[30] psycho

1.4K 71 45
                                    

Suasana di dalam kelas agak bising

Am menunduk.  Ariana memasukkan ke dua dua belah tangan ke dalam poket.

"hei hei hei!!  Jangan jadi monyet eh.  memekak bising bising apa?!" jerkah Ariana dengan kuat.  Semua pelajar dalam bilik itu diam serta merta. 

"shhh shh"

Am terus senyap 100%. Wt-apa jadi dengan Ariana?

Ariana duduk di tempat asal nya am hanya mengikut Ariana dari belakang.  Seorang pelajar lelaki disebelah Ariana berdiri

"err... Silalah duduk" kata lelaki tu pada Am.  Dia tersenyum janggal lalu mengambil tempat duduk di bahagia belakang kelas.

Am jadi serba salah "tak apa saya akan duduk di situ" kata am. lelaki tu diam,  dia mengalihkan pandangan ke arah Ariana.

"dah dah kau duduk je sini budak baru.  biar dia je duduk sana. Boleh kan?  " kata Ariana dia senyum sinis ke arah lelaki tu.  Lelaki tu laju mengangguk

Am duduk di tempat lelaki itu.  Dia berdehem kecil.

Sayang, handsome tapi dengan perempuan takut.

Seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas. Dia membetulkan suara "ok pelajar.  Saya baru dimaklumkan ada pelajar baru.  Dah sampai? " soal guru lelaki tu.  Am berdiri. Dipandang nametag lelaki tu 'alif'

"jadi kamu budak baru" am mengangguk

"saya amelia syuhadah.  Saya harap kita boleh jadi kawan" am senyum memandang mereka semua.

Ariana menjeling "bosannn" kata Ariana dengan muka toya nya.  Am terdiam. Tak semua pelajar terdiam termasuk encik alif

"dah amelia awak dah boleh duduk.  Am memandang sebelah tempat duduk nya ada seorang lelaki yang agak sasa sedang merenung Am.

Ariana memandang am "tu hairul, pelajar paling handsome dan sasa setakat ni.  Dia orang pertama pernah melawan cakap aku, biadab" kata Ariana dia mendenggus kasar.  Geram

"apa maksud kau? "

"aku boleh dikatakan gangster juga rekod disiplin aku jangan cakap lah boleh masuk Guinness world record. " am mengeleng

"kau perempuan kan?  Jaga lah perangai" bidas am. Makin melampau perempuan di hadapanya

"blablabla boringgg" am menelan liur. Eish!

Encik Alif berdehem kuat.

"dah habis amelia?  Ariana? "

Reen mengeleng "aduh orang tua ni kacau" Ariana berkata perlahan. Ariana tiba tiba minta izin ke tandas.  Belum sempat encik Alif berkata apa apa.. Ariana sudah keluar dahulu.

Tiba tiba tangan am disentuh.  Am menoleh "macam mana kau boleh rapat ngan dia?  Setahu aku dia tu tak suka berkawan? " lelaki disebelah nya menanyakan soalan. Hairul. Am mengangkat bahu

"tah lah semalam baru saya pindah kesini.  Dekat dorm dia ok walaupun biadab sikit" lelaki tu mengohkan sahaja

"apa yang jadi dekat dia kenapa dia jadi lelaki secara tiba tiba" lelaki itu membuat muka poyo.  Eh dia ni.

"dia jadi macam tu lepas putus cinta.  100% jadi lelaki lepas kejadian tu.  Semua takut dengan dia"

"dengan siapa" lelaki tu gelak

"dengan aku"

Am mengeleng "sebelum ni dia macam mana? "

"dia pandai, rekod disiplin kosong dan bertudung. Lepas kejadian tu pelajaran kurang baik, tak bertudung dan tingkah laku yang agresif.  Kalau seorang guru yang dia tak suka dia akan ambil tau pasal latar belakang yang tak elok tentang guru tu dan sebarkanya.  Em macam sekarang" am memandang Ariana yang sudah pulang dari tandas.   Bahu guru lelaki tu jadi sandaran siku nya.  Em gangster

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now