Bab 40

22.8K 1.2K 235
                                    

Ost: Tak Ingin Usai- Keysa Levronka (rasa macam kena(╥_╥))

Malik masuk ke bilik doktor apabila dirinya dipanggil. Matanya mengerling sekilas ke arah Nadra yang sedang berbaring di atas katil itu.

"Boleh saya tanya sesuatu sebab bila saya tanya puan Nadra mesti dia tak nak bercakap."kata doktor Maria sambil membetulkan kaca matanya.

"Boleh doktor."balas Malik perlahan. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi berhadapan doktor perempuan itu.

"Puan Nadra sebelum ini pernah keguguran bukan?"soal doktor Maria sambil memandang fail pemeriksaan Nadra.

"Ya."balas Malik dengan perasaan berdebar. Risau sesuatu yang terjadi kepada Nadra.

"Sebelum ni encik tahu yang puan Nadra mengandungkan bayi kembar?"soal doktor Maria lagi. Sekarang mata doktor memandang ke arah skrin yang menayangkan isi di dalam rahim Nadra. 

"Tak. Masa kali pertama pergi check up tu doktor tak cakap yang Nadra mengandungkan bayi kembar."balas Malik polos. Matanya turut memandang ke arah skrin tersebut.

"Awak nampak ni?"soal doktor Maria dengan senyuman nipis. 

"Ni kantung baby. Haritu puan Nadra hanya keguguran seorang saja dan yang ini masih selamat di dalam rahim puan Nadra."doktor Maria menyambungkan percakapannya tanpa menunggu balasan dari Malik. 

Tergamam Malik yang mendengarnya. Matanya memandang ke arah skrin dan Nadra silih berganti sebelum bibirnya menarik senyuman. Wajah diraup tanda bersyukur.

"Tahniah encik. Baby ini kuat sama macam emak dia."

Malik menganggukkan kepalanya tanda menyetujui apa yang dikatakan oleh doktor perempuan ini. Baby ni kuat sama macam Nadra.

Kaki Malik melangkah mendekati tubuh Nadra yang sedang berusaha untuk bangun dari pembaringan itu. Dibantu tubuh Nadra itu dengan lembut. Dicium sekilas tepi kepala Nadra. Nak cium lama-lama tak boleh sebab ada doktor. Kalau doktor tu single nanti menangis tepi bucu meja kerja pula.

"Terima kasih doktor."ucap Malik sebelum mereka melangkah keluar dari bilik doktor itu.

"Duduk sini kejap. Aku pergi ambil ubat kau dekat kaunter."kata Malik selepas membantu Nadra duduk pada kerusi di situ.

Nadra menganggukkan kepala dengan wajah yang tak bermaya tetapi tetap menayangkan senyuman nipis kepada Malik. Tangannya naik mengusap perutnya perlahan dengan mata yang berkaca-kaca.

"Kalau daddy tahu apa yang mommy buat, daddy akan sayangkan kita ke?"soal Nadra sendirian. Dia memandang belakang tubuh Malik dengan perasaan yang dia sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Terlalu menyesakkan dada lagi-lagi apabila memandang wajah gembira Malik.

Adakah Malik akan masih tersenyum begitu jika semuanya terbongkar?

"Jom."

Tersentak tubuh Nadra apabila pinggangnya dipegang oleh Malik. Nadra memandang wajah Malik yang masih tersenyum itu dengan mata yang masih berkaca-kaca.

"Kau sakit ke? Aku ada tersentuh luka kau dekat mana-mana ke?"soal Malik gelisah apabila melihat mata berair Nadra.

Laju Nadra menggelengkan kepalanya sebelum memeluk tubuh Malik dengan erat. Dah tak kisah dekat mana mereka berada. Dia cuma fikir akan hal yang sama. Hal yang ditakutinya adalah apabila Malik meninggalkannya.

Malik mengusap perlahan belakang kepala Nadra sebelum dia mencempung tubuh lemah Nadra. Dia menayangkan senyuman nipis kepada nurse yang berada di situ sebelum keluar menuju ke arah kereta.

Malik meletakkan tubuh Nadra pada kerusi sebelum dia berlari anak masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Tubuhnya dipusing menghadap Nadra yang masih menangis itu.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now