Bab 7

1.7K 71 0
                                    

Puan Alia mundar-mandir di ruang tamu. Keresahannya sudah tidak terbendung lagi. Sebentar-bentar matanya melirik ke jam dinding. Sudah menunjukkan pukul 7 setengah malam.

Kelibat Encik Afiq muncul menghampiri Puan Alia. “Bang.. macam mana? dapat tak? ” ucap Puan Alia risau. Dia tidak dapat menahan tangis di matanya. Encik Afiq menggeleng sambil tangannya masih cuba mendail nombor Aria. Puan Alia menggigit hujung kuku jarinya. Sudahlah satu-satunya permata hati, anak dara pula.

“Kita laporkan pada polislah bang, saya dah tak tahan” Puan Alia memandang mata suaminya. Suaminya menggeleng. Jika mahu buat laporan polispun, perlu tunggu sehingga genap 24 jam Aria hilang. Encik Afiq sudah mati akal hendak memujuk Puan Alia bagaimana lagi. Dia cuma berdoa dalam hatinya semoga ada sebarang petunjuk diberikan.

“Assalamualaikum aunty, uncle” suara Mia menjengah daripada luar membuatkan Puan Alia segera mendapatkannya. Susuk badan Jay turut berada disamping Mia.

Puan Alia meluru ke Mia dan memeluknya. “Mia... Aria hilang.. macam mana ni” esak Puan Alia. Mia memeluknya kembali dan menggosok belakang badannya. Jay turut memegang Encik Afiq yang sudah mula longgar lututnya dan terduduk di lantai rumah. “Anak aku, Jay..” Jay mengangguk berulang kali.  “Kita masuk dulu..”

Setelah ditenangkan Jay dan Mia, Encik Afiq duduk di sofa utama. Encik Afiq menghela nafas panjang. Jay memandang Encik Afiq. Lelaki berumur 38 tahun itu mengangguk.

Mata Jay terarah pada Mia. “Mia, cerita dari awal apa saja yang Mia tahu. Sesuatu yang pelik atau janggal” suara Jay serius. Untuk pertama kalinya Mia melihat Jay seserius itu.

Mia mengangguk. Tangannya masih memeluk Puan Aria yang lesu. “Pertama, yang Mia tahu Aria selalu dapat air kotak milo atas meja. Tapi, Mia dengan Aria tak adalah fikir negarif, barangkali junior Aria yang bagi. Kedua, Mia minta maaf pada Uncle dan Aunty sebab tak temankan Aria balik petang tadi ” dirinya berasa bersalah akan apa yang terjadi. Andailah dia tidak membiarkan Aria pulang sendirian.

“sambung” Jay merenung Mia. Dia tidak mahu mendengar perkara lain selain hal penting sahaja. Permintaan maaf baginya adalah tidak penting kerana tidak memberikan sebarang petunjuk.

“Aria kena panggil dengan cikgu Amin pukul 4 petang. Itupun Qaiyum yang beritahu Aria dengan Mia. Qai memang suka dekat Aria, jadi Mia ingat nak biarkanlah mereka rapat berdua dulu tapi Mia tak rasa Qai berani buat apa-apa pada Aria” Mia menjelaskan segala yang perlu. Dahi Jay berkerut. Di mana dia pernah dengar nama itu ya?

“Maaf, nama panjang Qaiyum tu apa” Jay bertanya.

“Mia tak berapa tahu tapi tak silap Mia, Qaiyum Zainn” balas Mia lagi.

Jay tersentak mendengar nama itu. Dia memandang Mia tidak berkelip. “Betul ni? sure? ” dia meminta kepastian.

Mia mengangguk. Pelik dirinya dengan tingkah Jay yang tiba-tiba berubah.

Jay bangun berdiri. “Aunty, Uncle dengan Mia tunggu sini. Jay rasa Jay tahu something. Kalau Jay call Uncle, cepat-cepat call polis dan cari lokasi Jay menggunakan GPS” Jay membuka telefonnya dan menghidupkan 'auto location'.

