Bab 24

26.4K 1.4K 123
                                    

Nadra menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya memerhati orang yang lalu-lalang dihadapannya. Tak tahu apa yang merasuki Malik sehingga mengajaknya keluar selepas balik dari kerja.

Lepas mereka solat isyak terus Malik menariknya keluar dan sekarang mereka berada di pasar malam berdekatan rumah.

"Mana Malik ni?"gumam Nadra perlahan dengan wajah yang berkerut. Ajak dia keluar tapi kena tinggal seorang diri dekat tepi laut ini.

Nugget yang dibeli dibawa ke mulut sebelum tangan naik menggosok hidung yang tiba-tiba berair.

"Baik tak payah ajak keluar dari biar aku seorang diri macam ni."Nadra kembali bergumam. Nugget digigit kasar.

"I'm cold, Malik."gumam Nadra perlahan sebelum dia merasakan seseorang memeluk bahunya dari belakang.

"Let me warm you up like you always warm my heart when I am mad at you."kata Malik sambil menggosok perlahan bahu Nadra.

Hati Nadra yang tadi tengah panas berubah menjadi berbunga-bunga.

"Bila awak marah?"tanya Nadra dengan dahi yang berkerut.

Malik hanya mengangkat kedua belah bahunya dan sebelah tangan lagi bergerak mengambil nugget di dalam plastik.

"Tu saya punya."kata Nadra dengan bibir dimuncungkan.

"Sharing is caring."balas Malik selamba. Dicium sekilas dahi Nadra yang bertampal dengan kapas itu. Kesian isteri dia.

"Apa yang jadi dekat pejabat tadi?"tanya Malik selepas menarik Nadra untuk duduk di atas batu tepi laut.

"Dia yang cari pasal dengan saya."kata Nadra lembut. Tangan dimainkan di atas tapak tangan Malik.

Malik tersenyum nipis. Sebab dia mengajak Nadra keluar ke sini sebab dia mahu Nadra berasa tenang disebabkan kes di pejabat tadi.

Apa yang berlaku? Bismillah dulu!

Di pejabat, pada pukul 1.30 petang.

"Nadra Alana!"lantang seorang perempuan memanggil nama Nadra. Langkah perempuan itu laju mendekati Nadra.

Terkebil-kebil mata Nadra memandang seorang perempuan yang berjalan ke arahnya. Setahunya sekarang waktu rehat jadi mana ada orang di sini selain dirinya saja.

"Kenapa?"tanya Nadra pelik. Tiba-tiba datang jerit-jerit panggil nama orang. Langsung tak beradab.

Pangg!

Terteleng kepala Nadra ke tepi selepas menerima tamparan dari perempuan itu. Tangan naik memegang perlahan pipinya yang terasa berpijar.

"You ni kenapa? Datang sini terus tampar orang!"tanya Nadra perlahan. Hujung bibirnya rasa pedih.

"Sepatutnya kau tu yang tanya diri sendiri. Dasar sundal!"jari telunjuk perempuan itu menolak dahi Nadra.

"You ni gila ke?"tanya Nadra dengan nada kasar. Jari telunjuk wanita itu ditepis kasar.

"Aku gila sebab kau! Kalau kau tak bomohkan laki aku, tak adanya siang dan malam dia asyik sebut nama kau!"jerkah perempuan itu. Tangan perempuan itu pula naik menolak bahu Nadra.

"Dari I bomoh suami you, lebih baik I bomoh suami I sendiri! Eh you bodoh ke datang tuduh orang membabi buta!"sembur Nadra dengan geram. Ditolak kuat tubuh perempuan itu sehingga jatuh tersungkur.

"Kau!"laju perempuan itu bangun dari jatuhnya dan terus menerkam tubuh Nadra tanpa sempat Nadra mengelak.

"Aku tak bodoh! Aku tak pekak lagi bila suami aku setiap hari sebut nama Nadra Alana! Kau ingat aku tak kenal kau siapa!"tangan perempuan itu menarik dan mencengkam rambut Nadra.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now