[23] psycho

1.6K 80 6
                                    


Lagi sehari sebelum izz terpaksa meninggalkan am bersendirian di apartment baru mereka.

Izz pergi ke mall seorang diri hasratnya adalah untuk mencari lipstick yang dia rosakkan tu.  Bukan niat dia untuk mematahkan lipstick tu.. Tapi dia jeles

Ryan bagitau dia yang dia beli Lipstick tu di

Jap apa nama kedai tu?

Victoria Secret

Ok

Selesai membeli.  Izz bergegas balik ke rumah.  Dia kene cepat.  Dia kene packing barang apa semua.  Dia tak rasa pergaduhan akan sekejap, kalau dah libatkan bekas isteri Faz.

Izz mengunakan kunci pendua untuk membuka mangga. Selesai mengunci balik dia ke bilik am.  Dipandang am yang tengah termenung memandang tingkap. izz mengambil kerusi lebih yang ada disebelah meja itu.  Dia duduk rapat dengan am..

"Am"

Am tidak membalas, kekal statik di situ.

Lipstick tadi dibuka dan diletakkan di atas meja..

Am memandang lipstick tu lama

"aw--awak! Lipstick ni?! " am mencuba ditangan "sama! " am bau pula

"sama lah! " teruja am

Izz tersenyum, akhirnya.

"boleh kau janji dengan aku kau akan jaga lipstick ni demi aku? "

Am berkerut "apa? "

"boleh kau jaga lipstick ni sepanjang aku tiada? " am terdiam seketika

Am  masih pelik, masih tak dapat hadam apa yang berlaku.

"aku akan pergi.  Buat sementara waktu.  Boleh kau jaga rumah ni bersendirian? "  am berkerut.  Serta merta dia tersenyum

"boleh" am mengangguk.  Senyuman yang penuh kepuraan itu dikekalkan

"jadi kau tak kesah? "

"awak kesana untuk apa? " soal am.  Dia masih tersenyum

"af--afiq dia.. Dia nak kan nyawa kau.  Jadi aku kene pergi buat masa sekarang untuk nyawa kau yang bermakna"

"kenapa awak perlu bersusah payah hanya untuk nyawa yang tak berguna ni?  Buat habis tenaga je. Dan bukan ke tu wish awak?  Nak bunuh saya? "

"am.. Bukan macam tu.. Aku pergi sekejap sahaja. Aku akan datang secepat yang mungkin. Boleh kau janji untuk simpan hati tu untuk aku? " am mengangguk.  Senyuman tadi masih cuba dikekalkan

"jadi boleh kita jelaskan perasaan masing masing sekarang? "

Am diam. 

"aku sayang kau.  Sebab tu aku buat semua ni. Kalau tak, nyawa kau senang senang je aku ambik.  Tapi sebab kau lah dunia aku berubah.  Aku dah buat kesilapan yang susah untuk kau maafkan.  Jadi perlu ke kau marah dekat aku lagi? Malam ini aku akan pergi.  Kau pasti kau boleh tinggal sini seorang diri buat seketika waktu?" am tersenggih "ya saya boleh. Awak kene stop layan saya seperti budak kecik. Saya dah besar" am tersenyum bahu izz diusap lembut.

Izz agak terkejut, langsung tiada tanda tanda Am menangis.

"jadi kau juga cintakan aku? " izz menyoal polos.

Am hanya menunduk

Izz mengusap tudung am.  "aku keluar dulu. Barang barang belum packing.. Aku harap kau dapat pertimbangkan nya"

Izz berlalu pergi.  Am memandang lipstick itu. Ditacap sedikit  di bibir. Belum sempat bibir atasnya ditacap.  Air mata nya jatuh. dia menunduk.  Apa yang ditahan sedari tadi akhirnya lepas jua.  Dia meletakkan kepala di meja

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now