Terkedip-kedip mata Nadra memandang meja kerjanya yang dipenuhi dengan bunga rose dan coklat. Berkerut sedikit dahinya apabila terbau bauan dari bunga rose itu.
Sesungguhnya Nadra bukanlah seorang pengemar bunga rose itu walaupun orang kata bunga rose itu erti cinta. Tetapi kalau tak suka tetaplah tak suka!
"Amira."panggil Nadra apabila melihat kelibat kawan sekerjanya itu.
"Ya?"terjongket sebelah kening Amira.
"Kau ada nampak sesiapa yang masuk sini tak tadi?"
"Tak ada."jawab Amira dengan dahi yang berkerut.
"Sokay. Thank you."Nadra kembali mencekak pinggangnya sambil memandang bunga dan coklat itu.
"Siapa yang gatal sangat letak atas meja aku ni."gumam Nadra perlahan dengan dahi yang berkerut. Tangan Nadra menyelak bunga rose itu. Mana tau ada terselit nota.
Nadra mencabut perlahan nota kecil yang terletak di celah-celah bunga rose itu. Kan dah kata mesti ada.
'I don't know what I did wrong to you but I'm sorry.'
Your duda hot.
Tersedu Nadra selepas membaca nota itu. Muka jijik ditayangkan apabila membaca ayat terakhir itu. Tapi tak tipulah sebab memang dia duda hot pun.
"Macam tahu-tahu saja aku tengah merajuk dengan dia."gumam Nadra dengan senyuman dibibir.
"Ehem."
Nadra memusingkan tubuhnya apabila mendengar deheman dari seseorang. Terkaku dia apabila melihat tubuh Malik yang tersarung kemeja hitam itu bersandar ditepi pintu bilik kerjanya sambil memeluk tubuh.
Baju kemeja hitam yang dipakai Malik itu membuatkan Malik lebih nampak maskulin dengan lengan yang dilipat hingga ke siku. Nampaklah biceps dari lengan duda itu.
"Miss me, janda?"terjongket sebelah kening Malik.
Nadra mendengus geram. Kenapalah si duda ni hensem sangat. Kalau dia jadi isteri Malik memang dia tak akan bagk Malik keluar bilik langsung!
Mata menjeling tajam ke arah Malik seraya memusingkan tubuhnya. Jual mahal!
Tangan menyerahkan bunga rose ke arah Malik tanpa melihat wajah lelaki itu.
"Saya tak suka bunga ni. Awak dengan bunga ni boleh pergi mampus."kasar Nadra bercakap. Sengaja dia buat begitu.
Sesak nafas Nadra apabila tubuhnya dikepung oleh Malik dari belakang. Minyak wangi lelaki itu nembuatkan dia terbuai sendiri.
"Kau tak sukakan bunga tu tetapi kau suka dekat tuan pemberi bunga tu. Am I right, janda?"bisik Malik ditepi telinga Nadra. Rambut wanita itu yang menutup sedikit tepi wajah di alih agar dapat melihat wajah Nadra dari tepi.
"Stop calling me janda, duda!"Nadra mengetap bibirnya perlahan. Rasa nak tumbuk saja muka kacak lelaki itu.
"I dont care. Why hari ni jual mahal sangat? Bagitahu aku kalau aku ada buat salah. Jangan buat aku macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa."sebelah tangan Malik naik memeluk pinggang Nadra dari belakang. Dapat dia rasa tubuh wanita itu mengeras.
Nadra menelan air liurnya apabila merasakan pelukkan itu diketatkan lagi. Tangannya mengigil perlahan. Nafas bergerak laju. Bukan suka tetapi takut. Bayangan dulu kembali menerjah difikirannya.
"Tell me, Nadra."kata Malik lagi tanpa menyedari tentang perubahan Nadra.
Air mata Nadra bergenang. Tunggu masa saja mahu menitis. Dia tak boleh nangis tetapi bisikkan dari akal fikirinnya itu muncul. Bisikkan dari seorang lelaki yang bertopengkan iblis.
YOU ARE READING
Malik's Babygirl ✔
Romance𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar janda miang." START:8MAY2022 END :22JULY2022