P&P 2 : «18«

301 25 30
                                    

Amira mengetuk pintu bilik Adam. Tangan nya setia memegang hujung baju nya. Senyuman kecil dilukiskan.

Pintu dibuka selepas 20 saat. Wajah Adam yang baru selesai mandi dan masih bertuala paras pusat itu mengangkat dagunya. Tuala kecil mengelap rambut yang basah.

Amira memandang wajah Adam yang basah. Hidung mancung dan mata tajam itu menjadi tempat fokus nya. Liur ditelan.

"Aa..um awak nak pergi mana?"

"Keluar sekejap.. kenapa?"

Amira mengetap bibirnya. Segan untuk memberitahu hasrat sebenar.

"Kenapa ni Amira?"

Adam bertanya. Sebelah tangan nya menahan pintu. Kaki disilang. Mata setia memandang anak mata bersinar milik Amira.

"Emm.. bawa saya keluar boleh?"

Kening Adam ternaik sebelah.

"Kau nak kemana?"

"Saya bosan.. saya nak keluar.. tapi kalau awak tak boleh bawa saya keluar saya boleh pergi sendiri"

" no no, aku boleh bawa kau keluar. Pergi bersiap. Aku nak pakai baju jap"

Amira tersenyum sebelum mengangguk. Adam turut tersenyum sama. Terbantut hasrat nya yang ingin ke rumah urut.

***

Amira tersenyum manis sambil memandang Adam yang sedang memandu. Mana tidak, Adam nak bawa dia ke Sunway Pyramid!!

"Aku tahu kau happy.. tapi jangan tenung macam tu."

Amira tetap memandang wajah kacak Adam. Kedua dua tangan nya dimainkan bersama.

"Thank you awak!! Lama saya tak pergi mall hehe"

Adam menoleh ke arah Amira sekejap sebelum terkeluar tawa kecil nya.

"Suka?"

Laju Amira mengangguk.

Dapat sahaja parking di bawah tanah, mereka berdua keluar dari perut kereta. Sempat tangan Amira dipegang sebelum melintas ke seberang untuk masuk ke mall.

Amira memandang tangan nya yang dipegang erat oleh Adam. Entah kenapa muncul rasa yang sama seperti dia berpegangan tangan dengan Aqmar.

Amira juga perasan, apabila dengan Adam dirinya macam dijaga rapi dan disayangi walaupun Adam tidak menunjukkan nya.

Amira suka.. Adam?

"Amira.. aku tanya ni."

Amira tersentak lalu memandang wajah Adam yang tinggi darinya itu. Mungkin tinggi Adam 186 dan ke atas sebab jauh bezanya dengan dia yang cuma 163 cm ini.

"Aaa awak tanya apa?"

"Aku tanya kau nak makan aiskrim tak?"

Amira tersenyum lalu mengangguk laju. Adam sempat membetulkan rambut Amira yang diikat ekor kuda itu. Cantik.

Wajah Amira memerah tatkala sentuhan hangat itu terkena pipi nya.

Ya, Amira suka Adam.

***

"Abang? Mana Saria?"

Soal Sarah sejurus selepas dia masuk ke dalam tempat latihan itu. Matanya sempat meliar ke setiap sudut tempat latihan mana tahu Saria mungkin berada di sana.

Tempat latihan ini menggunakan cahaya yang terhad. Jadi kena lihat beberapa kali untuk memastikan nya.

"Tak, Saria nak berehat katanya."

"Abang tak rehat?"

Aqmar tergelak kecil sebelum menunjukkan gambar Amira yang berada di kaca telefon bimbitnya.

"Tengah rehat sambil tengok kesayangan"

Sarah menahan senyum lebarnya.

"Untungggg lahhh orang tu ada kesayangan!"

Sarah memerli selepas duduk bersebelahan Aqmar. Aqmar sebagai memberi pandangan biasa. Wajah Amira dibelek belek lgi.

"Bila nak balik ke Malaysia?"

"Emm tak sure lah. Kenapa?"

"Takde.. cuma bertanya—"

Telefon milik Aqmar diambil lalu dipandang wajah cantik milik Amira.

Telefon milik Aqmar diambil lalu dipandang wajah cantik milik Amira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Cantik nya dia.."

Ujar Sarah lagi. Jujur tak penat memuji Amira kerana kecantikkan yang dimiliki olehnya sangat sangat luar biasa.

"Nak tahu tak macam mana abang boleh jumpa dia?"

Mata Sarah bersinar ingin tahu. Mesti sweet!

"Dia dulu kerja dekat super market.. kerja pakai costume lembu! Hahahaha abang benci dia sebab dia paksa abang minum susu. Tapi sekarang abang sayangkan dia melebihi segalanya. Tengah tunggu masa yang sesuai untuk kahwin dengan dia. Doakan abang tau"

Sarah mengangguk perlahan. Sebak hatinya mendengar. Sarah mahu yang terbaik untuk abangnya dan mendoakan segala perit yang dilalui nya diganti dengan kegembiraan.

"Sayang adik abang."

Badan sarah dipeluk erat lalu dahinya dicium sekali.

Wajah Amira dipandang lagi.

***

Amira mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuka camera untuk menangkap gambar ais krim yang dibeli oleh Adam.

"Thank you awakk!"

"Sama sama"

Rambut Amira diusap lembut sambil senyuman manis terlukis di wajah Adam.

Gembira hatinya dapat melihat senyuman manis milik Amira lagi. Dulu dia rasa Amira akan jadi agresif dan tidak akan tersenyum lagi. Jujur Amira layak mendapat kebahagian.

"Aku suka tengok kau senyum.. cantik"

Amira malu dengan pujian itu. Dia kemudian nya menghulur aiskrim kon tadi kepada Adam. Adam mengangkat kening sebelah.

"Nak?"

"Takpe, awak makan lah"

"Ha?"

Hati Amira bagai dipanah petir. Ulang? Awak?? Adam cakap awak??

"Awak cakap apa?"

"Mana ada cakap apa."

"Tipuuu saya dengar!!"

"Kalau dengar kenapa tanya?"

Amira menjeling mengada sebelum sambung menjilat aiskrim nya.

"Saja, nak kepastian."

Adam tergelak. Comel nya budak kecil ni!!

Kini, Adam yang hatinya sangat dingin dan tidak menyukai perempuan, jatuh cinta pada wanita yang bernama Amira. Cinta pertamanya ❤️

Tbc
Korang nak amira dengan siapa? Aqmar ke adam?

Cuba vote nak lebih cerita tentang Aqmar atau Amira dan Adam? Hehehe 😜

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now