Dengan langkah yang malas Nadra turun ke lobi selepas hampir sepuluh kali guard yang jaga dekat situ naik memanggilnya. Semuanya gara-gara atas perintah Malik si duda hot.
"Kenapa tak turun tahun depan saja takpun kenapa tak tunggu sampai guard tu panggil kau sampai seratus kali. Ouh atau pun kau nak aku hamparkan karpet merah dulu baru nak turun."Malik mula membebel selepas Nadra sudah berdiri disebelahnya.
"Atau pun kau nak yang sweet sikit. Kononnya aku dukung kau dari tingkat tujuh tu sampai ke lobi dan sampai terus tempat duduk kereta."perli Malik lagi.
Nadra hanya menayangkan wajah pasrah. Kira baik dia turun dari biar si duda ni jadi tugu negara tengah-tengah alam ni.
"Dah habis membebel?"giliran Nadra pula bersuara.
"Kalau tak habis lagi, awak bebellah sorang-sorang. Saya nak pergi lunch! Kalau dengar awak membebel memang sampai maghrib pun belum tentu habis."terus Nadra berjalan meninggalkan Malik yang terkaku.
"Dia yang buat hal, aku yang kena sembur balik."gumam Malik tak puas hati. Dasar janda!
"Kereta aku arah sini."terus Malik menarik lengan Nadra menuju ke arah keretanya. Tubuh wanita itu ditolak ke dalam keretanya.
"Kita nak pergi mana?"tanya Nadra selepas Malik masuk ke dalan kereta.
"Syurga."Malik mengenyitkan mata ke arah Nadra.
"Syurga konon. Dosa dia yang berlipat ganda tu tak ingat pula."Nadra menjulingkan matanya ke atas.
"Eh kau pun patut--"
"Shuh!"jari telunjuk Nadra naik menyentuh bibir Malik.
"Saya tengah lapar tau. Baik awak drive sekarang sebelum ada yang bertukar jadi singa."
"Tadi kata puasa."gumam Malik tetapi masih didengari oleh Nadra.
Nadra mencebikkan bibirnya. Malas nak gaduh sebab tengah lapar.
Kereta bergerak tanpa pergaduhan antara Malik dan Nadra.
"Eh kejap!"tahan Malik apabila Nadra sudah mahu membuka tali pinggang keledar.
"Kenapa?"tanya Nadra dengan dahi yang berkerut.
"Bekas suami kau."Malik menunding jari ke arah seorang lelaki yang tengah berdiri di depan restoran sambil memandang telefon.
Nadra tersenyum sinis dan menunding pula jari ke arah seorang wanita yang berdiri tidak jauh dari bekas suaminya.
"Your ex wife."
Malik hanya memandang bekas isterinya itu dengan tatapan kosong.
"Jom."terus Nadra keluar dari kereta selepas membuka tali pinggang keledar.
Malik mengeluh perlahan seraya mematikan enjin kereta. Denga longlai dia melangkah keluar dari kereta. Sesungguhnya dia tak sedia mahu bertembung dengan Dayah.
"Lambatlah awak ni."marah Nadra. Tangannya naik melilit lengan bersado Malik.
"Apa ni?"tanya Malik pelik.
"Shh just follow the flow, duda."terus Nadra berjalan dengan mengheret lengan Malik. Dia tahu apa yang dia nak buat.
"Nadra?"
Nadra tersenyum janggal apabila Rais menegurnya. Lilitan pada lengan Malik itu diketatkan.
"Malik?"
Giliran Malik pula tersenyum janggal ke arah Dayah yang menegurnya. Sekarang ni tengah ada perjumpaan bekas isteri dan suami ke macam mana.
'Apalah permainan si janda ni nak buat.'gumam Malik di dalam hati.
"Excuse me, kami nak pergi lunch sambil dating. Kalau nak bersayang ke minta rujuk ke boleh pada hari lain ya. Jangan nak rosakkan mood dating kami."lancar Nadra bersuara. Jangan buat main padaa perempuan yang tengah lapar.
"Biar kami saja yang bersayang-sayang. Kalau you berdua pun nak bersayang-sayang, boleh ke tempat lain. Jangan rosakkan pemandangan yang indah lagi tenang ni. Kan baby?"Nadra mengenyitkan sebelah mata ke arah Malik. Geram bila lelaki itu langsung tak membantu.