Encik Afiq mengangguk. Dia tahu siapa Jay yang sebenarnya. Kerana itu, dia tidak risau jika apa-apa berlaku pada Jay.

Jay segera keluar dari rumah dan meminta Mia mengunci pintu. Dia turut berpesan untuk tidak buka pintu pada sesiapa kecuali polis ataupun dirinya. Mia mengangguk faham.

Moga tiada apa jadi pada kau, Aria. Mia mengucap berulang kali didalam hatinya.

××××

“erghh..” matanya dibuka perlahan-lahan. Aria menyentuh kepalanya sendiri yang masih berdenyut kesakitan. Dia memandang sekeliling dan melihat dirinya berada di suatu ruang asing. Di kanan dan kirinya ada anak patung. Atasnya terdapat pelbagai warna belon.

Di dalam bilik itu, Aria terlantar di atas katil bersaiz Queen. Tiada apa-apa selain anak patung, belon, katil dan sebuah almari. Dia menurunkan kakinya ke lantai dan bergerak menuju almari.

Tangannya membuka dan apa yang dilihatnya adalah beberapa pasang baju wanita disangkut.

Baju siapa ni? dekat mana ni?

Lantas memorinya teringat kembali ketika dirinya berasa sakit kepala dalam perjalanan pulang bersama Qaiyum.

Oh iya! mana Qaiyum? matanya melilau mencari pintu. Dia menuju ke pintu dan cuba membukanya namun hampa. Dirinya dikunci dari luar.

“Ini..penculikan ke??” badannya mula menggeletar setelah sakit di kepala surut. Siapa pula mahu buat begitu padanya. Qaiyum?

Dia memandang sekeliling sekiranya ada benda yang boleh digunakan untuk membuka pintu bilik. Tiada! dia melanggar pintu dengan badannya sendiri berkali-kali dan mengetuk.

“Siapa yang kurung aku ni?! lepaskan aku! ” suaranya dijeritkan sekuat-kuatnya. Tangannya menepuk berkali-kali pintu itu. Badannya mulai terasa lemah. Meskipun begitu, Aria tetap mengetuk dan menepuk pintu.

Berulang-kali dirinya melakukan perbuatan yang sama. Nafasnya pendek. Dia tercungap-cungap dan duduk di lantai.

Otaknya ligat berfikir mencari akal untuk keluar. Fikirannya buntu. Dia mengetuk kepalanya sendiri meminta si akal untuk bekerja dalam situasi darurat.

Suara kasut seseorang berjalan kearahnya kedengaran semakin kuat dan jelas. Aria mendongakkan kepala dan mengundurkan badannya ke sisi katil.

Tombol pintu dipulas dan muncul seorang lelaki berbaju serba hitam dan memakai pelitup hidung dan mulut. Mata Aria memandang sinis lelaki itu. “Dah puas ketuk macam nak robohkan rumah? ” Lelaki itu bertanya.

Suara itu!

“Kau siapa?” Aria memberanikan dirinya bertanya. Kedengaran lelaki itu ketawa kecil. Tangannya mencapai tali masker di telinga dan membukanya.

Mata Aria terbeliak.

“Kau.. kenapa.. kenapa??” Aria menjerit kuat. Dia tidak menyangka orang yang dikenalinya memperlakukan dirinya sebegini.

Turun naik dadanya. Aria tidak tahan. Dia mengambil bantal dan melemparkannya kearah lelaki itu. Tentu saja dengan mudah lelaki itu menepis.

Lelaki itu tersenyum. Aria mengerutkan dahi. Dia sememangnya kenal dengan lelaki itu tetapi sikap lelaki itu meragukannya. Betul ke ni dia?

Mata lelaki itu memang mata yang sama tapi cara pandangannya berbeza. Jauh berbeza!

Jangan-jangan dia...

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now