P&P 2 : «13«

303 21 14
                                    

Tepat jam 7 pagi Aqmar masuk ke tempat latihan. Tempat ini memang nampak terbiar namun tersusun didalam. Tok cek juga seorang yang suka segalanya kemas. Jadi dari tok cek juga lah dia belajar untuk mengemas segala peralatan yang dipakai.

Tidak lama dari Aqmar datang.. Saria pula sampai. Wajahnya agak tenang tidak sedingin semalam. Sudah lengkap dengan sport bra dan seluar pendek paras lutut. Kemeja yang tidak dibutang itu dibiarkan.

Sejujurnya Saria sangat berbeza dengan Amira. Amira agak sopan, manis wajahnya. Rambut sepanjang belakang badan yang sering diikat ekor kuda dan baju nya juga sopan walaupun tidak bertudung.

Semua tu buat Aqmar jatuh hati pada Amira.

"Dah makan?"

Saria mengangguk sambil melilit tali tebal di tangan nya. (Pls imagine cara pakai macam orang muay thai)

"Pagi ni aku taknak terlalu berat.. berlatih yang mana kau tahu je."

Saria tidak membalas. Kepala nya penuh dengan tanda tanya.

"12 tahun lepas kau belajar muay thai.. untuk apa?"

Aqmar terhenti kerja nya saat soalan itu diajukan.

"Kau nak tahu?"

Saria sekadar mengangguk sebagai jawapan yang dari semalam terbuku.

"Ayah aku ketua 'gangster' dekat Ipoh.. dia minta Tok Chek ajar aku muay thai untuk teruskan generasi dia. Tapi aku nak keluar dari dunia gangster tu.. "

"Kenapa? "

"Sebab Amira.. dia yang ubah aku ke arah kebaikkan"

"Kenapa dia kena culik?"

"Ayah aku ada masa silam yang pahit. Dia benci perempuan.. aku dah cuba untuk jaga Amira.. tapi ayah aku satu langkah lebih atas"

"I think she's really kind."

Aqmar tersenyum nipis.. Amira baik..

"Aku nak ke belakang sekejap.. "

Saria tidak menghalang. Wajah Aqmar bagai memberi jawapan untuk segalanya.

Mata Saria berkelip lambat sebelum menyambung melilit tali.

***

Waktu menunjukkan pukul 7 malam. Latihan sudah selesai. Aqmar mengajak Saria makan malam di Bangkok. Saria tidak menolak memandangkan dia mula selesa dengan Aqmar.

"Naik motor aku."

"Amira pernah naik motor kau?"

"Pernah, tapi dia tak suka"

Saria tersenyum senget sebelum menunggang superbike milik Aqmar.

"Kenapa kau tanya pasal Amira?"

"Sebab aku rasa aku suka dia.. i mean her personality "

Aqmar tidak membalas. Sejujurnya dia taknak topik Amira dibual sebab dia akan merindukan wanita itu tapi seberapa lama dia harus menanggung?

"Kau boleh je kan makan tomyam?"

Saria mengangguk sebagai balasan. Bagus lah tidak memilih.

Aqmar kaget apabila kedua dua tangan Saria memeluk erat pinggang nya. Aqmar tidak menolak. Hanya membiarkan.

Saria tersenyum manis.

***

Aqmar menghempaskan tubuhnya di atas katil. Bunyi spring di dalam tilam kedengaran.

Badan nya lenguh. Seharian berlatih. Telefon miliknya dikeluarkan lalu dibuka galeri. Gambar Amira yang ditangkap nya semasa mereka di kedai makan bulan lalu.

Manis.. rambut ikat kuda yang menawan. Mata bulat berwarna coklat, hidung mancung dan bibir kecil yang comel.

Betapa sempurna nya Amira.. seketika matanya tertutup rapat. Terbayang bagaimana seksa nya Amira membuat benda terkutuk dengan ayah dan orang bawahan ayahnya sendiri.

"Bertahan.. nanti aku cari kau.."

Gambar Amira di dalam telefon itu diusap dengan senyuman yang nipis. Betul kata orang.. bila terlalu membenci pasti akan muncul rasa sayang.

Kerana susu yang tertumpah dibaju pun boleh Aqmar mengelarkan Amira sebagai mak lembu.. betapa benci nya dia pada Amira ketika itu.

Telefon Aqmar berdering kala dia masih teringat tentang Amira. Nama pemanggil yang hampir membuat nya mencarut.

Adam.

"Aqmar.."

"Kau nak apa sia*"

"Dengar dulu apa aku nak cakap.."

Aqmar tidak membalas.. dia bangkit dari baringan.

"Sumpah aku tak ada bagitahu ayah kau tentang Amira.. walaupun ya aku sakit hati sebab dia suka kan kau dan bukan aku tapi aku tak jahat nak tikam belakang kau Aqmar.."

Sebulan yang lalu,

Afiq keluar dari bilik nya dengan wajah cemberut. Sebungkus plastik pad wanita jenama kotex itu diletak di atas meja.

Dalam masa yang sama Adam yang baru balik itu terbuntang matanya memandang pad wanita itu. Seingat nya dia dah bawa keluar semua barang peribadi Amira.

"Siapa punya?"

Tanpa memandang Adam.. Afiq bersuara dingin.

"Tak tahu tuan."

Tanpa banyak soal afiq terus keluar dari rumah dan Adam pasti yang Afiq sedang meminta bantuan dari orang orang nya untuk mencari siapa perempuan yang sudah masuk ke dalam rumahnya.

"Aku sumpah tak bagitahu apa apa.. terpulang kau nak percaya atau tak.. tolong lah Aqmar jangan benci aku."

Aqmar mengigit kuku telunjuk nya.

"Adam.. Amira kat sana okay?"

"Dia okay.. aku dengar Ayah kau nak lacurkan dia"

"F*ck.."

"Tapi kau jangan risau.. nanti aku bincang dengan ayah kau.. kau bila nak balik?"

"Lambat lagi.. mental aku koyak.. aku tahu aku sampai sana semua mati dekat tangan aku"

Adam menelan liur kelat. Tak pernah dia lihat Aqmar terlalu serius walaupun mereka dah kawan lama.

Aqmar meletakkan panggilan. Dia menyebak rambut nya kebelakang. Afiq.. sangat pandai. Satu anak tangga lebih atas dari nya.

Gambar amira kembali dibelek.. tiba tiba sekeping gambar Saria muncul. Gambar ketika makan di Bangkok sejam yang lalu.

Entah bila ditangkap namun hati Aqmar terpaku sekejap. Jantung nya mula berdegup perlahan. Satu rasa yang susah untuk diungkap kan.

Rasa yang..

Ada semasa pertama kali berjumpa dengan Amira.

Rasa.. jatuh hati?

Tbc
Aqmar ni nak kata kaki perempuan tak, tapi semua dia nak 😌.

Btw ingat nak publish seminggu lepas masa birthday tapi busy.. cerita dah siap tapi lupa nak publish adehh maaf.

Terima kasih yang support, jangan lupa vote hihi 🥰

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now