Bab 8

29.3K 1.7K 229
                                    

Malik memejamkan matanya untuk menghilangkan penat. Dia kembali membuka mata apabila merasa seseorang duduk dihadapannya.

Akhyar dan Haris.

Nasib bukan Nadra.

"Aku tengok lately ni kau rapat semacam saja dengan perempuan itu. Siapa nama dia ris?"tanya Akhyar memecahkan kesunyian.

"Nanda."yakin Haris menjawab.

"Nadra."Malik membetulkan sebutan Haris. Nanda tu gabungan Nadra Janda.

"Ha betullah tu. Kau syok dekat dia ke?"tanya Haris pula.

"Mana ada. Aku dengan dia tu dah macam anjing dengan kucing tau."jawab Malik acuh tak acuh. Suka betul buka cerita pasal janda miang tu.

"Bagi aku sajalah kalau kau tak nak dia. Nadra tu pun boleh tahan cantik."puji Akhyar tanpa sedar akan perubahan wajah Malik.

"Aku setuju. Body dia pun boleh tahan elok. Macam anak dara saja."giliran Haris memuji Nadra.

Malik berdehem perlahan sambil melonggarkan tali lehernya. Tiba-tiba rasa panas.

"Kalau aku dapat Nadra tu memang aku kurung saja dalam bilik. Orang cantik macam tu memang tak boleh kongsi."Akhyar ketawa kecil apabila Haris menepuk perlahan bahunya.

"Kau jangan macam-macam akhyar."Haris turut ketawa kecil selepas mendengar kata-kata nakal dari kawannya itu.

Tangan Malik sibuk membuka kancing lengan kemeja dan kemudian melipat lengan baju itu hingga ke siku. Tanpa sedar tangannya mengepal penumbuk. Rasa ringan saja tangan ni nak hinggap dekat muka orang.

"Aku bukannya apa tau tapi sayanglah kalau lepaskan janda macam Nadra tu. Muka cantik, badan elok lepastu sopan santun. Fuh memang tak boleh lepas macam tu."Akhyar kembali bersuara. Tipulah kalau dia tak perasan perubahan Malik itu.

"Aku nak pergi pantri kejap."terus Malik bangun dan berlalu pergi.

"Kenapa tu?"tanya Haris dengan dahi yang berkerut.

Akhyar hanya mengangkat kedua belah bahunya dengan senyuman sinis.

Ada yang terbakar tetapi bukan rumah.

Terhenti langkah Malik apabila melihat belakang tubuh Nadra yang kusyuk membancuh air. Atas bawah dia memandang tubuh Nadra yang memakai baju kurung yang sedikit mengikut tubuh wanita itu.

Betullah apa yang Haris katakan itu. Tubuh Nadra seperti anak dara. Eh Astaghfirullah!

"Ehem."Malik berdehem perlahan untuk menarik perhatian Nadra.

"Awak nak apa?"tanya Nadra tanpa memandang ke arah Malik. Bau perfume pun dia sudah tahu siapa.

Malik tersenyum sinis seraya berjalan mendekati Nadra. Tubuh wanita itu dikepung dengan meletakkan tangan pada kabinet pantri.

"Nak kau."bisik Malik pada telinga Nadra. Bauan wanita itu sedikit sebanyak mengkhayalkan dia. Patutlah Rais suka.

"Orang ajak kahwin tapi jual mahal lepastu datang merenyam dekat orang macam tak cukup kasih sayang."gumam Nadra perlahan. Tangan yang mengacau air itu sengaja biar sudu berdeting dengan gelas kaca. Geram!

"Dah tahu bernafsu tu kahwin sajalah. Dasar duda gatal."perli Nadra lagi.

"Do you want know something Nadra?"tanya Malik tanpa menghiraukan perlian dari Nadra.

"Apa?"

"Bukan aku saja bernafsu dekat kau tetapi ramai. Lagi-lagi bila kau pakai baju kurung ketat macam ni. Sukalah biar orang tengok kau dengan pandangan macam tu?"kata Malik sinis. Malik mendekatkan lagi bibirnya pada cuping telinga Nadra.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now