Bab 11

2.5K 51 2
                                    

Pandangannya gelap. Dia berjalan lagi. Gelap. Tiada cahaya.

“Aria...” dia menoleh ke arah suara itu. Tiada siapa. Semuanya gelap.

“Aria.. kenapa jadi salah aku? ” suara itu kedengaran dekat di telinganya seolah-olah orang itu berada disebelahnya.

“Aria... tunggu.. ” Dirinya mulai resah. Dia tidak berani menjawab panggilan itu. Dia memandang kanan dan kiri. Kosong dan gelap.

“Aria..”
“Aria..”
“Aria”
“Aria!!” matanya terbuka. Dia melihat wajah Puan Aliya dan Encik Afiq yang sudah berkerut seribu di muka. Puan Aliya terduduk. “Syukur.. Aria selamat..”

Dia memandang sekelilingnya. Banyak yang putih. Dia bangun secara perlahan-lahan dibantu ayahnya. “Aria okey?” Encik Afiq memeluknya. Aria sekadar mengangguk. Badannya masih lemah seolah baru lepas bertarung secara mental.

“Dekat mana ni” suaranya serak namun masih dapat didengari Encik Afiq. “Ini dekat hospital sayang..” Encik Afiq melepaskan pelukannya. Tangannya mencapai air di cawan dan diberikan pada Aria. Aria meneguk air secara perlahan dan menolak.

Ingatannya kabur seketika. Yang dia ingat Jay ditusuk..

“Ah! Jay! dia dekat mana?” dia memandang ayahnya. Ayahnya mengangguk dan memberitahu Aria bahawa Jay sedang dirawat dan masih dalam keadaan sedar dan stabil. Aria melepaskan nafas lega. Setelah apa yang terjadi, dia lebih merisaukan Jay kerana Jaylah yang menerima lebih luka parah.

Aria memandang wajah ayahhandanya. “So.. what's happening?.. ”

Encik Afiq menarik nafas. “Aria ada stalker yang terlalu obses dengan Aria. Ayah tak tahu darimana dia datang tapi dia dah kena tangkap dengan polis..Jay cerita dia sumbat Aria dengan pil pelik. Rupanya itu salah satu jenis dadah. Nasib baik kesannya kurang dan tak tinggi mana dosnya. So, everythings fine. Jangan fikir benda tak penting dah.. Aria rehat je tau ” dia menggosok kepala anaknya.

Aria mengangguk. Tubuhnya juga masih terasa penat. Rupanya dirinya disumbat dengan dadah. Dia tertanya-tanya jika itu adalah dadah yang sama diberi ketika pulang bersama Qaiyum atau tidak.

Dia memejamkan matanya. Badannya letih..

××××

Setelah beberapa hari, Aria mula datang ke sekolah seperti biasa. Kejadiannya dirahsiakan oleh pihak sekolah dan nama Qaiyum sudah tidak disenaraikan sebagai pelajar di sana. Tiada siapapun yang tahu hal sebenarnya melainkan dia dan Mia.

“Aria...” Aria memandang di sampingnya. Muka Mia yang masih serba salah dipandang. Dia gelak kecil. “Pfft.. kau ini. Tak ada apalah. Itu pun pengalaman baru tu” sengih Aria.

“Pengalaman baru? maksud kau? ” berkerut dahi Mia.

“Pengalaman kena culik hahahaha” tersembur ketawanya yang ditahan dari tadi. Mia yang geram lantas memukul belakang badan Aria dengan perlahan. Aria tetap dengan ketawanya tidak berhenti-henti.

“Apa-apapun, tu salah aku juga.. sebab aku, kau sampai jadi macam tu.. Aria.. aku minta maaf.. aku betul-betul minta maaf” pinta Mia dihadapan pagar sekolah. Pakcik jaga sudah melihat mereka yang bertingkah pelik. Aria menunduk ke arahnya sebagai tanda salam.

“Oi oi Mia, kat sekolah dah ni. Okay, aku maafkan. Belanja aku onigiri nanti dekat F Mart” Aria memeluk Mia. Seraya Mia mengangguk dan membalas pelukan itu. 

Mereka bersama-sama berjalan menuju ke kelas. Walaupun ada yang bertanya kepadanya kemanakah dia selama 10 hari tidak hadir ke sekolah. Aria sekadar menjawab ada urusan. Urusan apa atau di mana itu tidak akan dibocorkan. Boleh jadi berita besar dan hangit nanti.

××××

“Sini, ada orang nak jumpa kau” pegawai itu menarik si pesalah keluar. Dia mengekori jejak langkah pegawai itu. Kepalanya ligat berfikir akan siapakah gerangan orang yang mahu bertemunya.

Seketika dirinya terkaku melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dia mendekati dengan perlahan. Pegawai yang berada dihadapannya meninggalkan bersama lelaki itu. “tempoh 10 minit je” pesan pegawai itu.

“Oh? dah sampai” lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah. “Kasihan, pesalah buat salah sudah masuk ke lokap”

Qaiyum mengetap giginya. “Ini semua salah kau!--------- oh ya, agak-agak perempuan tu tahu tak kau ni sebenarnya siapa? lagi teruk dari aku kan? ”

“Well, tak ada siapa akan bagitau dia. Dia tak akan tahu. Kau pun dah dekat sini alang-alang dalam lokap. Macam mana nak bagitahu dia?” Lelaki itu membalas. Dia tersenyum.

Qaiyum terdiam. “Kau datang sini nak cakap tu je ke?” giliran Qaiyum menukar topik. Lelaki itu menggaru kepalanya sendiri. “Ni mesti dah lupa ni. Sekarang masa Zakir ke untuk ambil alih ni? lupa ingatan?”

Lelaki itu mendekati Qaiyum. Paras tinggi Qaiyum ternyata cuma separah dagu lelaki itu. Dia berundur.

“Aku cakap aku akan bagi hadiah sikit kan dalam penjara ni?”

Hadiah? maksud? fikiran Qaiyum ligat memikirkan apa yang dimaksudkan lelaki itu.

Dush!!

Satu penumbuk melayang ke pipi Qaiyum. Qaiyum jatuh ke tanah. “Woi! apa ni?! ” dia berdiri dan berundur.

“Janji aku. Aku tunaikan” Ingatan Qaiyum mula teringat akan kata-kata lelaki itu ketika dia ditahan polis.

Damn..

“Wait- wait.. kejap! ni dekat lokap! ” Qaiyum tidak percaya lelaki ini berani melakukan perkara seperti membelasah orang bahkan di dalam penjara!

“Aku tak kisah. Kalau aku cakap aku akan buat, maka aku akan buat! ” dia menarik baju Qaiyum dan berkali-kali menumbuknya.

Setelah beberapa minit, baju Qaiyum dilepaskan dan dia jatuh ke lantai sekali lagi. Mukanya penuh berdarah.

“Heh.. aku harap sangat Aria tahu siapa kau sebenarnya” Qaiyum sempat berkata-kata.

“Dia tak akan tahu sebelum kau mampus. Hahahaha” Tanpa belas kasihan, lelaki itu terus menendang dan membelasahnya. Tiada pegawai yang menahan lelaki gila ini membuatkan Qaiyum lebih yakin bahawa lelaki ini telah menggunakan kuasa vetonya.

Dia terbaring lemah. Dendamnya akan datang.. baik pada si lelaki ini mahupun Aria. Akan datang!

-TAMAT-

p/s : hai guys, cerita ni dah tamat walaupun agak tunggang langgang hehe. Juney dalam tempoh peperiksaan sedang berlangsung ni, Doakan Juney tau!


Teruskan support juney <3 Thankyou

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now