Bab 10

1.7K 56 0
                                    

Aria mendekati Qaiyum yang terduduk di tanah. “Aria, jangan dekat dengan dia..” suara Jay perlahan namun dapat ditangkap Aria. “Kejap je, kalau dia adalah Qai, Qai takkan buat macam tu..” Aria memandangnya kembali. Tambahan, jika itu adalah Qai, Qai mungkin dapat tolong mereka keluar dari tempat itu. Ya, Qai lebih baik. Itulah prasangka Aria.

Aria berjalan mendekati Qaiyum yang menundukkan kepalanya. Dia bercangkung di depan Qaiyum. Tangannya menggeletar namun tetap digosok belakang badan lelaki itu. Sejuk.

“Qai, bukan salah awak.. ” ujarnya.

“But.. I trapped you..” suara Qaiyum perlahan. Aria menggeleng laju. “Bukan awak, tapi Hariz dengan seorang lagi tu”

“Bukan salah diorang juga. Salah saya.. sebab terlalu baik bagi peluang dekat diorang ambil alih tubuh ni..” Aria menggosok lagi. Kali ini dia mati kata.

“Ya.. ini salah saya.. salah saya------ salah kau”
Suaranya berubah. Aria terkejut lantas ingin berdiri namun ditarik semula Qaiyum. Aria jatuh ke pelukannya. Meronta-ronta gadis itu minta dilepaskan. Qaiyum meragut rahang Aria dan memaksanya menelan sebutir pil.

Dushhh! Tumbukan tepat mendarat di muka Qaiyum. Jay datang sambil memegang perutnya. Dia menarik Aria menjauhi Qaiyum.

Qaiyum tersenyum. “Ahh.. lupa aku yang kau ada” dia menggosok bibirnya yang berdarah dan mulai lebam.

“What have you done to her?!” Jay memandang wajah Aria dan bertanya jika pil itu sudah dipaksa telan atau belum. Aria mengangguk perlahan. Dia yang terkejut tidak menyangka situasi itu akan terjadi. Dia risau akan tubuh badannya. Pil apa yang ditelan? kesannya? boleh mati?

" Ah.. kenapa kau masuk campur? wanna play along? hurm..? " Qaiyum memandang Jay. Dia juga mengepal tangannya kerana geram akan terlepas pegangan daripada Aria

Peluh dingin mengalir ke serata tubuh Aria. Pandangannya dihalang oleh tangan besar milik Jay.

"Err.. Jay, tolong lepaskan tangan you. I can barely  breath"

Jay membuka pandanganku namun tangannya tetap memegang tubuhku dengan erat. Risau sekiranya ada kejadian tak diingini berlaku.

Qai memandangku sambil senyum. Bulu romaku menaik.

"Aria~ ..don't you have a feeling for me? hurmmm? " Qai membuat muka sayu.

Fake! Fake!

Qai berjalan kearahku sambil mendepangkan tangannya. "Come here..”
Jay semakin mengeratkan pegangannya pada Aria. Mata Aria melirik pada perut Jay. Darah semakin banyak. Jika diteruskan, Jay akan pengsan!

“Aria, kenapa taknak pilih aku? kenapa dia? dia bagi apa je dekat kau? aku rasa tak ada..” Qaiyum berbicara. “Yang suka kau tu aku, kalau kau tahu siapa mamat tu sebenarnya.. aku yakin kau pun taknak dia. ” Aria pelik. Baginya, siapapun Jay dia tetap akan terima.

“Ini masalah jatuh cinta, Qai! Awak tak boleh nak paksa perasaan pada orang. Kalau orang tu tak suka awak, awak tak ada hak nak ubah dia jadi suka pada awak! ” Aria meluahkan rasanya. Ya, tak ada orang pun yang mempunyai hak sebegitu. Perasaan cinta itu hadir secara tulus. Hadiah dari Tuhan.