"Iya. Jangan rosakkan mood kesayangan aku ni. Susah pula aku nak pujuk dia nanti kalau mood dia dah bertukar jadi singa. Jadi kau berdua bolehlah pergi main jauh-jauh."halau Malik dengan lembut.
"Baik kau orang pergi sebelum kesayangan aku ni jadikan kau orang pula lauk tengah hari dia."lagi sekali Malik menghalau apabila tiada tanda-tanda Rais dan Dayah mahu beredar.
"Jom baby. Panaslah dekat sini sebab rasa macam ada yang tengah terbakar."perli Nadra.
Rais mengepalkan penumbuk manakala Dayah mengetap bibirnya menahan geram. Nak saja dia tarik rambut perempuan yang memeluk lengan Malik itu.
"SUKA?"
Laju Nadra menganggukkan kepala dengan sengihan comel. Puas dia tengok wajah geram bekas isteri Malik tu.
"Jadi sekarang ni kita memang dating sambil lunch ke?"tanya Malik sambil memeluk tubuh. Makanan yang berada di hadapannya itu tidak disentuh lagi.
Bibir Nadra yang tadi menayangkan sengihan terus bertukar menjadi cebikkan.
"Awak nak ke dating dengan saya? Ke awak dah jatuh cinta dengan saya?"garfu ditangan Nadra naik nenunjuk ke arah Malik dengan senyuman nakal.
"Tak payah nak berangan sangatlah."Malik menjulingkan matanya ke atas. Bukan nama Nadra Alana lah kalau tak perasan.
"Kalau dah suka tu mengaku sajalah. Aku kena kebas dengan orang lain nanti baru tahu."gumam Nadra perlahan. Mata dan tangan kembali fokus pada makanannya. Malas nak layan Malik.
"Aku dengar."kata Malik senada. Mata dan tangannya turut fokus pada makanan.
"Dah dengar tu mengaku sajalah."gumam Nadra lagi tapi sengaja dikuatkan sedikit suara. Sengaja nak Malik dengar.
"Mengaku apa?"tanya Malik pelik. Berkerut dahinya memandang wajah cemberut wanita dihadapannya ini.
Nadra sumpah paling complicated!
"Mengaku yang awak suka saya!"Nadra menghempas perlahan sudu dan garfu. Tajam anak mata hitamnya memandang wajah kacak Malik.
"Bila masa?"
"Tadi!"
"Yang tu kau yang suka aku."
"Saya memang dah suka awak lama dan bukannya baru tadi."mengaku Nadra lurus. Kalau bagi hint pun bukannya duda tu kisah.
"Tak tanya."kata Malik selamba. Sudu disuap ke dalam mulut sendiri.
Nadra mendengus geram. Rasa nak cili-cili saja mulut Malik.
"Aww sweet betul mereka gaduh."
"Kan. Macam kononnya hate to love. Mula-mula saja kata tak suka tapi sebenarnya dalam hati tu ada love-love."
Terkatup rapat mulut Nadra yang mahu bersuara selepas mendengar bisikkan dari meja sebelah. Terkebil-kebil matanya memandang Malik yang turut terkaku.
Nadra memusingkan kepalanya memandang dua orang gadis remaja yang tersenyum sambil memandang mereka. Bibirnya tarik sedikit membentuk senyuman kecil untuk membalas kembali senyuman dua gadis itu.
"Betul ke dalam hati dia ada love-love?"tanya Nadra tak tahu malu kepada dua orang gadis itu.
"Betul kak. Kalau abang tu tak suka akak mesti dia tak ajak akan lunch sekali. Orang tua-tua kata selalunya yang paling benci itulah yang akan paling sayang."jawab gadis bertudung biru tu.
"Ouh terima kasih."
Nadra kembali memandang ke arah Malik yang masih fokus pada makanannya.
"Kalau awak dah suka saya bagitahu tau. Saya suruh ayah saya masuk minang."kata Nadra selamba.
"Uhuk!"
TBC...
Ahad cuti👀
YOU ARE READING
Malik's Babygirl ✔
Romantik𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar janda miang." START:8MAY2022 END :22JULY2022