P&P 2 : «8«

474 30 3
                                    

Selesai makan, Aqmar menghantar Amira balik ke rumahnya. Adam masih di tandas.. Hahahha gurau dia pergi kutip duit dekat club malam.

"sebelum balik.. Nak tak pergi mall jap?"

Soal Amira, bukan apa.. Bosan.

"kau nak buat apa?"

"jalan jalan heee"

"hm" sepatah jawab Aqmar.

Telefon nya berdering, Afiq menelefon.
Dalam hati berbelah bahagi.. Mau angkat atau tidak.

"siapa tu?"

"shhh"

Amira menjeling lalu memandang tingkap.

Aqmar segera mengangkat.

"hello yah."

"kau kat mana"

"orang kat luar ni dengan Adam"

"eh.. Adam ada ni ha dekat rumah"

Aqmar menepuk dahinya lalu memandang Amira.

"aku gurau.. Nanti bagitahu Adam, aku nak tanya sesuatu.. Lepastu jangan lupa isi minyak kereta aku tu, balik awal"

"okay"

Sepatah sahaja jawabnya. Takut punya pasal. Sejak bila ayah aku pandai gurau macam ni.

"ayah awak?"

"ha"

***

Sampai di mall,

"awak.. Nak tengok wayang boleh hehehe awak belanja."

"kau ni kan... Kata nak Jalan Jalan je ni nak wayang pulak"

Rimas Aqmar jadinya, memang lah bukan pertama kali pergi ke mall. Selalu juga pergi dengan Adam tapi wayang, tempat paling sunyi dan busuk! Urh

Dengan orang sekeliling yang kita tak kenal, weh apa best nya wayang??

"awak please?"

Ahhh kelemahan aku, rayuan.

"aih.. Jom"

Amira tersenyum suka heeeeee bestnyaaaa.

***

"seat kita D7 dan D8" bisik Amira perlahan sambil mencari kerusi. Sebelah tangan memegang popcorn sebelah tangan lagi memegang tangan Aqmar yang malas melayan tu.

"tumpang lalu" ucap Amira perlahan.

Sampai sahaja di kerusi, Aqmar meninjau kerusi di sebelah Amira, lelaki.

"Amira, tukar tempat"

"eh kenapa"

"aku kata tukar tempat"

"saya taknak.. Takut lah sebelah awak tu tak ada orang"

"aku ada, dah tukar tempat"

"awak saya taknak"

Tanpa banyak soal, Aqmar bangun lalu menarik Amira. Tukar tempat. Payah betul cakap dengan budak mengada ni.

"hmm.. Saya takut lah"

"kau nak takut apa? Aku kan ada"

Amira menoleh ke kerusi sebelah Aqmar, lelaki. Terus Amira tersenyum.

"eeeeee awak sebenarnya jealous ehh"

"ayuhhhh ngakuuu"

"diam Amira, dah nak start"

"ayuh ngaku dongggg"

Amira menolak lengan Aqmar dengan sikunya. Muka buat memek mengejek.

Aqmar mendekatkan mukanya pada muka Amira, terkedu Amira jadinya.

"ya aku jealous, ada masalah?"

Amira menelan air liur lalu menoleh ke depan.

"tahu pun diam, aku cium baru tahu."

***

"kamu itu kepunyaan aku, walaupun kamu tidak rela sekalipun kamu tetap milik aku. Kerna hati kamu, sudah tertulis buat ku"

"kalau betul, kenapa kamu sering sakiti aku?"

"aku sakiti kamu pada apa yang aku tak suka-"

"-namun pun begitu, aku seorang sahaja yang mampu merawat sakitmu"

"awhhh, awak.. Sweet nya cerita ni"

Amira tersenyum tersentuh, ayat ayat yang keluar dari mulut hero cerita ni betul betul manis, aaaa kenapa lah Aqmar--

"kamu kepunyaan aku, aku kepunyaan kamu, kamu kepunyaan nenekmu, kamu anak pungut.. Macam tu kau nak?"

Ejek Aqmar, muka Amira mula memasam. YA! TAK SWEET!!

"hahaha aku gurau lah, iya kau kepunyaan aku"

Aqmar mengambil sebelah tangan Amira lalu bersambung pada jari jemarinya.

Aqmar lantas mencium lembut jari Amira lalu tersenyum manis. Amira tersenyum. Sisi manis Aqmar terserlah--

"tapi boong"

Segera Aqmar mengelap bibirnya mengunakan belakang tangan. Amira segera memasam.

Ahhh tolong lah Amira, Aqmar takkan pernah sweet dengan kau. Tolong sedar kenyataan tu.

Oh wait.. Atau aku yang dah suka dia?

Tbc

Hiiii, hihi tiba tiba terajin, baca lah yang tak seberapa. Iya pendek juga chapter ni hahahaha sebab ramai minta update. Enjoy 🥰

[ON-GOING] Psycho And Promise 1 & 2Where stories live. Discover now