Qaiyum menggigit bibirnya. Matanya tajam mencerlung ke arah Aria. “Kau cakap macam tu sebab kau tak faham perasaan aku. Kalau kau jadi aku pun, kau akan buat benda yang sama! ” jarinya digigit.

“Aria tak macam kau, Hariz. Dia terima siapapun dan apapun. Kau dengan Zakir hampir tak ada beza. Kadang, aku pun keliru apa sebab alter baru kau boleh bertambah” suara Jay menyampuk. Qaiyum menjeling kearahnya. Salahkah dia hendak memiliki Aria? Salahkah dia hendak memilih cintanya sendiri. Kalau bukan ini jalannya, apa lagi mahu dilakukan?

“Kau ni tak puas mati lagi ni.. ” Qaiyum datang mendekat pada Jay. Jay memeluk rapat Aria ke tubuhnya. Qaiyum semakin geram melihat Aria yang seolah merelakan dirinya dipeluk sedangkan ketika dia memeluk Aria, Aria menolaknya sekuat hati.

Di tangan Qaiyum sudah terdapat pistol yang digunakannya tadi. Entah sejak bila dia ambil, tiada yang perasan. Dia menujukan pistol kepada Jay. Jay memandang sinis. Tangannya meraba poket belakang.

“Oi oi, buat apa tu. Lepaskan tangan kau dari Aria.” arah Qaiyum. “Kau boleh jamin keselamatan dia?” tanya Jay kembali. Sudahlah tadi disumbat pil pelik kedalam mulut Aria. Dirinya risau sekiranya hal yang lebih teruk terjadi.

“Sebab aku sayang dia, aku takkan buat benda pelik-peliklah! ” dia geram.

Jay melonggarkan pegangannya pada Aria. Aria cuba menstabilkan badannya namun gagal. Dia jatuh terjelopok ke tanah. Kepalanya pusing. Pandangan matanya kabur.

“Aria!” serentak suara Jay dan Qaiyum menerpa ke telinganya. Dia merasa bingit. “Shh.. diam sikit..” matanya mulai tertutup. Kesedarannya hilang. Jay kembali memegang Aria.

“Kau bagi pil apa tadi dekat dia?! ” jerit Jay. Qaiyum terkejut. Dia tidak pernah nampak Jay marah sebegitu teruk. “Tidur..mungkin..? ” jawab dirinya tak begitu yakin.

“Aria bangu-” suara Jay terpotong melihat dua kereta polis dengan laju meluncur masuk ke perkarangan kawasan itu. Matanya melirik pada Qaiyum yang tampak menggigil.

Sejak bila polis tahu tempat ni? Sengal ni panggil diorang ke? Tak boleh! tak boleh! aku kena lari. Aria, im sorry but i will catch you later! gumam bibirnya. Dia berlari. Namun belum sempat dirinya hilang ditelan bayang, satu peluru ditembak tembus ke pehanya.

“Arghhh! Sh*t! ” Qaiyum mengaduh. Dia bangun dan berjalan terjungkit-jungkit sambil memegang pehanya. Dia tidak boleh ditangkap disini!

Suppppp!

Satu lagi peluru mendarat di peha kirinya. Kali ini dia rebah. Ingin bangun pun terlalu sakit. Beberapa orang anggota polis mendekatinya dan menahannya. Dia tidak boleh melawan. Jika menggunakan pistol pun tak ada gunanya. Terlalu ramai untuk pistolnya menembak.

Qaiyum rebah ditahan. Dia memandang Jay yang memeluk Aria. Mata mereka bertemu. Jay menggerakkan bibirnya.

'I will beat you later even you in a jail' itulah apa yang difahami Qaiyum. Dia sengih. Bagaimana mungkin Jay mampu membelasahnya jika dia sudah berada di dalam penjara?

Dia memandang ke Aria yang tidak menyedarkan diri. I'm sorry Aria..

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now