Bab 5

2.1K 73 3
                                    

Dulang air sampai di meja makan nombor 8. Aria dan Mia mendongak. Tepat muka Qaiyum yang muncul. Hari ini pun Qaiyum memakai apron merah jambu. Sudah memang kepunyaan kedai dan cara kerja mereka, apa boleh buat. Janji dapat kerja.

"Korang minumlah dulu. Ada lagi sikit kerja, owner bagi aku habis awal. Nanti aku duduk sebelah" ujar Qaiyum. Aria dan Mia mengangguk.

Aria memandang sekeliling restoran. Tidak ramai pengunjung hadir seperti hari sebelumnya. Cuma ada beberapa meja terisi pelanggan. Itupun muka yang sama Aria dan Mia pernah nampak sebelum-sebelum ini. Pelanggan tetap.

Dia menyedut airnya menggunakan straw. Air milo ais memang menjadi kesukaannya sejak kecil. Peminat tegar air milo paling mudah dipujuk menggunakan air milo.

Mia memandang Aria. Aria memandangnya kembali sambil menjongketkan keningnya ingin bertanya kenapa.

"Aria, kau suka lelaki posesif kan? " Mia bertanya serius. Aria berasa pelik namun tetap menganggukkan kepalanya.

"Qaiyum posesif aku rasa. Taknak dia ke? " Mia senyum.

"Mana kau tahu? " tanya Aria. Serasanya, Qaiyum normal sahaja. Tak ada yang pelik pun.

"Ex-girlfriend dia beritahu aku." Mia menyedut air sirapnya. Mia memang sudah terkenal satu sekolah dengan keramahannya. Pada hari pertama pun, yang menegur Aria adalah Mia. Informasi manapun pasti dapat pada Mia. Barangkali dia berkawan dengan ex-girlfriend Qaiyum.

Aria mengangguk tanda faham. "Then, kenapa dia tinggalkan Qaiyum? ". Cuma yang dia tidak faham adalah kenapa? Qaiyum sudah sempurna dari segi muka dan bentuk badan, sikap pun jenis berseloroh, ditambah dengan sifat posesif.

"Sebab sikap posesif dialah. Datang entah dari mana bagi kejutan. Selalu tanya pergi mana, dengan siapa. Girlfriend dia rimas rasanya " Mia menjawab. Bagi Mia, dia bersyukur dapat Kimi sebagai teman lelakinya. Kimi cuma protektif, bukan posesif. Sering menasihatinya untuk menjaga diri sendiri.

"So, kalau aku couple dengan dia. Kau rasa okey tak? " Aria tersengih memandang Mia. Mia menjongketkan bahunya.

"Manalah aku tahu. Tapi berminat juga nak tengok kauorang berpasangan. Hahaha" seloroh Mia.

"Tapi nanti kena date dialah kan?" Aria bertanya kembali.

"Date siapa tu? ". Belum sempat Mia menjawab, suara Qaiyum kedengaran dari belakang Aria. Dia menarik kerusi dari meja lain dan duduk di sebelah mereka.

Aria diam. Qaiyum memandangnya dengan pandangan serius.

"Dia nak bercinta dengan kaulah, Qai" ujar Mia tanpa perasaan bersalah. Mencerlung mata Aria memandang Mia yang selamba membocorkan isi perbualan mereka. Mata Aria menghantar isyarat.

'Kenapa kau bagitahu dia??'

Mia yang melihat Aria terus mengalihkan pandangan kearah lain. Aria geram dan menyepak kakinya dari bawah meja.

Qaiyum tersenyum. "Oh, boleh je.. nak date aku kan? esok kita start" pandangannya berubah menjadi lembut.

Aria memandang Qaiyum kembali. "Bukan date, kenal-kenal je". Qaiyum ketawa kecil seraya mengangguk. "Okey, boleh".

Tangan Qaiyum turut bergerak-gerak dibawah meja seolah-olah mengatakan 'YESSS!'

"Wait, macam mana dengan Jay? " mata Mia membulat. Aria turut menepuk dahinya. Sudah hampir terlupa dirinya akan kewujudannya jejaka itu.

"Who's Jay" riak muka Qaiyum mula berubah namun senyumannya masih terukir.

"First crush of Aria. Katanya anak kepada kawan ayahnya" Mia menjawab bagi pihak Aria.

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now