Bab 47

24.2K 1.3K 328
                                    

Malik menolak wheelchair yang diduduki oleh Nadra sehingga ke inkubator anak perempuan mereka. Dapat dia melihat wajah gembira Nadra.

"Hai sayang mommy boo."kata Nadra dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Jiwa keibuannya sudah muncul.

"Assalamualaikum, Nayla Madeeha binti Malik AlQadr."ucap Malik dengan senyuman. Diusap kepala Nadra dengan lembut apabila melihat isterinya itu sudah menangis.

Seperti tahu kehadiran ibu bapanya berada di situ. Tubuh Nayla bergerak sedikit.

"Look! Nayla mesti tahu yang mommy dengan daddy dia ada dekat sini."kata Nadra dengan nada sedikit kuat. Teruja melihat pergerakkan dari anaknya.

"Shh, terkejut Nayla nanti."kata Malik perlahan. Ditepuk bahu si isteri bagi menenangkan keterujaan Nadra.

"She's beautiful like you."puji Malik.

"I know. Awak tahu tak yang saya suka sangat dengan nama Nayla Madeeha. Cantik macam tuan dia."kata Nadra tanp melepaskan pandangannya dari melihat wajah kemerahan Nayla. Mesti lapar cendol.

"Tengoklah siapa yang pilih."kata Malik sedikit riak. Senyuman sinis ditayangkan pada Nadra.

Atas bawah Nadra memandang Malik. Bibirnya terjuih ke hadapan apabila melihat wajah bangga Malik.

"Kita tukarlah nama Nayla. Malas pula saya nak tengok muka riak awak. Poyo!"kutuk Nadra selamba. Matanya dijulingkan ke atas.

Terbutang biji mata Malik. Dipusing wheelchair Nadra sehingga menghadap ke arahnya.

"Kau kena ingat tau yang disebabkan akulah Nayla yang cantik ni muncul."kata Malik tak puas hati. Dijeling wajah selamba Nadra.

"Awak kena ingat juga yang kalau saya tak goda awak, Nayla pun tak akan muncul!"kata Nadra dengan mata yang bulat. Mana boleh kalah dengan Malik.

"Eh kau--"

"Shh!"Nadra meletakkan jari telunjuknya pada bibir Malik.

"Saya yang mengandungkan Nayla tau. Awak yang asyik bela roti yang sekejap kecut, sekejap tak tu baik diam. Nak lawan cakap orang saja."kata Nadra dengan wajah serius. Jarinya masih menekap pada bibir Malik.

"Yang roti ni juga kau cari setiap hari."bidas Malik selepas menepis lembut tangan Nadra.

"Memanglah saya cari sebab--"

"Depan anak pun kau orang nak bergaduh ke?"soal Akhyar dengan wajah yang berkerut. Lee yang berada di sebelah Akhyar pun turut memandang ke arah Malik dan Nadra dengan pandangan pelik.

"Dia ni."kata Malik dan Nadra serentak. Mengecil mata Nadra memandang ke arah Malik. Malik memandang ke arah Nadra dengan pandangan tak puas hati.

"Apalah nasib bakal isteri aku ni dapat mak ayah yang tak matang."kata Akhyar selamba sebelum berjalan mendekati inkubator bayi. Jangan risau yang dia dengan Lee masuk ke sini selepas mendapat keizinan dari doktor.

"Bakal isteri?"berkerut dahi Nadra memandang ke arah Akhyar.

"Iyalah. Ni bakal isteri aku."kata Akhyar sambil menunjuk ke arah Nayla. Ditatap wajah anak Malik itu dengan mata yang bersinar-sinar. Macam anak patung dia dekat rumah.

"Saya tak restu."

"Aku tak restu."

Kata Malik dan Nadra serentak lagi. Kemudian laju mereka saling menjeling.

"Kisah pula aku. Kau orang tak restu, aku bawa Nayla lari pergi Thailand."Akhyar melepaskan ketawa selepas mendapat jelingan tajam dari Nadra dan Malik.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now