Special Chapter 2

19.7K 1.1K 132
                                    

Kaki Nadra melangkah ke kedai IlaoIlao dengan senyuman teruja. Malik yang berada di dalan kedai baju itu ditinggalkan begitu saja. Dia tengah craving ais krim.

"Bagi saya yang cup size big dan letak perasa warna hijau tu."beritahu Nadra dengan mata yang bersinar.

"Keep the change."kata Nadra selepas memberikan not 50 ringgit. Dia dah tak kisah pasal baki semua tu sebab sekarang yang penting ialah ais krimnya.

Terpejam mata Nadra selepas ais krim tersebut masuk ke dalam mulutnya. Nikmat betul makan ais krim di tengah mall ni.

"Nadra."

Mata Nadra naik memandang orang yang menyeru namanya itu.

"Awak siapa?"soal Nadra polos. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah lelaki itu.

"Saya Khalid. Takkan tak ingat yang saya pernah nak mengorat awak sebelum awak berkahwin dengan Rais dulu."kata Khalid dengan ceria. Peluang dia untuk mendapatkan Nadra kembali macam ada saja memandangkan dia dapat tahu yang Nadra dan Rais sudah bercerai.

"Ouh Khalid yang suka rosakkan hubungan orang tu."kata Nadra selamba sambil menganggukkan kepala.

"Kalau dulu saya tak dapat awak tapi sekarang saya dah boleh dapat awakkan? Lagipun awak bukannya milik sesiapa dah."kata Khalid dengan yakin.

Nadra hanya mampu menayangkan senyuman kekok selepas mendengar perkataan yag keluar dari mulut Khalid. Dia tak tahu ke yang Nadra ada lelaki yang lagi hot dari Khalid yang kurus ni.

"Saya memang dah bercerai dengan Rais tapi--"

"Saya tahu yang awak dah bercerai lama dengan Rais sebab itulah saya kata saya dah ada peluang untuk mengorat awak balik. Saya dah lama tunggu awak jadi janda."potong Khalid sebelum melabuhkan punggung di sebelah Nadra secara tiba-tiba.

Tangan Nadra naik menepuk dahi. Bala sungguhlah hari ini. Menyesal tak tunggu Malik selesai beli baju tadi.

"Saya cakap--"

"Awak semakin cantiklah sekarang. Mungkin saya betul-betul ditakdirkan untuk berkahwin dengan awak sewaktu awak dah betul-betul cantik."potong Khalid lagi tanpa melepaskan pandangan mata dari wajah Nadra.

Nadra mengeluh kasar apabila percakapannya dipotong sekali lagi. Rasa nak pukul Khalid membuak-buak.

"Boleh tak jangan potong bila saya nak bercakap!"bentak Nadra dengan wajah tegang. Dipandang wajah Khalid yamg sedang tersenyum itu dengan pandangan tajam.

"Saya dah--"

"Comotnya awak makan."Khalid mengelap pipi Nadra yang ada kesan ais krim menggunakan tisu.

Terbutang biji mata Nadra apabila melihat lengan Khalid yanh dipegang kuat oleh Malik.

"Perempuan yang kau nak mengorat sekarang ni isteri aku."kata Malik dengan nada mendatar. Di pandang tajam wajah lelaki yang berada di sebelah Nadra.

"Dan perempuan yang kau nak mengorat ni juga dah ada empat orang anak dan mungkin akan muncul yang kelima dalam masa terdekat. Back off men before I kill you."tegang wajah Malik memandang lelaki itu sebelum dia menarik tubuh Nadra untuk berlalu pergi.

"Kalau aku dapat tahu yang kau cuba nak mengorat Nadra lagi memang aku buat kau sampai mati pucuk."bisik Malik sebelum berlalu pergi bersama Nadra.

"Abang."panggil Nadra perlahan apabila mereka sudah jauh dari Khalid.

"Don't talk to me."dingin Malik membalas. Langsung dia tidak memandang ke arah isterinya itu.

"Awak nak marah saya kenapa? Bukan saya yang menggatal dengan dia. Dia yang nak mengorat saya tapi saya tak layan pun."kata Nadra dengan wajah sedih. Bibirnya sudah melengkung ke bawah dengan mata yang sudah berair.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now