Nadra hanya memandang suaminya yang sedang berborak dengan Akhyar dan Ezekiel Lee sebelum dua orang lelaki itu berangkat ke Langkawi semula.
"Jaga kandungan tau, Nadra. Saya tak sabar nak tengok baby nanti ikut muka siapa."kata Akhyar dengan senyuman.
"Baik. Awak dengan Lee pun pergi Langkawi elok-elok. Kalau boleh carilah perempuan dekat sana. Tak akanlah nak single sampai tua."usik Nadra tetapi dalam masa yang sama memerli dua jejaka yang masih belum berpunya itu.
"Saya seorang sajalah yang cari. Mat salleh sebelah ni dah berpunya."mata Akhyar menjeling sekilas ke arah Lee yang masih tenang itu.
"Lee hensem mestilah dah berpunya. Tak macam awak, hensem tapi tak ada orang nak."Nadra menekup mulutnya apabila mahu melepaskan tawa.
Malik berdehem perlahan apabila mendengar si isteri memuji lelaki lain. Besar kecil, besar kecil saja Malik memandang isterinya yang masih ketawa itu.
"Nampaknya malam ni ada yang kena tidur luar."kata Lee sambil memandang ke arah Malik dengan senyuman sinis.
Ada yang panas tapi bukan api.
Nadra menayangkan senyuman gedik sebelum memeluk lengan Malik. Malik kalau jeles memang tak pandai cover.
Malik menjulingkan biji matanya ke atas. Dia memandang ke arah Akhyar dan Lee sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Apa-apa info yang Dayah bagi nanti bagitahu aku juga. Terima kasih sebab sudi tolong aku."kata Malik sambil berjabat tangan dengan Lee.
"Jangan risau. Semua yang Dayah bagitahu nanti kami akan sampaikan dekat kau. Kirim salam dekat Haris kalau jumpa dia. Lama betul dia ambil cuti."kata Akhyar sambil menumbuk perlahan bahu Malik.
Berubah riak wajah Nadra mendengar nama yang disebut oleh Akhyar. Apabila anak matanya bertemu dengan anak mata Lee, terus Nadra menghadiahkan senyuman nipis. Tak mahu Lee syak apa-apa.
"Nak nazak dah kot sebab tu ambil cuti lama."kata Malik sambil melepaskan ketawa kecil.
"Take care both of you."ucap Lee selepas memutuskan pandangannya kepada Nadra. Dia yakin mereka hampir jumpa orang dicari selama ini.
"Take care too."balas Malik dan Nadra serentak. Nadra mengangkat tangan dan melambai kecil ke arah dua jejaka itu.
"Bye baby."kata Akhyar kepada Malik sambil mengenyitkan sebelah matanya. Sebenarnya dia ingin mengusik Nadra saja.
"Saya mandulkan baru tahu."kata Nadra dengan wajah tak puas hati. Ditarik tubuh Malik menjauh dari Akhyar.
Akhyar hanya menayangkan senyuman mengusik sebelum berlalu pergi.
"Jom."ajak Malik selepas melihat tubuh Akhyar dan Lee yang sudah masuk ke dalam balai pelepasan.
"Lapar."adu Nadra sambil menepuk perutnya yang dari tadi kelaparan. Erat dia memegang lengan Malik sambil berjalan menuju ke arah kereta.
"Nak makan apa?"soal Malik sambil menatap wajah berseri-seri Nadra. Sukalah dia tengok wajah Nadra yang sekarang. Mungkin disebabkan seri ibu mengandung itu yang Nadra nampak lebih cantik.
"Arnab masak kunyit."balas Nadra selamba sambil membayangkan dirinya yang sedangkan makan arnab dan dinikmati pula dengan air sirap. Fuhh terliur.
Terhenti langkah Malik selepas mendengar balasan dari Nadra. Arnab? Masak kunyit? Mana dia nak cari arnab tengah-tengah Kuala Lumpur ni. Kalau dekat kampung tu dia tak terkejut sangatlah.
"Are you serius, sayang?"soal Malik ingin kepastian. Dipandang wajah Nadra dengan pandangan tak percaya.
"Yes, sir! Selagi saya tak makan arnab, selagi tu kita tak boleh balik rumah!"kata Nadra dengan tegas. Menonong dia jalan ke arah kereta meninggalkan Malik yang tercengang itu.
YOU ARE READING
Malik's Babygirl ✔
Romance𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar janda miang." START:8MAY2022 END :22JULY2022