P&P 2 : «3«

680 33 4
                                    

Aqmar memandang Adam di katil sebelah. Matanya memandang kembali siling.

Tangan di lagakan.

"Adam. "

Panggilnya

"hm?"

Adam yang sudah menutup mata itu menjawab, orang nak tidur dok panggil panggil. Ish!

"kau.. Emm pernah bercinta tak? "

"tak. "

Laju dia menjawab. Aqmar diam tanpa kata kata.

Wajahnya berkerut, pelik dengan diri sendiri. Wajah awek lembu yang masih tidak diketahui bermain di minda nya.

Kenapa kerap sangat aku jumpa dia?

Tapi perempuan macam dia, bila dipandang sekali rasa geram nak tampar tampar sebab sengih sengih!

2 kali pandang rasa tenang dan rasa macam..

"kenapa? Kau dah ada girlfriend ke?"

Suara Adam mengejutkan Aqmar. Aqmar mengeleng laju.

"ehhh tak ada makna! Boss marah nanti. "

"em okey lah. "

Mereka diam lama, Aqmar menguap kecil sebelum mengiringkan badan. Mahu tidur.

"esok ikut aku ke pasar raya. Nak jumpa awek cun yang kau cakap tu."

Aqmar terkedu.. Emm

"aku-"

"goodnight. "

Tahu yang Aqmar ingin menolak, laju Adam memintas.

Tiba tiba sampai satu perasaan yang sukar diucapkan.

Perasaan cemburu ke?

***

"dia ada dekat rak susu tu.. Kau pergi lah aku tinggu sini "

Beritahu Aqmar, malas dia mahu masuk ke dalam pasar raya ni. Gila ke pukul 11 pagi dah terpacak depan pasar raya ni? Baik aku tidur.

"masuk lah sekali, aku jarang datang tempat macam ni. "

"kau masuk jela, jalan pusing pusing. Jumpa budak pakai costume lembu ha dia lah tu. "

Adam bercekak pinggang sebelum matanya merenung Aqmar didepan nya. Marah ni marah!

"eiiiii! Yela, aduh! "

Aqmar menjeling sebelum berjalan melepasi Adam. Adam tergelak suka.

Sampai di rak susu, Adam menarik Aqmar supaya menyorok.

"kau pahal? "

"nanti dia nampak. "

"lepastu kau nak tengok dia ke tak?"

Aqmar mula fed up, mengada betul orang tua ni.

"nak hehe"

Amira yang tengah menuang susu strawberi di dalam cawan kecil terkejut dengan kehadiran dua jejaka yang tampan itu.

"ehh awak! Hii! "

Amira melambaikan tangan nya di depan muka Aqmar. Aqmar laju menepis tangan tu.

"ish kau ni, ye hi. "

"hehe."

Amira tergelak comel, matanya terpandang Adam yang sedari tadi merenung nya.

Bagaikan waktu bergerak lambat, mata Amira yang berkedip perlahan itu buatkan jantung Adam seperti mahu keluar!

Mata mu mengingatkan ku
Saat pertama kali ku lihat mu.
Dan jujur ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now