Bab 8

2.2K 70 0
                                    

Qaiyum tersenyum memandang Aria yang masih berada di lantai. Dia turun mencangkung didepannya. Badan Aria perlahan-lahan ke belakang.

“Sorry ya, aku bukan Qaiyum. Yeah, memang badan ni Qai tu yang punya tapi aku adalah diri dia yang lain” suara Qaiyum turut kedengaran berbeza pada Aria.

' Dissociative identity disorder' ataupun kecelaruan identiti.  Aria pasti akan hal itu. Dia tidak menyangka Qaiyum menghidap penyakit mental sebegini. Penghidap akan mengalami dimana badan dan mindanya mempunyai lebih dari seorang pemilik.

“Kalau kau bukan Qai, kau siapa? ” Aria mengajukan soalan. Qaiyum senyum.

“Tengah kena culik pun masih nak tahu nama orang? okay, aku adalah Alter Qai yang kedua, Hariz” Qaiyum ataupun lebih tepat, Hariz memperkenalkan dirinya.

Alter merujuk kepada identiti lain di dalam diri seseorang. Alter akan memiliki umur, nama, cara berbicara, ingatan bahkan boleh jadi jantina yang berbeza. Penghidap kebiasaannya mempunyai 2 hingga 6 alter yang berlainan.

Aria terdiam. Dia tidak pernah menghadapi situasi berdepan pesakit seperti ini. “Dah.. dah tu kenapa kau culik aku? ”

“Ah.. Qai tak ada masalah dengan kau. Tapi aku suka kau.. ” dia mengorek telinganya seolah-olah menganggap hal tersebut adalah hal remeh.

Dahi Aria berkerut. Gila ke?

Dia mendekati Aria seraya menyentuh pipinya. Tangan Aria laju menepis. Hariz mengeluh dan menarik tangan Aria untuk bangun dan mengikutinya. Aria yang tiada pilihan lain berdiam diri.

Pintu bilik sebelah dibuka dan dia membawa Aria masuk. Aria jelas terkejut melihat gambarnya diserata dinding. Dia memusing kembali memandang Hariz.

“Gi-gilaa! ” merinding bulu roma Aria. Bukan gambarnya di sekolah sahaja, bahkan di tempat awam turut berada di situ. Stalker!

Dia meluru ke pintu bilik untuk keluar. Malangnya, daripada awal sudah dikunci Hariz. Hariz tersenyum. “Nak kunci? ambillah dekat dalam poket ni” dia menepuk poket seluar kirinya.

Muka Aria sudah cemas. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi.

“Kau tahu? untuk pertama kali aku berjumpa kau, masa aku 10 tahun dan kau 9 tahun. Berapa tahun eh lebih kurang?  Ha.. 8 tahun. Tak ingat ke sayang? sampai hati ” Hariz memandang tepat anak mata Aria yang masih berdiri. Hariz bergerak ke katil dan duduk.

“Ingat tak? masa tu Qai tak ada duit nak beli roti. Kau yang bagi dia kan? Tapi yang aku tak fahamnya, Qai tak ada pula rasa tertarik pada kau. Bayangkan eh, bidadari depan mata bagi duit. Aku yang tergerak hati tahu? ” Hariz menggosok rambutnya. Gaya rambutnya turut berbeza daripada Qaiyum.

“Ah.. tapi Jay kau, pakcik tua tu yang ada masalah. Aku tak tahu macam mana dia kenal Jay tapi aku tak ambil peduli. Aku cuma nak kau dan dia tolong bagi jalan ”

Pak cik? Kening Aria terangkat.

“By the way, kau tak penat ke berdiri? duduk sini” Hariz menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Aria diam. Hariz mula hilang sabar. “Kalau aku kata duduk sini, duduk sinilah! ” jeritan Hariz membuatkan Aria terkejut.

Hariz meramas rambutnya kebelakang. “Ahhh.. patutnya aku ikat je kau tadi. ” Dia menarik tangan Aria jatuh ke katil. Aria yang tidak menjangkakan hal itu terus tersembam di tilam katil. Hariz menerpa ke arah dirinya. Aria menahan sekuat-kuatnya menggunakan tangan. “Ha-Hariz, lepaskan aku.. ” mata Aria mula berair.

Hariz terkejut. Dia memberhentikan tangannya. Aria sudah mula teresak-esak. Fikirannya tidak waras. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Hariz memandang sayu wajah Aria. Kedua-dua tangannya menyentuh kedua belah pipi Aria.

“Hey.. baby.. don't cry. Kenapa menangis? please.. don't cry. Awak nak apa” lembut suara Hariz menerpa telinga Aria. Aria memandang Hariz dalam keadaan tersedu-sedan.

