Bab 4

2.2K 90 0
                                    

Buku disimpan ke dalam beg. Matanya melilau mencari pen biru kegemarannya. Seingatnya, dia menggunakannya ketika subjek terakhir tadi.

“Cari pen ini ke?” Aria mendongak. Muka Qaiyum terpampang di depan mata. Di tangannya, Aria melihat pen birunya digoyang-goyangkan kanan dan kiri.

“Haah, bagi sini” Aria cuba mencapai pen itu dari tangan Qaiyum. Qaiyum bergerak menjauhkan pen.

“Aipp.. balik seorang je ke? ” Qaiyum bertanya

“Haah, Mia ada hal. Eh, cepatlah bak sini. Aku nak pergi balik ni” Aria mula geram. Qaiyum menjauhkannya lagi. Aria mendengus. “Ha.. ambillah, aku beli baru je” . Dia menyangkut beg tepi di bahunya. Sudah bersiap ingin pulang.

Hari ini, Aria tidak mempunyai mood hendak melayan sesiapa. Dia geram dengan Mia yang sering sibuk akhir-akhir ini. Seringkali, dia bersendirian. Makan sendiri, balik pun sendiri. Bila ditanya buat apa, Mia tidak pernah memberikan jawapan yang dapat memuaskan hatinya.

Qaiyum meletakkan pen di atas meja Aria. “Ambillah, aku gurau je. Saja nak tengok muka kau harini” . Qaiyum berlalu sambil mengangkat tangan.

Mata Aria mengekori susuk bayang Qaiyum sehingga hilang. Aria menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang pen birunya.

“Dah kenapa dia tu? buang tabiat? ” gumam Aria sendirian. Dia mengambil pen lantas dimasukkan ke dalam poket baju sekolah. Begnya sudah dizip. Hendak buka semula, rasanya malas.

Aria terus berjalan menuruni tangga. Setibanya di bawah, dia melihat susuk Qaiyum sedang bersembang bersama sahabatnya, Mia. Lebih geramnya, Mia tidak kelihatan sibuk pun.

Aria mendekati mereka. “Mia, tak sibuk ke?” . Aria menjongketkan keningnya dan memeluk tubuh.

Mia menoleh dan tersenyum. “Hari ini aku free. Aku tunggu kau turunlah tadi. Sambil itu, aku sembang dengan Qai” Mia menjawab lalu mengambil tangan Aria untuk memujuknya.

Aria memandang Qaiyum dan Mia bersilih ganti. Wah, Mia dah panggil Qaiyum sebagai Qai. Nampak sangat mereka ini sudah berteman rapat.

“Kau ni Mia, tak risau ke Kimi nampak kau dengan lelaki lain? ” Aria bertanya. Mia menjongketkan bahu. “Dia tak adalah kisah mana. Aku faham dia , dia faham aku”

Aria menggeleng. Tidak faham dia dengan hubungan mereka. Sebab inilah dia lebih memilih lelaki yang posesif. Dasar KiMia.

Mia menarik tangan Aria untuk pulang. “Bye Qai, aku dengan Aria balik dulu”

Qaiyum senyum dan memandang Aria. Berkerut dahi Aria. Qaiyum membuat gerak mulut

“Nanti chat aku”

Aria mengangguk seraya membalas

“Kalau aku nak lah”

Qaiyum tersenyum lagi. Dia melambai tangannya. Aria berpaling dan berjalan seiring dengan Mia.

Dalam perjalanan pulang, masing-masing antara mereka tidak mengeluarkan sepatah kata. Aria tidak mempunyai topik hendak diutarakan. Walaupun dalam benaknya, seribu satu soalan hendak ditanya tentang Mia yang sering sibuk. Namun, dipendam sahaja. Malas hendak panjangkan cerita.

××××

Angin berhembus mendayu-dayu bermain di anak rambut Aria. Aria yang duduk di tingkap bilik memandang sekeliling halaman rumah.

Fikirannya serabut memikirkan Mia. Mia adalah sahabat pertamanya ketika dia mula-mula masuk ke sekolah itu.

Imbas kembali

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now