P&P 2 : «21«

199 19 7
                                    

5 tahun berada di luar negara, move on? Jangan haraplah. Patah hati paling dalam adalah patah hati cinta pertama. Bukan perkara mudah untuk melupakan Amira.

Bukan nya tidak menerima takdir namun semua terjadi begitu cepat. Atau lebih mudah cepatnya Amira move on.

Jika cinta itu benar ikhlas, takkan semudah itu.

Di UK, banyak yang sudah mengubah diri Aqmar. Aqmar yang dari jahil dari segi agama dan kurang bimbingan agama sekarang sudah khatam Al-quran 2 kali dan sudah menghafaz 10 juzuk Al-quran. Bangga dengan dirinya sendiri.

Disini Aqmar tinggal bersama housemate yang juga dari Malaysia. Berkenalan ketika Aqmar mula menjinakkan diri untuk datang ke masjid berdekatan rumahnya.

Uwais namanya.

"Abang nak mengemas pergi mana ni?"

Soal Uwais pelik, kebetulan Uwais terlalu di depan bilik Aqmar. Aqmar yang nampak sibuk mengemas barangnya menjawab tanpa memandang.

"Abang nak balik ke Malaysia sekejap. Seminggu je kemudian balik semula UK"

"Sebab?"

Tanpa disuruh, Uwais duduk di katil king milik Aqmar. Katil yang sentiasa nampak kemas, bak kata orang kebersihan itu sunnah nabi muhammad saw.

"Tah lah, rindu malaysia agaknya. Kemudian nak ke Thailand jumpa adik angkat abang. Dia baru kehilangan ayahnya.."

"Ohhh yang ajar abang tu ke? Apa nama dia? Tuan Guru Nik?"

"Arwah Tuan Guru Nik. Ya dia dah meninggal sakit tua."

"Innalillahwainaillahirojiun, adik abang macam mana?"

Aqmar mengangkat bahu sebagai jawapan singkatnya. Sedang mengemas tiba tiba sekeping gambar berukuran passport yang pernah dia curi dari dompet Amira dahulu terjatuh ke lantai.

Uwais sekadar memandang sekilas. Cepat cepat Aqmar mengambil lalu simpan ke poket nya.

"eh tunang abang ke tu?"

Pipi cengkung milik Aqmar berona merah, malu atau marah?

"Ish tak la"

"Habistu?"

"Ish takde siapa lah uwais, dah abang nak sambung kemas, 3 pagi abang gerak ke Malaysia."

"Eleh ex lah tu"

Cepat cepat Uwais berlari dari situ. Walaupun Aqmar baik tapi boleh juga jadi garang.

Gambar Amira tadi dikeluarkan semula, sempat Aqmar menoleh ke pintu biliknya kalau kalau Uwais masih disitu.

Tiada lagi senyuman di bibirnya apabila melihat Amira, tiada lagi angan angan bersama Amira, tiada lagi rasa namun cinta masih tersisa.

Sedikit demi sedikit dia harus terima bahawa Amira sudah milik orang lain.

Mana tau, ada bidadari di UK ni boleh jadi isterinya hehe.

***

Sampai di KLIA jam 5 petang waktu di Malaysia. 13 jam di dalam persawat mahu tercabut tulang punggung.

Tempat pertama dia akan pergi ada ke sunway pyramid. Disana ada restoran kegemaran nya. Aishhh rindu nya makanan Malaysia!!

Cuma mengambil masa selama setengah jam untuk tiba di Sunway Pyramid. Suasana disini tiada perubahan. Bukan cuma dia sahaja yang berubah.

Berubah hensem mungkin hihi.

Sedang berjalan, tiba tiba seorang perempuan berambut pendek dan bertopi. Aqmar berhenti bergerak. Begitu juga wanita itu.

Tiba tiba perempuan itu menoleh ke arah Aqmar. Kening wanita itu terangkat sedikit.

"Amira?"

"Do i know you?"

Uish lain sangat ka diri ini sehingga Amira sendiri tak kenal dia.

"Amira kan?"

"Ye.. and who are you weirdo?"

"Aqmar."

***

"Lama tak nampak awak. Awak marah kan saya dan Adam?"

"Saya urm sambung belajar ke UK"

Bohong Aqmar, aish takkan nak kata membawa hati yang lara ke UK! Malu lah!

"Awak dan suami awak okay?"

Amira tersenyum kecil. Amira tahu yang Aqmar masih marahkan Adam, Aqmar mengunakan perkataan suami dari nama kawan baik nya sendiri.

"Alhamdulillah okay je."

"Dah ada anak?"

Tiba tiba soalan itu meluncur laju dibibir Aqmar. Tidak tau kenapa tapi dia inginkan jawapan untuk itu.

"Iya sudah, ikutkan dah 3 tapi 2 gugur sebab rahim saya tak kuat selepas banyak kali gugur pasal hal dulu."

Aqmar mengangguk kecil. Atas kesalahan nya juga. Pasti yang gugur itu juga ada anak hasil ayahnya sendiri. Keji betul orang tua itu.

"Oh apa nama anak awak? Mesti comel macam mak dia hahaha"

Senyuman ikhlas terlukis dibibir Amira. Dia gembira dapat berjumpa dengan Aqmar yang dahulu walau sekarang takdir memisahkan mereka.

"Mesti lahh!! Nak tengok ke?"

"Nak"

Senyuman berat dilukiskan. Walaupun hatinya sedikit pedih namun melihat senyuman itu hatinya lega.

Sekurang kurangnya wanita kesayangan nya bahagia bukan?

Dan mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Mungkin Allah mahu hadirkan senyuman ikhlas buat kedua dua insan ini.

Cinta yang mematangkan mereka.

Tbc

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now