. Aria mengangguk dan  melepaskan pegangan Jay. Dia berdiri berlari mencari jika ada sumber pertolongan di sekeliling mereka. Jay melihatnya.

Untuk seketika dia penat, Aria duduk di atas rumput yang basah. Hujan mulai. sudah gelap.

Aria mendongak ke langit. Titisan hujan mulai terasa di pipi. Langit melepaskan tangis seolah tahu isi hatinya. Guruh berdentum seolah tahu jeritan hatinya.

Dia ingin menangis.. tapi tidak ada lagi yang tersisa. Semuanya sudah dihabiskan ketika dikurung.

“Aria..” dia menoleh kearah Jay. Bajunya penuh dikotori sisa darah. Tangan didepangkan meminta Aria memeluknya. Senyum turut diukir.

Aria terdiam sejenak.

'betulkah semua ini sudah berakhir?' gumam hati kecilnya.

“Aria, its over now. Hug me, please” suara garau itu menyapa telinganya.

Ahh.. yes its over. Aria cuba untuk berfikiran positif. Dia bergerak perlahan kearah lelaki it

boom!

Bunyi pistol ditembak ke udara kedengaran. Lantas Aria dan Jay terdiam. Aria mengerling ke tepi dan melihat seorang lelaki memandang tajam kearah mereka. “He's insane! that guy”

Aria mulai menggeletar. Sepatutnya sudah tamat kan?

“Aria, how much more i need to tell you that i love you so much! Kenapa kau tak pernah nak faham?! ”

“Aku sayang kau Aria..”

Jeritan yang disuarakan lelaki itu mulai bertukar alunan. Dia menangis. Lelaki itu terduduk di atas tanah. Menangis sekuat hatinya.

Aria diam tidak membalas apapun. Dia keliru jika yang menghuni badan itu adalah Hariz ataupun Qaiyum.

“Its me, Qaiyum.. not Hariz” suara Qaiyum berubah perlahan. Aria memandangnya dalam keadaan tidak terlalu nampak kerana awan yang sudah mula menutup cahaya matahari.

“Qaiyum..?”

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now