P&P 2 : «9«

318 24 0
                                    

Pintu pagar di tarik, bunyi geseran kuat terhasil. Rumah teres 1 tingkat itu dipandang pelik oleh Amira.

"rumah siapa?"

Soal Amira ingin tahu.

"rumah ayah aku, rumah lama"

Beg baju Amira dibawa masuk ke dalam rumah. Lampu dan kipas dibuka oleh Aqmar.

Perabot masih kemas.. Not bad

"buat masa sekarang aku dengan kau tinggal sini. Kau pun dah tak ada kerja kan?"

Amira sekadar mengangguk walaupun dia tidak terlalu fokus.

"kita besarkan famili kita kat sini"

"okay-- eh ha??"

Terkejut Amira mendengar. Family apa ni??

"hahahaha gurau. Bilik kau dekat sana aku kat sebelah bilik kau. Pergi lah mandi ke apa patut"

Amira sekadar mengangguk.

"kejap..kita berdua je ke duduk sini?"

"haah.. Senang lah nanti buat kerja orang tak kacau hahaha"

Aqmar berjalan sambil mencuit pipi Amira sebelum naik ke atas. Amira membuat mimik muka.

"Pelik.."

***

"Nak makan apa apa tak?"

"Nak"

Amira yang sedang menonton tv itu menjawab sepatah sambil mata tidak lekang dari tv.

"Makan apa?"

"Makan nasi goreng"

"Kau cakap dengan siapa?"

"Awak lah"

Amira memandang Aqmar dengan kening berkerut halus. Ish kacau la.

"Jom pergi makan."

"Lah, Bukan bungkus ke?"

"Pergi siap"

Aqmar berlalu keluar rumah. Amira menjeling tajam. Suka betul kacau orang tengok tv.

***

Sampai di sebuah restoran yang tak jauh dari rumah, ada lah dalam 2km. Sebelum keluar dari kereta, Aqmar memberi sehelai topeng muka. Amira cuma memandang tanpa riak.

"Kenapa?"

" tengok tu"

Aqmar menjeling ke arah restoran dihadapan mereka, Amira mengikut.

"Budak budak lelaki tu semua isap rokok, aku taknak kau bau asap rokok diorang. Tak elok"

Amira terkebil kebil memandang wajah Aqmar. Bibirnya mengukir senyum kecil. Caring nya

Keluar sahaja dari kereta, mereka berdua menuju ke restoran dihadapan mereka. Meja tertulis nombor 39 itu di duduk mereka. Bukan tak perasan, tapi ya ramai yang memerhati Amira serta Aqmar.

Tak pernah nampak orang ke?

"Eh Aqmar "

Tegur seorang makcik yang juga pelayan di restoran itu.

"Hai cik Ida"

"Lama acik tak nampak kamu, pergi mana?"

"Saya ada kerja sikit cik dekat Ipoh. Ni dah balik dah ni"

"Ahh, bagus lah, ni siapa pulak?"

Soal cik Ida ingin tahu sambil senyuman manis terlukis di bibirnya.

Serta merta Aqmar menjawab.

"Bini saya"

Jelas wajah terkejut cik Ida.

"Aik! Bila kamu kahwin?? Tak ajak cik Ida pun"

Cik Ida membuat mimik muka.

"Hahahaha kahwin express je cik.. buat kecil kecil"

"Ohhh, alhamdulillah lah kamu dah selamat kahwin.. ish panjang pula borak.. nak makan apa?"

"Macam biasa, pastu..."

Mata Aqmar mula melirik pada Amira. Amira menelan liur kelat. Nak jawab apa? Kenapa Aqmar dan cik Ida pandang aku??

"Ehem, sayang nak makan apa?"

"Oh em.. nasi goreng kampung.."

Kekok jawapan Amira diberikan. Saya-sayang?? Mimpi apa orang tua ni??

Aqmar tergelak kecil melihat wajah Amira.

"Teh o ais 2"

Cik Ida yang sibuk mencatat dibuku kecil itu sekadar mengangguk.

" tak payah nak merah muka sangat lah, terpaksa."

Amira menjeling laju.

"Suka hati kata orang bini dia.. perasan"

" biar lah.. one day"

"Eee, tak kuasa."

Tbc
Hi cemoranggggg, rindu tak hahaha. Okay jangan marah yaaa nanti saya update lagi.

Btw untuk chapter ni hambar sikit.. rasanya semua chapter hambar.

Saya ada terfikir nak delete psycho and promise 2 ni. Okay tak?

Enjoy ❤️

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now