Bab 3

2.3K 96 0
                                    

Klik!

Bunyi kamera menangkap gambar seseorang kedengaran. Lelaki itu tersenyum.

“Found you.. dear” lelaki itu berbisik sendirian. Tangannya membuka laci kereta dan menyimpan semula kameranya.

Gambar polaroid yang berada di tangannya diangkat ke mulut dan dicium. Matanya dipejamkan seolah-olah membayangkan individu yang berada di dalam gambar.

“Patut dah ke aku mula langkah pertama?” Lelaki itu berbisik lagi. Matanya mengerling ke arah seorang gadis di luar tingkap kereta.

Dia menyandarkan kepalanya di stereng kereta dan memandang gadis itu sambil tersenyum.

Gadis itu sedang duduk sendirian bersama air botolnya. Barangkali baru habis berjoging. Pakaiannya juga ada yang terkena peluh.

Namun, senyumannya pudar melihat seorang lelaki lain mendekati gadis kesukaannya. Gadis itu turut mengekspresikan wajahnya dengan muka ceria.

Lelaki itu menggigit kuku jarinya. Matanya mencerlung marah tajam kearah lelaki yang duduk disebelah gadis itu.

“Dah siapa pula ganggu ni!” Dengus dirinya. Kukunya terus digigit. Perasaan cemas menyelubung dirinya.

Dia memukul stereng keretanya dan menekan minyak untuk pergi berlalu.

“Just wait babe.. ” matanya masih menahan amarah. Keretanya hilang menuju keluar pagar taman.

××××

“Ahhhhh..” Aria melepaskan nafas lega. Dia merehatkan badannya di atas bangku taman. Dia memandang air botolnya sendiri.

Tak cukup rupanya satu botol.

Matanya turut memandang ke arah taman. Pada hari ini, lebih ramai orang datang dari hari sebelumnya. Mungkin sebab pihak berkuasa dah naik taraf dan baiki beberapa alatan permainan.

Aria tersenyum. Tidak apalah, itu lebih baik daripada sendirian. Seram juga datang taman sendirian walaupun matahari tepat atas kepala.

“Aria! ” Aria menoleh kearah si pemanggil. Jay berbaju t-shirt hitam bersama seluar slack muncul. Lelaki itu turut mengenakan topi.

Peluh yang mengalir di lehernya memberi tahu Aria bahawa Jay turut berada di taman untuk bersenam atau berjoging. Aria senyum.

“Wah datang taman juga ke? ” Jay mengangguk. “Awak dah tamat larian ke?" Jay bertanya. Dia memandang botol air Aria yang sudah kosong.

Aria menggeleng. Niatnya mahu sambung beberapa pusingan lagi. Dirinya cuma mahu mengambil beberapa nafas dan rehat sebentar.

“Skip jelah, sambung esok esok. Awak bukan gemuk pun” Jay membalas. Dia memandang Aria dari atas ke bawah. “kecuali pipi” Jay menyambung sambil tersengih.

Aria menajamkan matanya pada Jay. “Eh, suka hati je. Pipi saya kurus okay.  Kawan sayalah yang pipinya chubby” Fikirannya melayang teringatkan Mia. Mia katanya hendak teman tapi entahlah tiba-tiba ada urusan lain. Bila ditanya, urusan keluarga.

“Maknanya dia lah kena berjoging dekat sini, bukan awak” Jay berseloroh. Aria ketawa. Iya tak iya juga.

“Saya nak pergi singgah F Mart ni. Beli air dan barang sikit. Nak ikut? ” Jay mengangkat kening pada Aria.

Possesive or Obsessive ? [✓]Where stories live. Discover now