P&P 2 : «22«

240 20 7
                                    

"Awak kemana?"

Baru sahaja pintu rumah dibuka, Adam yang berada di depan pintu menyoal dengan muka dingin nya.

Sempat Amira memandang anak nya yang sudah tertidur. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Oh ya, sudah masuk waktu tidurnya.

"Awak dah makan ke sayang?"

Liur nya ditelan perit. Sempat Amira menukar topik kerana risau suara suami nya akan semakin tinggi.

"Aku tanya kau pergi mana?"

Kini soalan semakin keras. Nada suara sedikit tinggi.

"Saya-"

"Kau pergi jumpa Aqmar kan?"

Amira mengeleng laju lalu pintu rumah yang berada dibelakang nya ditutup perlahan.

"Kau tahu aku benci penipu kan?"

Tangan Amira direntap kuat oleh Adam. Beg tangan Amira terjatuh ke lantai. Amira mengaduh kesakitan. Begitu kuat rentapan hingga rasa nak terpatah tangan kecil milik Amira.

Adam menarik tangan Amira hingga ke dalam bilik. Pintu ditutup lalu dikunci.

"Awak nak buat apa ni?"

"Aku tanya lagi.. kau jumpa Aqmar kan?"

"Ya saya jumpa dia! Tapi kami cuma terserempak! Puas hati awak?"

Jerit Amira. Tidak tahu kenapa suami nya begitu berang sekali.

Tiba tiba pipi kiri Amira di lempang kuat oleh Adam. Amira langsung jatuh ke atas katil. Pipinya terasa kebas dan berdenyut. Telinga nya juga berdesing.

"Kurang ajar betul kau dengan suami sendiri kn?"

Adam duduk di atas badan Amira lalu wajah Amira dipusing kan. Amira yang sedang menangis itu dipandang dengan penuh amarah.

"Lepas kau jumpa jantan tu dah pandai dah kurang ajar?"

Amira mengeleng laju dan lagi pipi nya dilempang berkali kali kiri dan kanan. Amira menjerit kuat ingin dilepaskan.

Banyak darah keluar dari mulut Amira.

Tiba tiba Adam berhenti dari melakukan kajahatan itu. Suara anak lelaki nya yang sudah berusia 3 tahun, Amsyar. Menangis kuat dari ruang tamu. Mungkin tidurnya diganggu bunyi bising.

Adam bagai hidup didunia nyata semula. Dia turun dari badan Amira. Amira yang tidak sedarkan diri itu dipandang kaku. Bahu Amira digoyangkan seketika. Pipi kanan milik Amira dielus.

Merah dari kesan lempangan dan juga darah. Air mata Adam menitik memandang isteri nya.

Selama 3 tahun perkahwinan belum pernah mereka bergaduh apatah lagi memukul isterinya. Kedua dua tapak tangan nya dipandang. Mengeletar seluruh badan nya. Cepat cepat dia mendukung isterinya dan dibawa ke bilik air.

***

Amira tersedar dari 'tidur' yang panjang. Badan nya tak dapat bergerak. Wajahnya kebas dan sakit. Ada balutan di kepalanya.

Oh pasti Adam. Dia kemudian memandang ke penjuru biliknya. Disana ada sebuah kerusi. Adam yang sedang tidur sambil memeluk anak mereka dipandang.

Perasaan takut masih menghantui. Seluruh badanya tidak dapat bergerak. Bukan kerana sakit tapi kerana takut teramat.

Mata Adam terbuka secara perlahan lahan.

"Sayang"

Amira memandang kosong wajah suaminya, dia mengalihkan wajahnya perlahan lahan.

Amsyar Yang berada di perlukannya diletakkan perlahan lahan di atas katil. Adam kemudiannya bangun dan menuju ke meja di sebelah katil. Semangkuk bubur dan segelas Air suam diangkat dan diletakkan di peha nya.

"Jom makan."

Amira mengeleng. Tiada selera

"Awak belum makan lagi.. ni saya suapkan-"

"Kenapa awak tiba tiba baik dengan saya? Lempang lah saya lagi.. hancurkan muka saya.. rosakkan segala galanya.. pecahkan..hati saya"

"Saya minta maaf"

Ucap Adam serba salah. Tahu dengan maaf tidak mampu mengubah apa apa namun apa lagi dia boleh lakukan?

"Awak ni pelik la. Sepanjang saya kahwin dengan awak, awak baik saja tapi kenapa sekarang awak jadi macam ni? Awak jadi pelik. Awak sedar tak ni Aqmar tu siapa? Kawan awak tau? Dari pada awak pukul saya lebih baik awak jumpa dia yang dah lama menghilang tu. Saya yakin dia sah terima kita berdua sudah berkahwin. Apa lagi yang awak nak jeleskan? Saya ni isteri awak tau. Apa guna kahwin dengan awak kalau awak tak percaya kan saya??"

"Saya percaya kan awak.."

"Awak dah hancurkan segalanya Adam."

Air mata Amira meluncur laju dari matanya. Kecewa yang teramat.

Jika bukan kerana Amsyar, dia pasti sudah membenci suaminya sendiri.

"Saya nak tidur. Beri Amsyar pada saya"

Kata Amira sebelum menoleh ke sisi. Tidak mahu memandang wajah suaminya. Masih marah dan geram.

Adam sekadar akur lalu beredar sambil mengambil makanan yang dibawanya untuk dibawa keluar.

Amira menoleh ke arah pintu yang kosong. Hatinya benar benar sakit.. sesakit wajahnya.

Dia menangis dengan lebih deras. Berulang kali dia berkata

"Saya benci awak Adam"

**

Adam yang beradik di tepi pintu bilik itu sekadar mendengar dengan hati yang terguris. Salahkah bila dia berasa sedih pda isterinya sendiri? Salahkah dia berasa marah apabila isterinya berjumpa dengan lelaki lain tanpa pengetahuan nya?

Dunia tidak adil.. selalu perempuan akan dimenangkan.

"Saya sayang awak Amira.. if let you go will make you happy.. I'll do."

Tamat

EH EH EH!! belum lagi hehe. Hi semua orang sihat? Maaf lama tak update. Okay tak chapter kalini. Hikhik kita bagi spicy sikit 😎🩹

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now