Bab 6

1.9K 72 0
                                    

Air kotak milo diambil dari atas meja. Berkerut dahi Aria dibuatnya. Hari ini sudah masuk hari keenam dia menerima sekotak air milo di atas meja. Semalam sudah, kelmarin pun sudah.

Pada mulanya, Aria cuma menganggap pemberian daripada adik junior ataupun rakan sekelas. Namun, setelah berlarutan dan berpanjangan seperti ini, Aria mulai ragu akan hal itu.

Mia masuk kedalam kelas sambil membawa keropok didalam plastik kecil yang dibeli dari kantin. Matanya memandang Aria yang gelisah sambil memegang air kotak milo.

“Kau dapat lagi ke airnya?”. Aria mengangguk. “Macam mana eh nak tahu siapa yang bagi. Aku dah risau semacam takut disihir ke apa” ujar Aria. Mia ketawa. “Kau dah kenapa sampai fikir macam tu? Kalau niat orang tu nak sihir kau, sudah lama kau meracau dekat rumah”.

Aria menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudahtu, apa motifnya pula?

Mia mengambil air kotak milo dari tangan Aria. “Kalau kau taknak, bagi jelah aku. Kalau aku jadi kau, aku minum je. Bukan dia letak racun pun”. Laju tangan Aria merampas kembali air kotaknya.

“Ha yelah..” Aria mengalah. Walaupun ragu-ragu akan si pemberi, Aria tetap menghabiskan air kotak tersebut oleh kerana itu adalah air kegemarannya. Belum sempat Mia mahu membalas, Sir Azhar, guru Bahasa Inggeris mereka melangkah masuk. Mia terus menempatkan punggungnya di sebelah Aria.

Air milo disimpan di bawah meja. Aria mengeluarkan buku tulisnya. Nantilah aku minum, bisik hatinya.

Selama dua jam, kelas 5 Jupiter sunyi sepi mengerjakan kerja bahasa Inggeris yang diberi Sir Azhar. Mia yang sudah siap awal, meletakkan kepala diatas meja dengan tangannya bersilang. Sleep mode, On!

Sedang Aria mengerjakan kerja sekolah, dia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Fikirannya melayang memikirkan si pemberi air kotak. Terlayar di matanya junior paling menggemarkan dirinya. Munirah, tingkatan 3. Akan tetapi, Munirah tidak akan berbuat begitu. Paling paling pun, dia akan memberikan air kotak pada Aria secara depan-depan dan terang bersuluh.

Aria menggeleng kepalanya untuk kembali sedar. Dia terus sambung menulis di buku tulisnya.

××××

Mulutnya menyedut air kotak milo yang didapatnya pagi tadi. Tekaknya mula berasa haus kerana berjam-jam dia tidak sempat meneguk air.

Sedang ralit Aria dengan fikirannya sendiri, Qaiyum masuk kedalam kelasnya. Mata seluruh pelajar perempuan di 5 Jupiter tertuju pada Qaiyum. Aria menjeling Qaiyum.

Dia ini, tidak tahu ke dia itu popular di sekolah. Mata semua tertuju pada kau, tahu?

Bukan itu sahaja, beberapa pasang mata turut tertuju pada Aria oleh kerana Qaiyum berjalan masuk dan berhenti di mejanya. Aria mengangkat kening untuk menyapa.

“Aria, cikgu Amin kata petang ni tunggu dekat bilik guru” ujar Qaiyum.  “Okey, Mia, tunggu aku balik” Aria mengalihkan pandangannya pula pada Mia. Mia masih lagi terlena diulit mimpi. Aria mendekatkan jarinya ke dahi Mia dan menjentiknya.

“Auchh! ” terbuka luas terus matanya. Mia bangun sambil menggosok dahinya. Matanya menangkap susuk Qaiyum didepan meja Aria. “Apa?” tanya Mia tidak faham.

“Qai kata aku kena turun bilik guru petang ni, kau tunggulah aku nanti” jelas Aria sekali lagi. Kepalanya masih mengadap Mia yang sedang menggeliat. Mata Mia memandang wajah Qaiyum. Qaiyum senyum manis bermakna pada Mia.

Mia yang memahami makna senyuman itu langsung berkata “Sorry Aria, aku pun lupa nak bagitahu yang aku ada kerja sikit petang ni. Tolong ibu aku kemas kedai dia. ” Muka Mia beriak sayu. Meminta simpati dimaafkan dari Aria.