“Let me go.. please ” Aria merayu. Hariz menggeleng. “Sorry, but i can't do that. Nanti Awak lupakan saya kan? ni jela cara untuk awak tahu siapa Hariz bukan Qaiyum. ”

Aria tidak mampu menjawab. Dia masih menangis.

“Woi, Zakir! ” suara yang paling dicam Aria kedengaran di luar. Aria terdiam bersama Hariz.

Hariz melepaskan pegangannya dari Aria. “Oh.. dia dah datang” suara Hariz berubah. Seolah-olah personaliti lainnya menjelma. “Kau tunggu sini dulu ya perempuan”. Jelas, itu bukan Hariz mahupun Qaiyum.

Tiba-tiba suaranya berubah kembali.

“Jangan tinggal kekasih aku sorang-sorang. Kau boleh tak abaikan mamat tu dulu ha, Pakcik?! ”

“Tadi giliran kau. Sekarang giliran aku”

“Pastikan kau kunci”

Mukanya tersenyum seraya mengangguk. Dia bercakap dengan personalitinya yang lain didalam diri. Aria yang memerhati teringat akan suara si pemanggil tadi. Dia bergerak laju kearah pintu namun ditolak Hariz ke katil dan dikunci lagi sekali.

Aria menepuk-nepuk pintunya dan menjerit. “Jay, im here!! tolong saya! ” Dia menghentam pintu beberapa kali.

Jay yang berada di luar mendengar suara Aria. Dia tersenyum. Aku dah agak, orang yang sama!

Seorang lelaki dikenali sebagai Zakir keluar. Zakir adalah personaliti atau alter lain Qaiyum yang berumur 40 lebih. “Nampak pun batang hidung kau. Dah lama aku tunggu” ujarnya.

“Aku ingat kau dah mati bunuh diri lepas kalah” Jay sengih memancing emosi Zakir. Dia meletak tangannya di pinggang.

Zakir mendengus. “Masa tu kau bawa kuda. Aku bawa apa? bawa diri. Kalini, satu sama satu” Dia mengepalkan penumbuknya. Jay tetap tenang tersenyum. Dia mengangkat kening meminta Zakir memulakan langkah. Zakir geram lantas meluru dan memulakan serangan kepada Jay.

Tangannya satu persatu dilayangkan namun Jay berjaya menahan dengan mudah. Kakinya diangkat dan ingin ditendang perut Zakir malangnya Zakir terlebih dahulu menganggar situasi tersebut dan menggunakan teknik tangan 'spring' yang menyerap daya hentaman sekaligus memperlambatkan serangan kaki Jay.

Jay mengundur. “Wow, kau belajar mana ni? ambil kursus dekat China ke”

“Daripada kau, berlagak macam ketua tapi langsung tak layak! Macam mana kau yang muda boleh dapat sedangkan aku lebih tua?! ” Zakir melancarkan serangan tangan kirinya kearah Jay. Jay membalas dengan tangan kanannya bertemu dengan tangan Zakir. “Kau sedar tak, umur kau yang sebenarnya cuma 18? ”

“Diam!” Zakir semakin naik angin. “Otak aku lebih matang dari kau! ” Dia berlari meluru kearah Jay yang sudah bersiap menerima serangannya.

Namun, tanpa diduga, Zakir mengeluarkan pisau kecil dari poket kirinya dan menusuk Jay. Jay yang tidak menjangka hal itu menolak Zakir sekuat kudratnya. Dia memandang ke perutnya.

Bajunya mulai dikotori darah. Jay terduduk menahan kesakitan. “Wow.. kata beradu.. tangan.. tapi akhirnya.. kau yang guna pisau.. ” suaranya perlahan namun dapat ditangkap Zakir. Zakir tersenyum. “Untuk menang, untuk memiliki, guna segala apa yang ada. Aku lagi bijak dari kau. Naif! ” Zakir ketawa kuat. Akhirnya, cita-citanya untuk mengalahkan Jay tercapai. Sejak dari dahulu, dia pendam.

Tangannya menjatuhkan pisau ke tanah. Dia mencapai poket belakang seluarnya. Ada lagi, Pistol! Jay terkejut. Tak cukup dengan pisau, ingin guna pistol pula?

“Aku tahu takkan cukup bunuh kau dengan pisau. Pisau tu terlalu kecil, lambat-laun kau boleh sembuh jadi aku gunalah pistol. ” Zakir menayangkan pistol Glock-17 di tangannya. “Kau mesti tahu barang ni kan? ”

Dia mengajukan pistol ke kepala Jay. “Kau nak aku guna bahasa apa ucap selamat tinggal ni? Bye bye? Sayonara? ” Zakir ketawa kecil.

“Ah, perempuan kau kat dalam tu nanti biar adik aku urus” adik yang dimaksudkan Zakir adalah Hariz, alter kedua Qaiyum.

Jay tersenyum. Zakir menarik pelatuk pistol.

Bang!

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now