[10] promise

3.2K 135 7
                                    

Bunyi tapak kaki yang masih lagi lalu di lorong itu jelas kedengaran. Mulut am ditutup rapat. Air mata mula bertakung. "siapa pulak yang masuk bilik perempuan ni? Faz ke??" yela suara afiq lah tu

Jadi siapa yang tengah tekup mulut am? Cer teka cer teka

Jawapanya adalah

Am pusing ke belakang faz sedang merenung nya tajam

Tapak kaki afiq mula beredar. Am ditarik lebih dalam sampai lah ada tumbuhan berjalar yang menutup satu tempat. Faz tolak daun tu dan masuk ke ke dalam. Lebih kurang tempat rahsia. Tapi siapa yang nak buat tempat rahsia dekat tempat yang busuk ni?

Mulut am dilepaskan "pi--pintu rahsia lagi? " soal am pada Faz. Faz sekadar diam. Sampai sahaja ke tempat yang luas dan sejuk dan juga gelap itu, Faz menekan satu suis. Suis lampu. Am masih terpingga pingga.

Lampu mula terbuka. Mulut am ternganga apabila melihat ada dua kerusi di situ dan disebelahnya ada meja kecil. Disetiap sudut bilik tu ada almari buku

Senang cerita mini library lah.

Tapi kenapa ada dua kerusi?

"duduk sini" keras suara faz. Am akur, okay ini lebih seram dari tidur dengan Izz.

Am duduk di kerusi lebih besar. Faz yang tengah mengambil sesuatu di ruang buku memandang.

"tak cukup dengan selipar mak aku.. Kerusi aku pun kau rembat" faz mengeluh perlahan. Dia mengeleng sebelum mengambil tempat di hadapan Am. Buku ditangan nya diselak satu per satu.

Am kekal senyum "kenapa kau masuk dalam bilik mayat tu?? " soal Faz tiba tiba, am memandang dengan wajah terkejut. 

"ha em.. Okay, pertama sekali saya masih pelik dengan rumah ni dan kedua kenapa saya perlu ada dekat sini walaupun belum lagi berkahwin. Dan ketiga.. Apa kegunaan bilik banyak banyak tu dan kenapa ada banyak mayat dekat situ?? " bertalu talu soalan diacu pada Faz. Faz sekadar memandang sinis. Soalan Am dibiar bagai angin berlalu.

Faz memandang am. "kau kenal siapa tu ain? " soal faz

Am mengeleng

"kau pasti?? "

"ye" laju am mengangguk, kenapa soalan pelik pulak ni?

"bukan kau ada kawan nama ain?"

"haah tapi...."

"dan tu lah aina.. Yang mati tu.. Aina"

Am tergelak direka reka "setahu saya ain dah tiada dekat sini sebab dah berkahwin 5 tahun lalu. Jadi tak mungkin tu ain.. Rupa dia lain"

Faz kekal kan riak tenang nya "dan kau tahu.. Kau akan jadi seperti ain nanti"

"tak.. Tu takkan berlaku" am mengeleng yakin, mana mungkin..kan?

Faz menunjuk kan buku tadi. Ada gambar izz dan seorang perempuan yang kelihatan sangat akrab. Kening Am terangkat

"ni adik izz, Maira. Izz sayang sangat dengan Maira ni sebab ibu dan ayah izz dah lama meninggal. Jadi hanya Maira je tempat dia meluahkan semuanya. 7 tahun lepas Maira mati sebab dibunuh teman lelaki sendiri.  Nama lelaki tu, Ryan. Identiti Ryan langsung tak dijejaki oleh izz. Beberapa tahun lepas tu. Izz semakin agresif. Dia bina rumah istana ni sendiri dan meminta kitaorang supaya jadi pembantu dia. Lepas 2 tahun siap rumah tu. Izz memikat 1 demi 1 orang dan bunuh mereka semua, dia buat macam tu supaya satu hari nanti dia dapat bunuh salah seorang yang paling penting dalam hidup Ryan. Kalau kau dapat tengok ada 15 buah bilik. Setiap bilik ada cara kematian yang berbeza. 1 tahun lepas aktiviti terkutuk tu dijalan kan afiq berkahwin dengan seorang wanita... Dan perempuan tu adalah kakak kau.. Sephia.. Sephia seperti kau.. Pelik dengan rumah ni jadi dia siasat dan baru dia tahu apa kerja sebenar suami nya. Sephia ugut afiq untuk memberitahu hal sebenar dekat pihak polis.  Tapi tak sempat. Aktiviti  ini sudah lama dilakukan dan perempuan paling lama selamat adalah ain. Hampir 2 tahun.. Izz bengang juga lah jadi izz buat perjanjian tak masuk akal iaitu buat persetubuhan dengan afiq"

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now