Aria mengeluh. “Kalau macam tu tak apalah.”

“Maaf eh Aria, pleasee” tangan Mia mencapai tangan Aria. Aria mengangguk perlahan. Sudah ada kerja, tidak boleh buat apalah.

****

4.30 petang

Aria memandang jam di tangannya. Dia berlari menuju ke aras 2. Sebenarnya, dia sudah terlelap di kelas gara-gara tidak cukup tidur menonton drama sehingga lewat malam. Sesampai di depan pintu bilik guru, Aria cuba mencuri nafas kerana berlari secara panik. Termengah-mengah dirinya.

Tangannya memegang tombol pintu. Namun ketika dipulas, pintu itu tidak boleh dibuka.

Eh, sudah kuncikah? Aria mencuri pandang ke jam tangannya. Baru 30 minit aku terlelap, takkan sudah kunci awal.

Dirinya berundur dan memandang keatas dan kebawah pintu bilik guru. Sah! memang kunci. Awal betul pintu bilik guru dikunci.

Aria berjalan mundar-mandir. Tiba-tiba matanya terpandang akan notis di sebelah pintu bilik guru. Kenapalah dari tadi tidak perasan. Dia mendekatkan wajahnya ke notis itu.

Notis itu mengatakan bahawa bilik guru lelaki telahpun ditutup lebih awal oleh kerana sebab-sebab tertentu. Aria mengeluh.

Dia bergerak menuju bilik guru perempuan dan melihat beberapa orang guru masih belum pulang.

“erm, Assalamualaikum cikgu, cikgu Amin dah balik ke? ” Aria mengajukan soalan pada semua guru wanita yang berada disitu.

“Amin? dia memang tak datang tadi. Cikgu Amin tak sihat jadi dia ambil mc” salah seorang daripada guru wanita itupun menjawab.

Aria berkerut dahinya. Dah tu, takkan Qaiyum menipu. Dia senyum dan mengucapkan terima kasih atas makluman guru itu. Aria menapak menuruni tangga.

Dia sibuk memikirkan kenapa Qaiyum mahu menipu. Seperti kebetulan, dia terpandang akan Qaiyum yang sedang mengisi air botolnya di paip. Basuh botol barangkali.

Dia menapak ke Qaiyum dan menyapa. “Qai, kata cikgu Amin panggil aku. Ni, usah kata cikgu tak panggil, orangnya pun tak ada” . Aria mulai geram.

Qaiyum memandang Aria yang berdiri separas bahunya. “Aku cakap cikgu Amin ye? aku rasa aku cakap cikgu Ayin” Dia menggaru telinganya.

Aria geram. “Kau kata cikgu Aminlah! ”. Qaiyum tergelak kecil. “Okey okey salah aku sebab salah informasi. Sorry boss”

“Eee, sebab kau aku dah balik rumah lambat. Dahlah, bye! ” Aria memusingkan badannya untuk segera beredar. Qaiyum terus mengikuti gerak Aria. “Kenapa ikut?” Aria menyoal. “Tak baik perempuan balik sorang sorang, kan? ” Qaiyum menjawab sambil tersenyum.

Selama ini dia balik sendirian, elok sahaja. Lantaklah. Aria malas hendak mengambil pusing. Bukan dia dengan Qaiyum sepenuhnya orang asing. Sudah kenal juga.

Ketika berjalan ditepi sungai, kepala Aria merasa pening. Pandangannya kabur. Dia mula berjalan perlahan.

Qaiyum yang perasan akan perubahan Aria mula bertanya. “Eh, kenapa ni Aria?? ” Dia menunduk memandang muka Aria yang sudah berkerut menahan kesakitan. 

“Entahlah, kepala aku sakit dan pening sangat. Rasa nak jatuh..” ujar Aria perlahan. Tangannya memegang lengan Qaiyum sebagai sokongan.

Qaiyum terhenti melihat tangan Aria yang menyentuh lengannya. “Qai.. tolong aku” Aria tidak dapat menahan lagi kesakitannya. Rasa sakitnya seolah-olah kepalanya tiba-tiba memberat dan membesar. Matanya mulai tertutup.

“Aria, aku minta maaf tau” suara Qai kedengaran perlahan.

Hah? Aria ingin bertanya lanjut namun dirinya tidak dapat menampung lagi. Mulutnya terkunci. Badannya sudah rebah ke tanah. Matanya tertutup.

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now